Selasa, 28 Disember 2010

12 KESESATAN ANWAR IBRAHIM YANG DI PERJELASKAN OLEH Dr. MUHAMMAD UTHMAN El-MUHAMMADY

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan”(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal 

Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.


4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush :

Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada ‘Akal’ tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’

Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.
Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama

Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (‘muhaiminan ‘alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims) 

Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

11. Persoalan Syariat Islam

Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya. 

Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.

12. Persoalan Jihad

Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

rujukan AIDC. 
 
 

Isnin, 27 Disember 2010

HORREYY........TERIMA KASIH JOHOR CORPORATION (Jcorp) KERANA TAK JADI JUAL QSR BRANDS DAN KFC HOLDINGS

Salam, tahniah dan terima kasih MPG ucapkan kepada CEO Jcorp. yang baru Sdr. Kamaruzaman Abu Kasim atas pengumuman beliau bahawa Johor Corporation (anak syarikat Perbadanan Negeri Johor) tidak akan menjual saham QSR Brands dan KFC Holdings.

Tahniah juga buat rakan-rakan blogers yang perihati terhadap isu ini, antaranya ialah Suhaimishahadan, GAP, Melayurayadaily, mataangin dan beberapa blogers lain yang sama-sama mempertahankan hak bumiputera dalam QSR Brands dan KFC Holdings. Terima kasih semua perjuangan kita tidak mengenal sempadan negeri asalkan ianya untuk kepentingan Nusa dan agama, yang benar tetap kita pertahankan dan yang mungkar tetap kita telanjangkan.....

KERANA ORANG MACAM KAMU, RAKYAT BENCI UMNO / BN

MPG sangat tidak berpuas hati dengan kenyataan dan jawapan yang di berikan oleh Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau.

Beliau menjawab satu pertanyaan dari pemberita berkenaan satu aduan yang di siarkan oleh berita TV3 semalam berkenaan seorang pengadu yang mengadu menerima cek dari PTPTN sedangkan pengadu itu tidak pernah membuat permohonan sebelum ini. Jawaban mudah dan tidak bertanggungjawab oleh Penjawat Awam @ Pengerusi PTPTN ialah "KALAU TIDAK MAHU PULANGKAN SAHAJA CEK ITU".

Adakah ini jawapan yang sepatutnya di balas, adakah Pengerusi ini faham persoalan yang di ajukan oleh Pengadu? Persoalan bukan soal hendak atau tidak hendak cek itu.  Persoalan ialah MACAMANA PTPTN BUAT KERJA !!!!!!!!!. Persoalan tentang kredibiliti PTPTN.

Sepatutnya Pengerusi PTPTN siasat dulu kebenaran aduan dan siasat juga bagaimana orang yang tidak memohon boleh dapat cek, ini baru satu kes yang di laporkan bagaimana kes lain yang tidak di laporkan, kalau ada kes yang begini sudah tentu sukar bagi pihak PTPTN untuk mendapat balik pinjaman tersebut kerana data peribadi peminjam tiada sedangkan cek telah di keluarkan. Adakah keluarga dan sahabat handai Pengerusi PTPTN juga menerima cek dari PTPTN tanpa memohon?.

Kepada Datuk Ismail Muhamad Said, Pengerusi PTPTN, MPG nak bertanya dari 191,262 peminjam yang di khabarkan ingkar bayar berapa ramai yang tidak dapat di kesan kerana data atau borang permohonan tidak pernah di isi?. Dari jumlah 2.9 billion yang gagal di kutip berapa banyak yang gagal dikutip kerana tiada borang permohonan?.

Kepada pengadu MPG mengucapkan syabas ,Tahniah dan Terima kasih, andalah rakyat Malaysia yang berjiwa Besar, walaupun anda bukan Ahli Parlimen sebagaimana Pengerusi PTPTN tetapi anda lebih bertanggungjawab kepada Malaysia. Anda boleh sahaja ambil cek tersebut dan "cash" kan, pastinya pihak PTPTN tidak dapat mengesan anda kerana anda tidak mempunyai butir-butir permohonan.

Tahniah juga kerana anda telah membuka mata rakyat Malaysia bahawa konsep Malaysia "boleh" memang ada dalam diri Penjawat Awam. Kepada Datuk Ismail Mohamed Said, berfikir dahulu sebelum berkata, ingatlah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Datuk tu ahli Parlimen kerajaan BN, kenyataan Datuk di dengari oleh seluruh rakyat Malaysia, kenyataan kurang ajar sebegini tidak harus di keluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan. Fikir-fikirkanlah.

