Rabu, 30 Jun 2010

1:40 KEMPEN DAFTAR PEMILIH TUKAR KEPADA KEMPEN MEMILIH KERAJAAN

1 : 40 satu nisbah yang memeranjatkan tanahair.Pendedahan oleh Biro keahlian dan daftar pengundi Pemuda UMNO telah mencetuskan pelbagai persoalan dan mengundang resah kepada Pemuda DAP yang mempunyai agenda tersembunyi. Apa pun aku harus memainkan peranan untuk pastikan nisbah itu akan berubah sebelum PRU 13. aku mengajak semua blogers untuk sama-sama menyumbang sesuatu supaya nisbah yang sangat dahsyat itu berubah segera.Jika tidak pada PRU 13 nanti, bukan lagi Tsunami yang melanda tetapi ”ARMAGEDDON” yang akan menghapuskan Ketuanan Melayu di negara ini akan berlaku. Aku berharap pejuang-pejuang UMNO dan barisan kepimpinan Melayu dalam Barisan Nasional dan Kerajaan melihat perkara ini bukan sebagai satu gurauan sebaliknya adalah satu realiti yang harus di depani dengan penuh strategik dan hikmah. 1.Aku cadangkan kempen daftar pemilih ditukar kepada kempen memilih kerajaan. lebih jelas maksudnya kerana ramai anak muda yang aku temui mereka tak tahu apa itu daftar pemilih, mereka sangka masuk UMNO itu dah kira pilih kerajaan, dah masuk UMNO dah sokong kerajaan. 2. Sesiapa yang dah daftar untuk memilih kerajaan ini kena bagi satu kad macam kad keahlian UMNO, kad ini digunakan sebagai diskaun kad, pergi mana-mana yang ada lambang kad itu boleh dapat diskaun.Boleh guna kad ini untuk diskaun bayar balik pinjaman PTPTN, guna kad untuk mudah urusan dengan kerajaan, guna kad untuk dapatkan tandatangan sokongan wakil rakyat, guna kad untuk mintak kerja dengan kerajaan atau GLC, kalau kad itu boleh jadi kad kredit itu lagi advance dan aku pasti ramai anak muda akan mendaftar untuk pilih kerajaan.Pasti ketua pemuda DAP tercungap-cungap nak cari anak muda cina untuk daftar undi. 3. Mudahkan daftar pilih kerajaan nie, alamat pada kad pengenalan bukan lagi jadi alasan, alamat pada kad daftar pilih kerajaan nie bah boleh di gunakan. macam "di mana bumi di pijak di situ langit di junjung" jadi tak perlulah orang kelantan di KL balik Kampung untuk mengundi. kat mana dia kerja dan bermaustautin kat situlah dia pilih wakil rakyat termasuklah pelajar universiti. Ketua Pemuda UMNO si KJ kena kreatif dan inovatif dalam hal nie, jangan asyik nak bertelagah dengan PERKASA.Ingat perkasa timbul kerana kepimpinan yang lemah dari kamu sendiri. Pemuda kena gerakkan seluruh jentera untuk maksud ini, berbaik dengan NGO-NGOS melayu islam tarik mereka supaya mendaftarkan ahlinya untuk daftar pilih kerajaan.

Selasa, 29 Jun 2010

PEMUDA DAP CEMAS PENDEDAHAN 1: 40

Hari ini Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, menafikan dakwaan biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa nisbah pengundi Melayu dan bukan Melayu 1:40 dan menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman Apa hal si bedebah Anthony Loke nie, meroyan tak tentu pasal, Kalau tak ada muslihat tertentu kenapa DAP macam cacing kepanasan pulak. Apa kena mengena nisbah 1: 40 dengan perkauman. Apakah menjelaskan kajian yang di buat tentang data pemilih semasa di anggap sebagai perkauman?. Kenapa pemuda DAP takut dengan pendedahan ini. Apakah dia khuatir dengan tindakkan yang bakal di ambil oleh Barisan Nasional dan UMNO dalam usaha menambah jumlah pengundi melayu?. Mungkin Loke takut 4 juta orang muda melayu yang belum mendaftar mengundi akan keluar untuk daftar mengundi. Dan kalau ini terjadi harapan dan angan-angan DAP untuk menguasai Putrajaya pastinya bertambah sulit. Rancangan sulit DAP ialah mendaftarkan seberapa ramai pengundi cina agar mengatasi jumlah pengundi melayu terutama di kawasan Bandar dan Pinggir Bandar, sampai masa pilihanraya isu perkauman akan di mainkan, isu pemberian tanah di Perak akan di jadikan modal untuk menarik sokongan orang cina. Isu pembangunan Kg.Baru di Kuala Lumpur di jadikan modal supaya orang cina menolak kerajaan Barisan Nasional.

ADUN DAP GAGAL BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT

Bandar Baru Permas Jaya, berhampiran Johor Bahru gempar hari ini bila seorang lelaki cina memanjat bangunan tinggi dalam cubaannya untuk membunuh diri. Lelaki itu yang dikenali sebagai Yeo Nam Soon, 37, cuba membunuh diri selepas gagal menyelesaikan pertikaian dengan bank berhubung rumahnya pada kira-kira pukul 10 pagi.Menurut maklumat yang di terima Yeo sangat kecewa kerana beliau telah menemui pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu selain bertemu ADUN Skudai dari DAP, Dr. Boo Cheng Hou,Yang merupakan ADUN kawasan di mana Yeo tinggal dan membeli rumah. Bagaimanapun masalah dan aduannya tidak di hirau kan oleh Adun tersebut.Kecewa dengan hal tersebut Yeo nekad untuk membunuh diri Niat lelaki cina itu dapat di patahkan dengan kebijaksanaan ADUN dari MCA yang merupakan ADUN Johor Jaya iaitu Tan Cher Puk.Yang tiba di tempat kejadian 40 minit selepas Nam Soon memanjat belebas bangunan itu. Beliau menghubungi Nam Soon melalui telefon bimbitnya dan memujuk dia untuk turun dan berjanji akan membantu mencari jalan menyelesaikan masalah itu.Tan Cher Puk memberitahu Nam Soon bahawa beliau dapat mengatur pertemuan dengan bank berhubung perkara itu tetapi hanya selepas Nam Soon turun. Kepada mereka yang telah memberi undi kepada Dr.Boo (DAP skudai) nie, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah , perkara yang sangat mudah pun tak boleh selesaikan. Sanggup biarkan rakyat mati dari menolongnya.Itulah tanda terima kasih Adun DAP kepada bangsanya sendiri, kalau bangsa lain....kau orang fikirkanlah sendiri. Aku juga dapat maklumat dari rakyat di kawasannya DUN Skudai, Dr.Boo nie hanya tahu meyalak salahkan kerajaan sahaja, tetapi beliau sendiri tidak mempunyai perancangan bagaimana nak membantu rakyat di kawasannya terutama orang-orang melayu yang tinggal di kawasan perkampungan yang sering di naiki air.Nak jumpa pun susah.

