Sabtu, 26 Jun 2010

BEZA ORANG KITA DENGAN ORANG DIA

Assalamualaikum. Dalam waktu kerajaan melayu mencadangkan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR yang selama ini menjadi mekanisma pengambilan pelajar melayu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), pihak bangsa lain pula mencadangkan agar sijil-sijil peperiksaannya sekolah persendiriannya di iktiraf oleh kerajaan. Inilah jurang perbezaan perjuangan antara kaum. Kita orang melayu berjuang membuang segala keistemewaan yang ada tetapi kaum cina berjuang mendapatkan sesuatu untuk bangsanya. Akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan isu akhbar bahasa cina ada menyiarkan pandangan Timbalan Editor akhbar Sin Chew Jit Poh, Lim Swee Guan yang berpendapat pihak kerajaan sepatutnya secara langsung mengiktiraf sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina. Dengan itu dapat hindar daripada syarat lulus bahasa Melayu SPM. Jelas dan nyata pendapat Swee Guan itu hanyalah bertujuan untuk mempastikan pelajar-pelajar cina tidak perlu lulus matapelajaran Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara ini. Apa akan terjadi jika syarat lulus Bahasa Melayu ini tidak lagi menjadi kewajipan untuk lulus SPM dan syarat utama kelayakkan untuk memasuki IPTA?. Soalan yang patut di tanya kepada pemimpin melayu yang sudah lupa daratan. Dalam tulisannya, beliau menambah bahawa usaha kerajaan memperkasakan bahasa melayu ini di anggap sebagai usaha yang remeh temeh dan menggangap kerajaan tidak memberikan tumpuan kepada matlamat perubahan pendidikan yang lebih lurus. Menurut Swee Guan lagi,Pada tahun 2011 pihak Kementerian Pelajaran akan lancarkan perubahan sylibus mata pelajaran di peringkat sekolah SRJKC dan SRJKT, menekankan mata pelajaran bahasa Melayu serta penambahan masa pembelajaran bahasa Melayu, termasuk mencadangkan sama ada kertas soalan menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris, serta melaksanakan sylibus baru (Malaysia Negara Ku). Walaupun tulisan Swee Guan ini dituliskan sebagai ”pendapat peribadi”, tetapi tulisan ini di baca oleh semua pembaca akhbar Sin Chew Jit Poh. Dan saya berpendapat ianya patut di anggap sebagai satu bentuk tulisan yang menghasut masyarakat cina secara ”diam”. Fenomena inilah yang tidak di sedari oleh kebanyakkan pemimpin kerajaan terutama dari kalangan pemimpin melayu, dan tidak heranlah jika pilihanraya Umum ke 13 akan datang tiada lagi undi kaum cina kepada kerajaan Barisan Nasional.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parpukari zaman fitnah dan maki hamun kamu dah tak relevan

"Orang biadab tidak layak berada dalam Kabinet."Itu kenyataan keras Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang dianggapnya tidak memahami perlembagaan negara.

Hebat kenyataan Ibrahim Ali terhadap Ketua Pemuda MCA ini. Ada kawan kata ketika Ibrahim membuat kenyataan ini elok juga diberikan cermin kepada beliau UNTUK BELIAU MELIHAT DAN MENILAI KAN KEMBALI DIRI NYA .Lompat si katak lompat ini lebih biadab dari Wee Ka Siong.


Namun apa yang di perkatakan oleh Wee Ka Siong adalah fakta. Wee tidak pula ada menyarankan agar pinjaman MARA di tarik balik, Wee membandingkan apa yang dikempenkan oleh DS Najib kini , gagasan 1 Malaysia. Itu saja,Sejak bila pula Melayu menjadi sensatif, si Parpukari kata jangan sebut pasal MARA

Bagi KJ , nasihat mudah teruskan saja perjuangan dan apa yang beliau rasakan benar ,terus lakukan . Jika KJ tidak mempertahankan Wee Ka Siong yang diserang oleh sawan babi Ibrahim Ali baru baru ini tentu sekali sudah ada perbalahan di anatara Pemuda UMNO dan juga Pemuda MCA.

Ibrahim Ali peduli apa, dia bukan ahli UMNO dan dia bertanding atas tiket PAS dan kini tidak berparti. PERKASA di tubuhkan untuk kepentingan politiknya kerana dia sudah sampai ke penghujung longkang untuk masuk ke lubang taik dan sudah tidak boleh melompat lagi.


Si parpukari juga dikatakan mendapat imbuhan lumayan dari Mukhriz kerana berjaya melakarkan dirinya sebagai anti KJ, Kini setiap kali selepas bertemu Ibrahim Ali si
parpukari tersenyum lebar, Sendiri mahu ingat lah kenapa. namun ada orang kata , tidak lama lagi sepatah yang Parpukari tampal dalam blog dia pun orang sudah tidak percaya.

Pantang Tun Mahathir marah kepada mana mana individu. dia akan maki hamun dan cerca individu itu dan ada kala dia sendiri yang kurang bijak tidak tahu kenapa dia marah. Begitu lah taksubnya si parpukari ini, kalau Tun Mahathir kata pada dia , parpu poteng Konxxk bagi kat anjing. Dia akan potongg...........