Sabtu, 25 Disember 2010

TAHNIAH PENGERUSI JOHOR CORPORATION (Jcorp) DI LANTIK PENGARAH PRK DUN TENANG

Tahniah MPG ucapkan kepada Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi JCorp (Johor Corporation -anak syarikat milik Kerajaan Negeri) atas perlantikan Sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Tenang (N-05).

MPG berharap dengan perlantikan MB Johor Selaku Pengarah PRK Dun Tenang, maka BN akan mendapat kemenangan dengan Majoriti yang lebih besar berbanding dengan keputusan PRU 12 yang lepas, dalam masa yang sama selesaikan lah isu QSR Brands dan KFC Holding, jangan sampai jadi macam Kulim Berhad  klik link ini  Notice EGM

Tan Sri Muhamad Ali Hashim adalah individu muslim yang bertanggungjawab selama 28 tahun memajukan Jcorp dan Negeri Johor, sangat berjasa dan berjaya membuka Bandar Perindustrian Pasir Gudang. MPG tidak mahu ulas kenapa beliau secara tiba-tiba mengumumkan perletakkan jawatan (24 jam) CEO Jcorp kerana amat yakin dan pasti YB Dato' MB tahun sebabnya. Apapun tempat beliau sekarang telah di ambil alih oleh seorang anak muda yang menjadi pilihan Dato' MB klik link ini  CEO Jcorp

Penyingkiran Tan Sri Muhamad Ali Hashim dari Jihad Business Negeri Johor merupakan satu malapetaka kepada kerajaan dan rakyat negeri Johor, cadangan penjualan QSR Brands dan KFC Holding di lihat sebagai usaha untuk menghapuskan peranan dan jasa besar TS Ali dalam pembangunan ekonomi Negeri Johor. Seharusnya TS Muhamad Ali ini di angkat menjadi Penasihat Johor Corporation atau sekurang-kurangnya menjadi Pengerusi Johor Corporation menggantikan YB Menteri Besar Johor. Kerana YB terlalu mabuk dengan Keroncong dan Zapin biarlah urusan ekonomi negeri di uruskan oleh orang yang kompiten.

MPG berharap di PRK Dun Tenang nanti YB Dato' Pengarah Pilihanraya akan mengumumkan BAHAWA QSR BRANDS DAN KFC HOLDING AKAN KEKAL BERSAMA JOHOR CORPORATION.  klik sini  untuk mengetahui kenapa MPG tidak rela QSR Brands dan KFC Holding di lelong.

Jumaat, 24 Disember 2010

INILAH BUKTI KEJAYAAN CEMERLANG PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MODAL KE PUTRAJAYA.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, 10 perkara yang di gariskan oleh Pakatan Pembangkang selepas 100 hari berkuasa bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Pembangkang, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Pembangkang termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya.

“Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan DAP Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya.

“Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan PKR Selangor dan PAS Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan PAS Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini.
“Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri,” jelasnya.
Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini. Manakala Kerajaan PAS Kelantan, PAS Kedah dan PKR Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.

“Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu,” tegasnya.

KOMEN MPG

kroohhhhh…puuuiiii. keluar kahak hijauuuuu. baca apa yang Mu Jahit Usof Raba katakan. ....itulah bukti-bukti kukuh Pakatan Rakyat dapat gantikan Kerajaan BN menurut pandangan si Tiong Batu yang bebal lagi bodoh.

Khamis, 23 Disember 2010

SEKSANYA PERJUANGAN SEORANG SERIKANDI BERNAMA UMMI HALFIDA

Salam, seperti yang di janjikan MPG akan terus memaparkan catitan serikandi 7 (Ummi Halfida) untuk tatapan pembaca blog ini, kali ini Ummi menyambung catitannya dengan persoalan ke lapan...persoalan antara kebetulan atau memang di rancang untuk menghapuskan Ummi dari muka bumi ini agar si petualang bebas bermaharajalela. Bacalah dengan nama tuhan mu.....