1: 40 - ARMAGEDDON KERAJAAN MELAYU

Kalau betul lah Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO yang mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU 12 adalah 1 : 40 (satu orang Melayu, 40 bukan Melayu) sepertimana di laporkan dalam Akhbar Berita Harian 28/6/2010. Maka PRU 13 nanti, bukan lagi Tsunami yang melanda tetapi ”ARMAGEDDON” yang akan menghapuskan Ketuanan Melayu di negara ini akan berlaku. Aku berharap pejuang-pejuang UMNO dan barisan kepimpinan Melayu dalam Barisan Nasional dan Kerajaan melihat perkara ini bukan sebagai satu gurauan sebaliknya adalah satu realiti yang harus di depani dengan penuh strategik dan hikmah. Pergerakan Muda dalam UMNO (Pemuda dan Puteri) mesti mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan ini, janganlah terlalu banyak berpolitik mempertahankan kedudukan masing-masing hingga soal asas yang amat mustahak ini tidak di lihat dan di ambil tindakkan sewajarnya. Sdr.Ketua Pemuda UMNO Malaysia aku minta gerakkan lah jentera Pemuda kamu untuk membetulkan nisbah ini, hentikanlah perbalahan dengan Ibrahim Ali tu, memangnya kamu tidak layak mempersoalkan perjuangan Datuk Paduka Ibrahim Ali tu. Hari ini, dalam akhbar yang sama juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.

Isnin, 28 Jun 2010

JAMBATAN JOHOR - AKU MINTAK TUN DOLAH TUTUP MULUT

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, isu pembinaan jambatan Johor harus diserahkan kepada kerajaan pusat untuk tindakan seterusnya.Ini kerana kata beliau, kerajaan lebih tahu mengenai apa yang harus dilakukan memandangkan ianya projek yang besar. (Sumber Utusan Malaysia: 27/6/2001) Aku sebagai rakyat negeri Johor dengan rasa hormat meminta Tun dollah supaya tutup mulut dari memperkatakan soal jambatan ini lagi. Masa untuk Tun dah berlalu. Tun gagal menzahirkan keinginan dan kehendak rakyat Johor. Tindakkan Tun membatalkan projek itu telah menyebabkan seluruh rakyat Johor tidak ingat bahawa tun pernah jadi PM Malaysia, jadi wajarlah Tun dollah duduk diam-diam dalam hal nie. Jagalah Jambatan ke 2 Pulau pinang tu bebaik, jenguk-jenguk lah koridor yang Tun dah buat, kerana memang koridor tu tempat jenguk orang lalu lalang depan rumah

CERAMAH PAS JADI CERAMAH AGAMA

Ceramah Politik PAS bertukar menjadi ceramah Agama. Pelik bebenor aku bila menghadiri ceramah Parti hamPAS, tadi. Aku mengharapkan penceramah yang di undang jauh dari Kuala Lumpur yang bernama Azman Sharpawi dapat memberikan ceramah politik tetapi aku hanya dapat ceramah agama, alhamdulilah inilah baru pertama kali aku dapat majlis ilmu dari ceramah HamPAS nie, Aku risik dari satu mamat dekat ceramah tu kenapa malam nie "tune" si azman sharpawi nie berbeza, dia orang cakap kat aku sebab kat depan tu ada 50 orang pemuda UMNO Pasir Gudang berdiri mengadap penceramah yang bersedia bila-bila masa membalas segala fitnah dan tomahan, jadi penceramah tak berani nak cerita bukan-bukan takut kena baling kasut agaknya. Cuma satu mamat nie tak puas hati, laporan pada pihak berkuasa dah di buat, permit pun tak dapat tapi pihak berkuasa nie gagal menghentikan ceramah.aku pun turut pelik dan hairan kenapa boleh terjadi macamtu, siapa yang berkuasa sebenarnya?. Seluruh negara pembangkang menjual isu arwah amirulrashid,kugan,konspirasi dan bermacam-macam fitnah terhadap pihak berkuasa namun pihak berkuasa yang dah tak kuasa nie masih bertahan aje, bersunguh-sungguh betul si mamat nie explain kat aku. Apapun aku ucap tahniah juga lah kat bebudak UMNO nie, sekurang-kurangnya sumbangan mereka malam nie menghentikan segala ceramah politik yang menfitnah, tukar ceramah agama maka dapat pahala lah orang-orang yang datang dalam majlis ilmu tu. Jadi akan datang aku cadangkan kalau ada ceramah PAS jemputlah pemuda UMNO datang sama duduk depan-depan penceramah pasti penceramah yang berniat untuk menabur fitnah tu akan tukar "tune"nya.

Ahad, 27 Jun 2010

PAS KAWASAN PASIR GUDANG KETEPIKAN DAP DAN KELAB PENYOKONG PAS

Dalam ketakutan kehilangan penyokong tegar mereka, akhirnya PAS Kawasan Pasir Gudang terpaksa melanggar arahan Presidennya Hj.Abdul Hadi Awang agar PAS bergerak bersama dengan DAP dan PKR sebagai Pakatan Rakyat. Hari ini PAS Kawasan Pasir Gudang menjalankan ceramah fitnahnya di PASTI Taman Mawar dengan menjemput Azman Sarpawi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pusat)dengan tidak membawa bersama DAP sebagai sekutunya, Buktinya semua poster-poster yang di tampal dan di edarkan tidak tercetak lambang DAP. Aku di maklumkan bahawa Pihak Polis tidak mengeluarkan permit tetapi pihak penganjur tetap meneruskan ceramahnya. Pihakjawatankuasa penduduk telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini. Dan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian telah mengaturkan satu acara "MENYAMBUT" si Azman Sarpawi ini. Sama-sama lah kita tunggu panasnya........ Suatu yang amat di kesalkan adalah sikap pihak berkuasa yang cuma akan bertindak bila berlaku sesuatu perkara, sedangkan laporan telah di buat bahawa ceramah itu menggangu ketenteraman penduduk sekitar, jika malam ini penduduk melakukan sesuatu maka janganlah pihak penduduk yang di persalahkan. Berbalik kisah DAP yang di singkirkan dalam pakatan. Sebenarnya Pakatan ini tidaklah mendapat sokongan daripada PAS kawasan Pasir Gudang, ini bermakna mereka sebenarnya bermain wayang sahaja dengan Kelab penyokong PAS yang terdiri daripada orang bukan melayu dan bukan beragama Islam. Jadi sebenarnya PAS sedang mengkhianati DAP dan PKR non Muslim. Kepada penyokong dan ahli kelab penyokong PAS kawasan Pasir Gudang sedarlah bahawa kamu tidak di perlukan oleh PAS Kawasan.