PERSOALAN KE LAPAN (8)????????
Kenapa terlalu banyak kejadian ngeri terjadi sepanjang menegakkan kebenaran ini, siapakah dalang disebalik konspirasi keji ini yg terjadi kepada berapa saksi?Namun alhamdulilah Allah masih menyangi kami, walaupun ketika itu situasi ibarat nyawa di hujung tanduk diantara hidup dan mati, namun kecekalan hati dan penyerahan diri yg tidak berbelah bagi kepada Ilahi mengatasi segala-galanya. Bahkan dalam banyak keadaan perasaan berkobar-kobar seperti seorang pahlawan yg ingin kemedan perang menguasai diri, berkat mukjizat amalan ayatul kursi yg meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi sebanyak 170x sekali duduk selepas tahjud mengambil masa satu jam setengah sebelum kemahkamah menguasai diri. Begitulah hebatnya pertolongan Allah swt dan mukjizat alquran, kalau tidak mungkin dah lama mati tanpa pertolongan yg Maha Esa, berapa kali ugutan bunuh yg dihantar kepejabat saya beserta peluru hidup,ada satu ketika kepala kucing yg baru disembelih beserta darah sekali diletakkan didepan pintu rumah dgn perkataan kau akan mampus dalam masa 3 hari,kereta merz saya dibakar hangus ,patung-patung mainan beserta darah dan ugutan bunuh banyak kali diterima, bahkan yg paling dahsyat bom jangka juga diletak ketika saya ingin berceramah di kedah, mujurlah naluri hati ini amat kuat berkat amalan ayatul kursi, bila naik saje hati saya berdebar-debar, jantung saya mcm nak pecah, maka saya meminta pihak polis memeriksanya, dan terbukti nyata sememangnya ada , kalau tidak dah jadi Benazir Bhuto tinggal kenangan dalam lipatan sejarah .Amin, amin allah masih mahu saya berjuang hingga ketitisan darah yg terakhir dalam isu insan munafik ini dan pengkhianat negara no 1 ini.ALLAHHUAKHBAR 7x BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN INI DI LUAR JANGKAANKU KU DGN MUKJIZAT AYATUL KURSI INI YG MELIPUTI 7 PETALA LANGIT DAN 7 PETALA BUMI. Ketajaman ayatul kursi ni kalau diamalkan ia mengatasi ketajaman mata pedang bagi berhadapan dgn musuh yg dahsyat ini dengan syarat kita di pihak yg benar, bukan mengianaya bukan memfitnah.Bahkan banyak kelebihannya yg lain yg hanya ALLAH MAHA PEMBERI KEPADA SIAPA YG DIKEHENDAKINYA.

Begitu juga terjadi kepada azizan di mana kereta kancilnya (kata aljuburin kami dapat juta-juta tapi azizan masih pakai kancil dan hingga kehari ini masih menjadi pemandu kepada sebuah syarikat cina) , telah dirempuh oleh sebuah kereta pacuan 4roda dan mengakibatkan isterinya yg sarat mengandung terbunuh ditempat kejadian.Alfatihah untuk arwah, moga syahid baginya kerna perjuangan suami.Ketika itu juga Dato Aziz Samsudin juga terlibat dalam kemalangan yg tidak dijangkakan dimana tayarnya tercabut ketika menyusur dijalanan dan menyebabkan isterinya juga turut terbunuh.Kereta saya juga banyak kali mengalami tayar longgar dan pancit , mujurlah beberapa pekerja saya yg menemani sering melakukan pemeriksaan tayar sebelum memulakan perjalanan. Bahkan dalam satu insiden kejar mengejar antara saya dengan beberapa gengster disetapak, menyebabkan saya terpaksa meninggalkan kereta saya ditempat pembuangan sampah dibelakang bangunan dan berlari masuk kesebuah kedai cina berdekatan memohon pertolongan, dan saya sempat menyorok dibawah meja nya dan meminta kerjasamanya menafikan kehadiran saya disitu.Shukur Allah takdirkan walau tidak sebangsa dan seagama, tapi dia berhati mulia membantu menyelamatkan saya.So dont judge the book by its cover, jgn nilaikan buku itu hanya dari kulit luarannya sahaja tetapi isi dalaman dan ilmu yg dapat kita pelajari dari dalamnya.

Jadi bagi pendapat anda siapakah gerangan angkara durjana ini ? Saya tidak mahu menuduh tapi lu pikirlah sendiri...............Apa pun sebagai orang islam kita redha  di atas ketentuan Yang Maha Esa, kalau setakat itu sahaja hayat kita, tidak ada satu umat pun yg akan dapat menyelamatkannya.Namun selagi hayat masih ada, harus kita bertanya, apa tujuan kita dijadikan di atas mukabumi ini, sama-sama kita renungkan.