USUL PEMUDA TAMAN MAWAR PASIR GUDANG MENDAPAT PERKENAN SULTAN

Pada 20/6/2010 Pergerakan Pemuda UMNO Taman Mawar telah mengusulkan supaya cadangan pembinaan Jambatan bagi menggantikan Tambak Johor itu mesti di teruskan. Kami Pemuda UMNO Tmn.Mawar mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah lupa untuk menyediakan pasarana untuk kemudahan rakyat, dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang di bawah kepimpinan Sdr.Rohazamshah bin Ahmad, yang telah mendesak kerajaan supaya menyediakan laluan motosikal di sepanjang lebuhraya Pasir Gudang bagi keselamatan pengguna Motosikal, saya mendapat makluman bahawa di dalam Rancangan Malaysia ke 10, permintaan ini insyallah akan di tunaikan. Pembinaan satu lagi rangkaian lebuhraya lebuh raya empat lorong dari Senai ke Pasir Gudang, yang telah di siapkan telah dapat mengurangkan 20 peratus beban trafik yang kini ditanggung oleh Lebuhraya Pasir Gudang.Begitu juga dengan pembinaan lebuhraya lingkaran dalam yang menghubungkan antara Pasir Gudang ke Jambatan Permas menjadikan Kawasan Pasir Gudang ini mudah di masuki melalui pelbagai arah jalan darat, secara tidak langsung rakyat di Pasir Gudang memerima banyak limpah kebaikan. Melihat keadaan ini Pemuda UMNO taman Mawar ingin mengusulkan supaya Pembinaan Jambatan menggantikan Tambak Johor sudah sampai masa untuk di teruskan. Dengan terpecahnya Tambak Johor yang telah berusia 86 tahun itu maka kawasan Pasir Gudang akan dapat di masuki melalui Jalan Laut dengan lebih dekat oleh kapal-kapal dari arah timur tanpa perlu melalui Perairan singapura. Pembinaan jambatan (apa jua bentuk) bagi menggantikan Tambak Johor adalah satu strategi yang sangat rapi yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir untuk bersaing dengan Singapura selain ia adalah ibu segala akses pembangunan di sekitar Johor Bahru Selatan. Strategi yang diperhalusi oleh profesional-profesional korporat sebagai ‘maha hebat’ mampu menjana ekonomi yang menggunung dengan aktiviti dagangan pelbagai sektor. Rangkaian pelabuhan di Selat Johor / Selat Tebrau, seperti Pelabuhan Johor (Johor Port), Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan sokongan Tanjung Langsat dan pelabuahan ringan di perairan sungai Batu Pahat, itu semua akan beroperasi dengan hebat apabila tepercahnya Tambak Johor. Apabila keseluruhan Selat Johor boleh diakses dengan laluan perkapalan maka sudah tentunya ramai pelabur akan membina bandar-bandar baru di persisiran pantai selat tersebut.Seperti yang diketahui umum, Jambatan Bengkok melalui pintu masuk Gerbang Perdana yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini akan menghubungkan keseluruhan rangkaian lebuhraya dari sekitar kawasan strategik Bandaraya Johor Bahru hinggalah ke Lebuhraya Utara-Selatan, Pasir Gudang, Lebuhraya sisir pantai Negeri Johor melalui kawaan Kulai, Senai, Link ke 2 hinggalah ke Kota Tinggi-Desaru-Pengerang. Perancangan ini semua dibuat melalui pemerhatian bahawa Tambak Johor akan digantikan dengan sebuah jambatan. Dari segi eko-system, kita dapati tambak Johor yang telah berusia 86 tahun ini telah menghalang laluan air dari timur ke barat, oleh kerana itu hidupan laut di sekitar selat tebrau tidak dapat membiak kerana habitat semulajadinya musnah, secara langsung nelayan persisir pantai termasuklah nelayan melayu dari Kg.Pasir Gudang Baru, Kg.Senibung, Kg. Melayu Kuala Masai dan Nelayan dari kampung-kampung tradisi di persisiran selat tebrau tidak lagi dapat menangkap ikan berdekatan dengan kampung mereka.Ini mengakibatkan ekonomi mereka terjejas. Selain dari itu peternak-peternak ikan dan kupang dalam sangkar juga sering menghadapi masalah kerana kualiti air di selat tebrau ini sudah terlalu menurun.Kita mengharapkan dengan merobohkan tambak Johor sedia ada dan di gantikan dengan jambatan baru masalah kualiti air di peraitan selat tebrau akan betambah baik. Pergerakkan Pemuda UMNO cawangan Tmn.Mawar dengan ini mengusulkan supaya kerja-kerja membina Jambatan Baru bagi menggantikan tambak Johor di teruskan juga walau dengan apa cara sekalipun demi untuk masa depan generasi dan maruah anak negeri Johor. Sekain, Wabillah hi taufik wal hidayah wassala mualaikum wbkth. Mohon di bahas dan diluluskan usul ini. HARI INI BAGINDA SULTAN JOHOR MENGARAHKAN SUPAYA DI BINA JAMBATAN BAGI MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR. Sultan Ibrahim bertitah, usaha menaik taraf Tambak Johor dengan membina jambatan tersebut amat penting bagi institusi Kesultanan Johor dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini sejak dahulu. "Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini. "Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor," titah baginda. "Dahulu,Apabila kerajaan mengatakan wujudnya masalah untuk mencari tapak yang sesuai dalam kawasan Johor Bahru bagi memindahkan penghuni Flat Lumba Kuda dan Bukit Chagar agi tujuan perpindahan penduduk untuk di bina CIQ, maka Almarhum ayahanda saya telah memberi keizinan agar tanah milik kesultanan Johor di Kampung Bakar Batu digunakan secara menyeluruh bagi tujuan penduduk yang terlibat dalam projek tersebut. "Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyeru kepada semua pihak agar memberi peluang dan keutamaan kepada syarikat bumiputera dan rakyat Johor dalam pemberian kontrak pembangunan yang dijalankan di negeri ini,'' titah baginda. (sumber : Utusan Malaysia 27/6/2010)