Tiba-tiba sahaja jiwa saya menjadi tersentuh, hati saya meruntun sayu yg amat sangat membaca pelbagai sokongan dan nasihat yg amat-amat positif dari anda semua, tanpa disedari air mata seperti hujan membasahi bumi tanpa henti.Subhanaullah, alhamdulilah, Allahhuakhbar, kalau dahulu saya berseorangan diri kecuali doa ibu, kakak-kakak dan ipar duai menghadapinya, namun ketika ini saya yakin dan percaya ramai yg turut berdoa serta merasai keperitan dan kesedihan saya yg amat sangat, kadangkala tak terbendung dengan kata-kata, saya tidak dapat mengelak dari menceritakan segalanya kerana kebetulan berhubung kait dengan keluarga, apakan daya saya, namun saya tidak rela sidurjana terus bermaharajalela, mana lebih penting menyelamatkan agama, bangsa dan negara atau menutup perbuatan subahat abang kandung sendiri dgn sidurjana. YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPINYA, DAN BERIKAN KEBENARAN DI ATAS APA YG KU PERJUANGKAN INI DEMI AGAMAKU, BANGSAKU DAN NEGARAKU.AMIN.

KEBABOOOO....UMMI HAFILDA SAMBUNG LAGI PERSOALAN YANG TERHENTI

Salam. artikel ini adalah sambungan daripada apa yang di dedahkan oleh Ummi Hafilda sebelum ini yang hanya sempat menulis 2 persoalan sahaja, hari ummi Hafilda sambung dengan Persoalan ke 3,4,5,6 dan 7. Makin hangit, makin panas.........


PERSOALAN KETIGA (3)????????
Kenapa Azmin sanggup datang merayu-rayu suruh tarik balik segala lapuran salah laku ke atas si dajal tu sebelum memberi amaran sekiranya saya berdegil dalam masa 48 jam anwar akan arahkan KPN Tan Sri Rahim Noor menangkap saya , mujurlah Allah swt, memberikan sifat degil yg bertempat dalam jiwa ini demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara.Saya jawab no.Saya masih ingat pada suatu petang selepas hampir dua minggu surat saya dikeluarkan azmin datang mencari saya dirumah mak, ketika itu dia datang bersama barua saksi palsu dia datuk sng chee hua,dibiarkan datuk sng berbual dengan arwah bapa saya dan dia mengajak saya naik kebilik saya ditingkat atas,dalam perbualan tersebut, dia punya merayu bagai nak gila, kalau selama ni dia begitu angkuh dengan adik beradik dan sukar untuk berbual mesra bersama kami, tapi petang tersebut seolah-olah dia baru dapat skrip lakunan dari juburin, masih terngiang-ngiang ditelinga kerana perkataan tersebut dia tak pernah sebut seumur hidup, dia kata, i love u as my sister,n now i need your help,kau pls tukar semua statements kat polis, nanti aku ajar apa nak cakap, yg selebihnya boss aku uruskan dgn rahim noor, anwar nak kau cakap kat polis yg kau tak nampak kereta nalla daimler wbv37 ambik shida kat bangsar shopping complex gi condo tivoli villa  dgn anwar dan anwar nak kau bacakan satu deraf yg dia buat for u to muncul kat tv , n kau buat-buat nangis menyesal buat tuduhan ni, sebab kau mesti cakap yg kau dah diupah , ada certain nama nanti anwar bagi,(dia mahu saya buat mcm ustaz ashaari al arqam bila muncul di tv, astarafilulahhilazim) saya pandang muka dia tepat , sedih yg tak terhingga abang dari satu ibu, satu bapa cukup dengan pelajaran ugama tergamak menghalalkan kemungkaran isterinya bersama boss durjana.Saya cakap sorry min, i cant, tak boleh , aku tak boleh tarik balik, apa yg aku dah bagi tau dalam surat aku, aku tak nak muncul kat tv, mcm tak de maruah diri, dah buat tiba-tiba tarik balik, gila apa pandangan orang pada aku semata-mata kerana duit.no way min sorry n mcm mana aku nak nafikan pasal kereta nalla tu,sebab gambar aku dah bagi dalam lapuran aku tu, ketika itu dia masih berlembut, cuba memujuk dia kata tak pe kau pikir masak-masak dan kita jumpa nanti kat restoran seri melayu, kat bilik vip, boss aku nak cakap,dia ada imbuhan untuk kau malam nanti duit n projek, saya sebak sambil berkata, min duit bukanlah segalanya,kau tau bini kau mcm tu n yet kau nak suruh aku bersubahat, kau gila min, i cant, sorry tak boleh.
Saya menjadi begitu marah yg amat sangat, terus menelefon kak long dan kak lang bertanya pendapat,mereka juga turut terperanjat,tetapi menyerahkan kata putus pada saya, jalan mana yg saya bakal pilih.Pada mulanya saya keberatan pergi ke restoran seri melayu, tetapi diasak beberapa kali menerusi telefon dengan nada berbau ugutan, boss(anwar) suruh kau datang, kalau tak dia naik angin nanti, dan aku tak guarantee apa jadi selepas tu.Saya gagahkan hati melangkah pergi dengan pelbagai perasaan sedih dan marah, apakan daya saya tiada kuasa, cuma semangat jiwa yg begitu berkobar-kobar, i dont care, saya tak peduli kali ni , apa jadi pun jadilah,tekad yg begitu kental.Di restoran seri melayu, bukan main lagi dia datang bersama barua datuk sng dia n the geng, merayu sekali lagi,dia tawarkan wow cukup-cukup lumayan dia kata even boss akan bantu bagi any projek kat kau plus cash.Dengan nada marah saya cakap kau boleh hidup dengan duit lendir but not me, then teringat lagi kata-kata angkuh dia, kalau kau masih degil, u will face the consequences, boss aku rapat dgn rahim noor, nanti kita tangkap kau dibawah ISA, aku bagi masa kat kau 48 jam otherwise sorry, saya pandang muka dia, saya kata, tak pe lah kalau itu qadak aku, aku terima, tapi nak bersubahat atas benda yg mungkar dan jijik tidak sekali, kita tengok min apa jadi , abah seorang guru agama tapi kau boleh halalkan benda-benda mcm ni, aku tak faham min,kau kena nasi kangkang agaknya. Dia kata shut up, kau sape nak ajar aku, bodoh sombong , orang nak bagi kau senang , kau nak cari pasal pulak.Saya terus beredar dengan perasaan yg begitu mengelodak marah dan terus kerumah kak long menceritakan segalanya.Itulah kali terakhir saya berjumpa dengan nya sebagai abang dan adik,dan selepas itu seperti yg diugut dan kerana kedegilan saya untuk tidak tunduk kepada kehendak manusia durjana bernama anwar, akhirnya membawa kepada penangkapan saya dan mangsa liwatnya sebelum ini iaitu azizan abu bakar yg juga pemandunya pada 17hb ogos, 1997.Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa yg tidak akan saya lupakan hingga keakhir hayat demi agama saya, bangsa saya, negara saya, maka saya rela ditangkap dengan begitu hina dan menakutkan. Amat dahsyat seolah-olah mengepung dan memburu penjenayah yg paling dikehendaki seperti kalimutu atau botak chin suatu ketika dulu.Siap dengan M16 beb, kalau tak kuat iman dah terkencing, terberak dalam seluar, namun sepanjang jalan kebukit aman dalam kereta polis selepas ditangkap saya membaca has bu naullah hi wak nik mal wakil, Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung.Itulah kekuatan saya, dimana saya terus didera dari 12 malam hingga kesubuh tanpa henti secara mental dan kasar untuk mendapatkan pengakuan bersumpah palsu saya dan azizan ketika itu.Kau memang anjing anwar, inshaalah kalau kau masih tak bertaubat dan memohon ampun kepada kami semua yg dizalimi mcm azizan, aku, saiful , dr.mahathir, aku rasa doa doa orag teraniaya tiada hijab langit dan bumi, kau akan terima padahnya yg lebih dahsyat lagi.