Sabtu, 26 Jun 2010

BEZA ORANG KITA DENGAN ORANG DIA

Assalamualaikum. Dalam waktu kerajaan melayu mencadangkan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR yang selama ini menjadi mekanisma pengambilan pelajar melayu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), pihak bangsa lain pula mencadangkan agar sijil-sijil peperiksaannya sekolah persendiriannya di iktiraf oleh kerajaan. Inilah jurang perbezaan perjuangan antara kaum. Kita orang melayu berjuang membuang segala keistemewaan yang ada tetapi kaum cina berjuang mendapatkan sesuatu untuk bangsanya. Akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan isu akhbar bahasa cina ada menyiarkan pandangan Timbalan Editor akhbar Sin Chew Jit Poh, Lim Swee Guan yang berpendapat pihak kerajaan sepatutnya secara langsung mengiktiraf sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina. Dengan itu dapat hindar daripada syarat lulus bahasa Melayu SPM. Jelas dan nyata pendapat Swee Guan itu hanyalah bertujuan untuk mempastikan pelajar-pelajar cina tidak perlu lulus matapelajaran Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara ini. Apa akan terjadi jika syarat lulus Bahasa Melayu ini tidak lagi menjadi kewajipan untuk lulus SPM dan syarat utama kelayakkan untuk memasuki IPTA?. Soalan yang patut di tanya kepada pemimpin melayu yang sudah lupa daratan. Dalam tulisannya, beliau menambah bahawa usaha kerajaan memperkasakan bahasa melayu ini di anggap sebagai usaha yang remeh temeh dan menggangap kerajaan tidak memberikan tumpuan kepada matlamat perubahan pendidikan yang lebih lurus. Menurut Swee Guan lagi,Pada tahun 2011 pihak Kementerian Pelajaran akan lancarkan perubahan sylibus mata pelajaran di peringkat sekolah SRJKC dan SRJKT, menekankan mata pelajaran bahasa Melayu serta penambahan masa pembelajaran bahasa Melayu, termasuk mencadangkan sama ada kertas soalan menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris, serta melaksanakan sylibus baru (Malaysia Negara Ku). Walaupun tulisan Swee Guan ini dituliskan sebagai ”pendapat peribadi”, tetapi tulisan ini di baca oleh semua pembaca akhbar Sin Chew Jit Poh. Dan saya berpendapat ianya patut di anggap sebagai satu bentuk tulisan yang menghasut masyarakat cina secara ”diam”. Fenomena inilah yang tidak di sedari oleh kebanyakkan pemimpin kerajaan terutama dari kalangan pemimpin melayu, dan tidak heranlah jika pilihanraya Umum ke 13 akan datang tiada lagi undi kaum cina kepada kerajaan Barisan Nasional.

Selasa, 22 Jun 2010

HUSAM MUSANG " THE CHICKEN RUN" KANTOI

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan gagal memberi jawapan kepada pertanyaan "Geng" Sendiri pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) mengutarakan soalan berkenaan berapa jumlah projek dan nilainya yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Kelantan dari 1990 hingga 2009. Husam menjawab dia memerlukan masa satu hari satu malam untuk menjawabnya kerana terlalu banyak pembangunan telah dibuat, fuyoooo banyak nya projek pembangunan, tapi yang peliknya dia cuma cerita pasal projek Masjid cina di Rantau Panjang. Tak tahulah aku kalau memang nama masjid nie Masjid Cina atau betul-betul bina masjid untuk orang cina (tokong lah tu).Tanya lah Husam sendiri. Kalau Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri sendiri tak boleh jawab, memang sahlah tak de pembangunan pun di Kelantan yang di buat oleh kerajaan negeri. Inilah bahananya gara-gara berpolitik tak habis-habis. Masa berceramah kat luar kelantan bukan main lagi berkokok kononnya pembangunan rakyat tu tanggungjawab kerajaan, mendabik dada kononnya kalau PAS perintah PAS boleh buat pembangunan lebih baik dan bersih dari kerajaan Barisan Nasional. Kalau macam nie lah cara perintah dan tadbir negeri, aku yakin satu hari nanti generasi baru kelantan pasti akan buta huruf semuannya, macamana nak majukan rakyat kalau pembangunan untuk rakyat tidak di buat. Atau duit untuk pembangunan rakyat telah di gunakan untuk membayar kickdiffela RM 4 juta, melabur dalam Kohilal @kohilang, beli kek harijadi pok nik, bayar elaun 13 assistant exco dan lain-lain tanya sendiri husam. Menteri Besar Kelantan sangat cerdik kerana meletakkan MUSANG dalam reban Ayam.

Ahad, 20 Jun 2010

GEMPAR !!!!! KAYVEAS KATA DIA SINGA, MURUGIAH MUSANG

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas yang hilang kerusi Parlimen Taiping kepada Ng Kor Ming hari ini meroyan lagi minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah daripada barisan Kabinet. Kembar Semi Value nie, tak sedar diri lagi. dulu pernah melalak dalam Barisan Nasional mintak Jadi Menteri kononnya mewakili kuota PPP tapi rakyat di Parlimen Taiping menafikan cita-citanya. Hari ini bila PPP dah di beri kerusi dalam kabinet nak mintak PM tarik balik kerana yang duduk di kerusi itu ialah T. Mugugiah. Sebenarnya Kayveas yang gila talak nie nak wakil PPP atau nak dirinya sendiri jadi Menteri atau timbalan Menteri. Persoalan yang sangat senang di jawab. Budak nak masuk tadika pun tahu jawapannya. Aku rasa PM kena tengok drama nie, dan keputusan yang sangat tepat ialah NO MORE PPP REPRESENTATIVE IN CABINET LIST. Ada pun menyusahkan BN. buat apa. M.KAYVEAS SINGA MURUNG MURUGIAH MUSANG BANGSAWAN

Sabtu, 19 Jun 2010

KHAIRY DI CABAR SAMAN ANWAR AL-JUBURI

INI ADALAH PETIKAN UCAPAN KHAIRY MENGAYAT RAKYAT DENGAN CABARANNYA. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa anggota Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu. Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka anggota Parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap telah melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat. Bro khairy... pembangkang dah lama berubah, awak masih lagi dengan ideologi lama nak cabar,cabar,cabar tak habis habis cabar sampai tersembur ayer lioq.... awat nak cabar lagi. SAMAN aje lah...saman, tak tahu ke nak saman macamana???. kenapa bingai sangat asyek-asyek cabar...saman lah kurang-kurangnya dapat cover balik amount saman yang al juburi menang dulu,sebab kebodohan dan ke egoan kau tak hadir ke mahkamah dulu. Pemuda UMNO kalau macam ketuanya nie memang sampai bila tak kan berubah, retorik lebih tak de action.Dari bekas ketua Pemuda yang asik amaran,amaran,amaran dan kau sekarang cabar.cabar,cabar...Tak payah lah nak kata ahli Parlimen Pematang Pauh itu pembohong besar pada rakyat, semua itu rakyat dah tahu, yang rakyat nak tahu apa tindakkan pemuda Melayu mengajar pembohong besar itu...

APA MUSLIHAT KARPAL SINGH JAHANAM

Melihat senario politik sekarang, adalah satu yang agak menghairankan apabila Pengerusi DAP Kebangsaan tetiba mengeluarkan fatwa bahawa Kerusi Parlimen Batu perlu di kosongkan mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan. Memang aku anti pembangkang dan berharap Barisan Nasional dapat tambahan kerusi di Parlimen, tetapi aku harus mentafsirkan ke HAIRANan ini sebagai satu MUSLIHAT, sepertimana Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (kreana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118) Semasa Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu, Bangsa apa yang mendapat keuntungan?. Tak mustahil kalau ada lagi pilihanraya di Parlimen Batu sekali lagi kerajaan Barisan Nasional di ”kencingkan” oleh pengundi bangsa pendatang di kawasan tersebut. Bagi aku, kalau kerajaan nak juga melayan juga Kapal sink nie, Barisan Nasional buat selamba je, letak lah calon dari MCA ke, Gerakan ke, atau PPP ke, let’s them survive kat kawasan tu, lepas tu PM DS Najib dan TPM jangan nak memandai guna duit rakyat tabur kat kawasan tu. Kalau BN kalah pun kat situ nothing happen. Ingatan aku pada Datuk Ahmad Mazlan dan jentera yang lain, tumpukan perhatian kepada PRU 13 lebih baik dan penting dari PRK Batu.

Rabu, 16 Jun 2010

CADANGAN MENGATASI MASALAH KEKURANGAN BARANGAN KAWALAN DI PASARAN -MENTERI KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KENA BACA.

Salam. Aku dah penat dengar masalah barangan kawalan betul-betul di kawal oleh mereka yang tamak dan khianat terhadap rakyat dan negara. Bukan sahaja di kawal dari segi harga, dikawal juga dari segi pengagihan. tujuannya bila kurang di pasaran maka harga akan naik.Bila kerajaan tak naikkan harga maka barang ini tidak di keluarkan, taktik ini dah selalu di mainkan oleh mereka-mereka ini, hingga menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan kesannya kerajaan hilang majoriti 2/3 di parlimen. Jadi aku nak kasi cadangan kepada tiap-tiap UMNO Bahagian. Tubuhkan Koperasi UMNO Bahagian, jadi pembekal kepada rakyat untuk semua barangan kawalan nie. Ambil alih tugas pembekal yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada kerajaan. Kerajaan pula kasi AP kat tiap-tiap Koperasi nie supaya dapat bekalan terus dari pengilang atau pun pengeksport. Susah ke nak buat itu semua???????.awatnya yang masih dok cakap sana cakap sini, amaran sana amaran sini.Kerajaan boleh bankrap ke kalau kasi AP kat koperasi yang akan tolong rakyat, yang akhirnya rakyat akan ucap terima kasih dengan bagi undi kat kerajaan. Yang berkenaan itu fikir-fikirkan lah dan bertindak segera sebelum semuanya hancur.....

Selasa, 15 Jun 2010

PM Najib tokoh Umara' yang memperjuangkan Islam

Pengumuman PM DS Najib, untuk menyemak dan membuat sesuatu kepada elaun guru KAFA (Kelas al-Quran dan Fardu Ain ) dan Penyelia KAFA amat di hargai. Sesuai dengan perlembagaan Negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan maka tidak perlu ada yang mempertikaikan usaha dan niat PM ini. Yang jelas dan pasti ialah jika elaun guru KAFA ini di naikkan yang mendapat manafaatnya tentulah guru-guru kafa yang di beritakan seramai sekitar 34,000 orang di seluruh Malaysia. Dan sudah pastinya mereka itu terdiri dari orang-orang melayu yang beragama Islam yang mengajar anak-anak bangsa tentang al Quran dan Fardu Ain. Ini harus di lihat sebagai satu usaha kerajaan Barisan Nasional dalam memperkasakan institusi Islam. selama ini parti pembangkang terutama PAS selalu melaungkan slogan perjuangan Islam tetapi ternyata tidak mampu untuk memperjuangkan nasib guru agama ini. Justeru itu tidak kertelaluan di katakana bahawa UMNO dan Barisan Nasional lah yang sebenarnya membina dan memperkasakan agama Islam di Negara ini. Jika di lihat dari jumlah elaun yang di perolehi oleh guru-guru KAFA ini,maka benarlah bahawa guru-guru ini merupakan golongan miskin tegar, kerana elaun yang di terima adalah di bawah paras kemiskinan kebangsaan, Dan dari jumlah elaun itu juga menyebabkan terlalu kurang guru KAFA dari kalangan kaum lelaki yang memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Bayangkan dengan hanya RM 500 bagaimana untuk menjadi ketua keluarga?. Di negeri Johor, ada guru KAFA di minta bertugas di sekolah agama terutama di sekolah agama kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kekurangan guru agama, bagi keadaan seperti ini, Saya percaya walaupun ianya hanya sekadar elaun, namun dari segi tanggungjawab dan komitmen terhadap pekerjaan tetap sama dengan guru-guru lain Cuma beza mungkin waktu pengajaran dan pembelajaran yang pendek, pun begitu guru-guru kafa ini tidak lah boleh untuk pulang awal atau datang lewat untuk ke sekolah mereka masih juga perlu untuk membuat tugas-tugas sampingan lain sepertimana guru agama biasa, jadi memang tepat dan wajarlah kerajaan menyemak dan membuat sesuatu terhadap guru-guru KAFA ini. Saya juga menyokong Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) dalam menggesa kerajaan Malaysia untuk menyerap lebih 30,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap untuk menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik kepada guru guru terbabit.

Isnin, 14 Jun 2010

MUKTAMAR PAS KE 56 - MEMBUKA WAJAH SEBENAR PARTI AJARAN SESAT

Maha Suci Allah yang maha Adil, maha mengetahui lagi berkuasa atas tiap sesuatu, itu kalimah yang dapat aku lafaskan bila mengikuti Mukhtamar PAS kali ke- 56 ini. sesungguhnya Allah s.w.t telah menunjukkan sesuatu kepada mereka yang mahu berfikir. Muktamar PAS kali ini telah memuntahkan segala KEBUSUKAN NANAH HIJAU KEKUNINGAN yang selama ini membuak dan membusuk didalam perut PAS melalui ucapan-ucapan dari pemimpin-pemimpin yang selama ini berselindung di sebalik kesucian ajaran Agama Islam dan bersembunyi dalam pakaian ulama tetapi segalanya di buka oleh Allah s.w.t di hadapan ahlinya sendiri agar mereka berfikir apakah benar perjuangan dan dakwah PAS selama ini dan akan datang akan menurut cara islam dari semua segi termasuk perbuatan dan tindakkannya. 1. Apa kata Hadi Awang: ”apa yang dibuat dan dihayati oleh Pas hari ini berdasarkan al-Quran, sunnah Rasulullah, muzakarah para ulama dan kitab-kitab usul penting dalam ajaran Islam serta melalui perbincangan politik”."Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) berdasarkan Islam dan konsep Islam yang diperjuangkan oleh Pas, tidak sama dengan kerjasama UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN)."Kerjasama kita dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang diizinkan oleh syarak. Kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang menggadai prinsip dan akhlak dan tidak boleh menjadi contoh kepada orang bukan Islam," SIAPA YANG MENGELUARKAN FATWA MENGUNDI BARISAN NASIONAL ITU KAFIR KERANA UMNO BERKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM DALAM BARISAN NASIONAL. ADAKAH FATWA ITU DAH DI TARIK BALIK?. ATAU ADA FATWA BARU ”PAS BUAT HALAL UMNO BUAT HARAM DAN KAFIR”. 2. Apa kata Mahfus Omar : Pas perlu memanfaatkan ''Marah dan benci rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) meluap-luap, ''Hinggakan masalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, katak yang tidak boleh melompat semuanya dikatakan berpunca daripada UMNO,'' Menurut beliau, langkah itu tidak salah dan tidak tersasar daripada landasan perjuangan Pas mengikut al-Quran dan as-Sunnah sebaliknya ia disesuaikan dengan kehendak khalayak. BETUL KE KEHENDAK AL-QURAN DAN AL-SUNAH SUPAYA MEMANAFAATKAN SIFAT-SIFAT MAZMUMMAH ORANG LAIN HINGGA MENIMBULKAN KEMARAHAN DAN KEBENCIAN YANG MELUAP-LUAP YANG AKHIRNYA PAS DAPAT BERKUASA. JADI DI MANA AJARAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH YANG MENYURUH KITA MENJAGA AIB ORANG LAIN.DAN MEMIMPIN MANUSIA KE JALAN KEBENARAN. 3.Apa kata Mustafar Ali : Isu TPM II dari kalangan bukan melayu hanya disensasikan media bagi mengelirukan rakyat sedangkan setiap perkara yang ingin dilakukan oleh pakatan pembangkang perlu mendapat persetujuan Pas terlebih dahulu. APA NIE, MASIH NAK KELIRUKAN RAKYAT LAGI KE, MASIH NAK SEMBUNYIKAN BANGKAI GAJAH DENGAN DAUN SEHELAI KE. TAK KAN HAL BESAR MACAM NIE NAK SALAHKAN MEDIA PULAK. SEDARLAH WAHAI MUSTAFAR BAHAWA AL JUBURI TIDAK AKAN PEDULI KAMU SEMUA AHLUL PAS. INIKAH SIKAP PEMIMPIN PAS, INI KAH CARA ISLAM YANG SYUMUL. 4. Apa kata Azman Shapawi : Dewan Pemuda Pas menolak cadangan seorang perwakilan supaya Pas mendesak pengharaman setiap aktiviti perjudian di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang., Azman Shapawi menolak cadangan itu berkata, pihaknya mempunyai perancangan lain dan enggan meminda usul asal yang dikemukakan oleh wakil Dewan Pemuda, Ahmad Fadhli Shaari. PERJUANGAN ISLAM APA NIE, KALAU SOAL JUDI PUN ADA DOUBLE STANDARD. NEGERI PAKATAN PEMBANGKANG JUDI TAK BOLEH HARAMKAN TAPI KERAJAAN BARU CADANG NAK KENAKAN CUKAI PADA JUDI BOLA RIUH SELURUH DUNIA KONONNYA KERAJAAN MENGALAKKAN JUDI.BARU CADANGAN TAK LAKSANAKAN PUN. TAPI KAT NEGERI PEMBANGKANG DAH LAKSANA TAK BERANI NAK HARAMKAN. 5. Apa kata Nasaruddin Hasan : Pada 10hb.Jun Dewan Pemuda Pas mencadangkan agar pakatan pembangkang sepakat tidak memperbaharui lesen premis perjudian yang banyak beroperasi di negeri-negeri yang dikuasai mereka. Pada 13hb.Jun Nasaruddin Berkata, pada judi yang sedia ada Dewan Pemuda PAS memerlukan masa untuk bangkit menolak semua bentuk judi. APA HAL NIE DAH GILA KE, ITUHARI CAKAP LAIN, HARI INI CAKAP LAIN PULAK, MANA ISTIQAMAH YANG DI AJAR DALAM ISLAM, MACAM NIE KE PEMIMPIN MUDA PAS?. KATA FI SABILLAH, HARAM TETAP HARAM BEB....CAKAP TAK SERUPA BIKIN. 6. Apa kata Mat Sabu @syabu : Pas akan terus mengadakan demonstrasi jalanan bagi menaikkan ‘mood’ rakyat supaya menolak Barisan Nasional. ISLAM MENGGALAKKAN KE KEADAAN TIDAK TENTERAM DAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM SEPERTI DEMONSTRASI JALANAN YANG BANYAK KEBURUKAN INI. ISLAM TAK AJAR TAPI PAS YANG AJAR.

Jumaat, 11 Jun 2010

PAS TIDAK PERCAYA PADA PAKATAN

Akhirnya segala rahsia dalam pakatan terbongkar, Hari ini Presiden PAS Hj.Abdul Hadi Awang mengesahkan bahawa PAS akan membenarkan bukan Islam menjadi calon wakil rakyat mewakili parti itu.Jadi bermakna akan datang pada PRU 13 akan ada bukan Islam yang akan bertanding mewakili parti PAS. Dan secara langsungnya DAP dan PKR jangan dok sibuk-sibuk di kawasan yang di tandingi PAS, kalau DAP dan PKR berkeras untuk meletakkan calon mereka di kawasan tersebut bermakna pakatan dah tak pakat lagi. Nampaknya PAS masih terlalu ghairah untuk memenangi hati pengundi bukan Islam, dalam masa yang sama tidak sanggup di tunggangi oleh DAP.Jalan terbaik ialah membenarkan Bukan Islam menjadi calon PAS (bersyarat katanya). So DAP jauh-jauh lah dari PAS mereka sudah ada calon sendiri, janganlah merasakan bahawa pengikut PAS akan memihak kepada kamu.Presiden PAS sudah ada perancangannya sendiri. Selamat Tinggal Pakatan. Inilah makna sebenar tidur lain-lain bantal, tapi mimpi yang sama nak duduk Putrajaya.

SIAPA SEBENARNYA YANG MENGAMALKAN POLITIK SE-SUKU?

MUDALILIL AM PAS menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti UMNO itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam. Sebenarnya dalam hal ini siapa yang paling jaguh mengasingkan Politik dengan Islam?. Kerana kuasa pemimpin PAS sanggup lakukan apa sahaja hingga menjual agama demi untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu, Kenapa dalam PR, PAS tidak istiqamah mengatakan matlamat parti mewujudkan negara Islam sepertimana di laung-laungkan di kampung-kampung.Kenapa PAS cakap siang lain, malam lain,depan melayu islam cakap lain,depan bukan islam cakap lain?. Pemuka-pemuka PAS hentikanlah sifat bermuka-muka tu. Rakyat dah mula sedar apa yang di perjuangkan oleh PAS selama ini bukan berada di landasan yang lurus, semuanya kerana HARTA,TAHKTA dan WANITA.

Khamis, 10 Jun 2010

KETUA MILITAN PAS MELUDAH KE LANGIT, KENA BATANG HIDUNG SENDIRI

Nak tergelak aku dengar ucapan Ketua militan Dewan Pemuda PAS Pusat nie. Dia menyeru dan merayu agar negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat pimpinan BN dalam isu judi, dan menambah, Negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Persekutuan. Kerajaan Pakatan Rakyat mestilah memberikan komitmen serupa tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi dibawah wilayah penguasaan mereka. Komen aku. Ucapan sekadar retorik dan memperbodohkan perwakilan yang memang dungu tanpa melihat apa yang sedang berlaku di negeri di bawah pemerintahan PR. Di Selangor terdapat lebih 4, 500 rumah urut, premis judi “haram” dan berlesen. Haram bermaksud ia dilesenkan di bawah kafe siber tetapi dijadikan tempat melakukan pertaruhan. Rumah urut pula berselindung di sebalik lesen pusat kesihatan dan refleksologi tetapi menawarkan kegiatan seks. Bukankah Pas menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Jadi sudah berapa banyak premis judi di Pulau Pinang ditarik balik lesen perniagaan mereka oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Di Kedah sendiri yang di bawah pemerintahan langsung Pas masih mempunyai premis judi berlesen dan tidak berlesen. Mengapa Pemuda Pas tidak mendesak Ustaz Azizan Razak untuk mengarahkan PBT menarik balik semua lesen premis judi di sana, Janganlah sekadar nampak kuman di sebarang tetapi bangkai gajah di depan mata buat tak tahu sahaja.

Rabu, 9 Jun 2010

TAHNIAH TOK GHANI DAN TOK ZAINAL - Sekolah Agama Kerajaan Negeri Macamana pula ?.

Kira-kira 8,830 orang guru dan murid di 27 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Johor bakal menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan apabila sekolah mereka didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SAR di Johor mempunyai sebanyak 19 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dengan 577 guru dan 5,563 pelajar manakala 8 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat pula memiliki 208 guru dan 3,227 murid. Isu ini sudah tertunggak sejak sekian lama, dengan menjadikan SAR ini sebagai SABK maka tenaga pengajar akan menerima elaun, kemudahan dan tangga gaji yang serupa dengan guru-guru di sekolah di bawah kementerian Pelajaran. Dengan perkembangan ini juga secara langsung golongan pelajar akan dapat ditingkatkan lagi kecemerlangan menerusi tenaga pengajar dan infrastruktur serta kemudahan sekolah yang lebih berkualiti dan lengkap. Tenaga pengajarnya pula akan di ambil dari mereka yang berkelayakan setaraf dengan tangga gaji. Di samping itu juga ibu bapa tidak lagi di bebani dengan yuran yang tinggi, bilamana di bawah SAR ibu bapa terpaksa mengeluarkan wang untuk menampung gaji dan elaun tenaga pengajar Sebagai anak watan Johor yang pernah terlibat dengan sekolah Agama di negeri Johor ini saya amat berterima kasih kepada YB Adun Endau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman ,yang telah menyambung usaha mereka yang terdahulu untuk membantu sekolah yang 100% muridnya adalah Berbangsa Melayu dan beragama Islam. Di kesempatan ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Datuk Zainal Abidin, selaku Pengerusi J/kuasa Agama Islam Negeri. Selain dari sekolah- sekolah di bawah kategori SAR dan SABK. Terdapat juga di Negeri Johor ini, Sekolah Agama Kerajaan Johor yang merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar, masyarakat Islam negeri Johor meraih manfaat yang besar sehinggalah amalan menghantar anak untuk mengikuti pengajian agama sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Johor.Kini, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu saya juga mengesa Yang Berhormat Datuk Zainal agar dapat membantu Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini mendapat bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kerana sehingga hari ini lebih 389 buah Sekolah Agama kerajaan Negeri hanya bergantung sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri untuk menampung kos gaji dan elaun guru serta pembinaan sekolah. Pada masa ini di anggarkan seramai 218,000 orang murid dan 5,000 guru terbabit dengan sistem persekolahan ini. Sebanyak hampir 121 buah Sekolah Agama Negeri yang masih belum mempunyai bangunan sendiri, tindakkan diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bangunan sekolah agama yang semakin kritikal dengan guru dan pelajar terpaksa menumpang di bangunan sekolah kebangsaan, masjid dan juga menyewa rumah kedai atau lot bawah rumah pangsa yang di ubahsui sebagai bilik darjah. Saya khuatir jika tiada campurtangan pusat melalui kementerian Pelajaran suatu hari nanti Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini akan terhapus kerana tiada kemampuam kewangan untuk menguruskannya sama seperti nasib yang menimpa Sekolah Agama Rakyat (SAR)

Selasa, 8 Jun 2010

Jemputan Pelancaran Rally 1 Malaysia

Semua Rakyat Malaysia di jemput ke Stadium Bukit Jalil pada 12hb.Jun 2010, sempena pelancaran program "Rally 1 Malaysia" yang di anjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional bersama beberapa badan bukan kerajaan (Ngos'). Program ini antara lainnya bertujuan untuk menemui rakyat dan memberi penerangan serta mendapatkan maklumbalas berkenaan polisi kerajaan. Selain itu juga Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mengadakan bantahan terhadap tindakkan kejam tentera Israel terhadap sukarelawan yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke gaza baru-baru ini. Program sehari itu akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sabtu, 5 Jun 2010

DIRGHAYU TUANKU

Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Wasiat Raja-Raja Melayu "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera". Adalah 7 perkara tersebut ialah; PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA). KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini. KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan. KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Jumaat, 4 Jun 2010

Gempar - KJ tawar diri sebagai Sukarelawan ke GAZA

KJ@Khairy Jamaluddin- ahli parlimen Rembau merengkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia menawarkan diri menjadi Sukarelawan ke Gaza. Hari seluruh rakyat Malaysia mendengar sendiri bahawa KJ menawarkan diri untuk ke gaza apabila di temuramah oleh wartawan semasa mengadakan bantahan secara aman di perkarangan masjid negara selepas sembahyang jumaatpetang tadi.Pengumuman ini membuatkan kumpulan anti-KJ tercengang dan terlopong mulut.Di jangkakan sejak pengumuman ini di buat beribu-ribu SMS akan masuk ke HP KJ mengucapkan tahniah dan meminta agar di buatkan wasiat supaya segala harta kekayaan serta jawatan pengarah dan lembaga pengarah yang ada nama dan saham KJ di tukar nama kepada si pengirim SMS itu. Tak sia-sialah si KJ nie masuk askar wataniah tempohari. Maka mungkin akan berasa kesallah PM Najib kerana tak lantik KJ sebagai menteri. Selepas nie kumpulan anti-KJ dah tak de modal untuk bergurau senda lagi.

Rabu, 2 Jun 2010

Pengambilan Sukarelawan ke Gaza

Ini bukan lagi masa untuk mendesak atau melancarkan demo membantah tindakkan Israel, Baca di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/06/video-serangan-rejim-israel-ke-atas.html Semua umat islam MESTI bangun HIJAD FI SABILLAH. Pengambilan Sukarelawan ke Gaza. Tarikh :3hb.Jun 2010 Tempat : Pintu Masuk Stadium Larkin Masa : 3.00 petang Anjuran PPPMM, MAYC Johor Bahru dan Pulai dan Yayasan Aman Malaysia. Semua Pemuda di jemput hadir.

ZAHID MD.ARIP GANTI KHAIRY JAMALUDDIN

Aku cukup teruja dengan kenyataan bekas Naib Ketua Pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammad Zahid Md. Arip, satu –satunya kenyataan yang sangat aku tunggu-tunggu, dan sangat berharap kenyataan serupa itu di keluarkan oleh Sdr. Ketua Pemuda UMNO Malaysia, namun sampi hari ini hampeh, ternyata KJ masih lagi belum keluar “takuk” nya. Hanya yang aku di maklumkan si KJ nie ada menghubungi T.Mohan. minta penjelasan. Sdr. Muhammad Zahid Md. Arip , yang pada satu masa pernah mengelar Mudalilul Am PAS sebagai P***Mak, hari ini menyelar Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang disifatkannya sebagai sombong dan angkuh apabila mengugut untuk keluar daripada BN. Menurut Zahid, "Jika MIC keluar dari BN, masih ada empat lagi parti yang berteraskan kaum India akan menyertainya, peluang perlu dibuka kepada Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) dan Makkal Sakhti. Beliau menambah, "Kesemua parti berkenaan telah menjadi mangsa 'jiwa tikus' Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu. "Selama ini beliaulah yang menentang kemasukan parti-parti tersebut ke dalam BN. Katanya, kesemua parti itu telah menerima dan menunjukkan kefahaman yang tinggi kepada konsep BN seperti yang dibuktikan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Sehubungan itu katanya, adalah wajar kepimpinan BN menimbangkan semula peluang parti-parti tersebut menyertai BN dan membantu mengukuhkan kedudukan terutama dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti. Syabas anak muda jiwa dan semangat seperti kamulah yang kami nantikan, pejuang seperti kamulah yang kami harapkan untuk memimpin Pemuda UMNO masa hadapan bukan macam yang ada sekarang nie.

NEGARA BANKRAP ATAU JATUH MISKIN?

Bara-baru ini seluruh rakyat terpinga-pinga dan risau bila Menteri baru di lantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa pada tahun 2019 negara akan Bankrap. Banyak persoalan timbul antaranya Pertama tentang kredibiliti dan kebertanggungjawaban semua menteri Kabinet DS Najib dalam menangani isu ini supaya Negara tidak bankrap, Kedua apakah istilah yang di gunakan oleh Idris Jala ini tepat. Ketiga adakah dengan pengisytiharan atau amaran ini akan memulihkan keadaan ekonomi Negara, Keempat tidakkah menteri ini berfikir tentang implikasi kepada rakyat bila mengumumkan perkara itu dan pelbagai andaian timbul berkenaan keberkesanan pentadbiran PM dalam hal ini, secara langsung pengumuman ini di gunakan oleh pihak pembangkang untuk memburukkan lagi kepimpinan DS Najib. Atau ADAKAH INI STRATEGI KERAJAAN UNTUK MENARIK BALIK SUBSIDI KEPADA RAKYAT?. Apakah kerajaan sekarang tidak mampu dan mahu lagi menjadi Negara kebajikan kepada rakyat?. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika diteruskan pemberian subsidi kepada rakyat.Beliau berkata, kesan jangka panjang terhadap Malaysia jika subsidi diteruskan adalah akan menjadi negara ini miskin apabila banyak wang dikeluarkan untuk membantu rakyat manakala pendapatan pula berkurangan. ''Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin," katanya.Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.Dr. Mahtahir berkata, bagi memastikan Malaysia tidak menjadi miskin, kerajaan perlu mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi ia hendaklah dilakukan secara beransur-ansur dan bukannya mendadak. Kepada bapak –bapak menteri cubalah berfikir sebelum membuka mulut, jangan kejar publisiti yang akhirnya negara huru-hara.

Selasa, 1 Jun 2010

JEMPUTAN HANCURKAN ISRAEL

JEMUTAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM BERHAMPIRAN SATU PROGRAM YASSIN DAN SOLAT HAJAT ANJURAN PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG, BAGI MEMOHON PERTOLONGAN DARI ALLAH S.W.T AGAR KONVOI BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DI SELAMATKAN DARI TENTERA ISRAEL. TARIKH : 1HB.JUN 2010 MASA : LEPAS MAGHRIB TEMPAT : SURAU AL – KAUTHAR RUMAH PANGSA SRI ALAM JALAN TASEK 64. SRI ALAM, PASIR GUDANG .JOHOR.