PERSOALAN KEEMPAT(4)???????????
Kenapa dia tak nak mengaku bahawa teori konspirasi yg dimomokkan selama ini adalah amalan kotor dia dan azmin bukan Dr. Mahathir atau musuh-musuh politiknya yg lain.Yg konspirasi tu engkau anwar aljuburin, kau yg conspired dgn azmin suruh aku tarik balik lapuran,kau suruh upah aku dengan imbuhan, kau jugak yg konspirasi dengan puluhan polis tangkap aku dan azizan, dan kau jugak yg bawak saksi-saksi palsu untuk gugat kredibiliti aku, kau jugak yg conspired dgn semua peguam terbalikkan semua fakta dan bukti sampai jadi caca merba dibuatnya. Kau jugak berjaya mendapatkan pelbagai surat palsu dan akuan melalui tekanan pihak polis ketika itu.Hai tak tau lah setan apa dalam badan kau ni?Kesian Dr.M ditelanjangkan di seluruh dunia dengan teori konspirasinya, sedangkan bertahun-tahun kau ditatang seperti anak emas dalam dulang emas oleh Dr.M ketika itu, sehinggakan siapa pun tak boleh kutuk anwar atau bercakap buruk tentang dia, punyalah taksubnya Dr.M kat setanan ni satu ketika dulu.Itu pun orang tak nampak lagi siapa yg benar, siapa yg salah sehinggakan surat saya juga telah dibuang ke tong sampah apabila diserahkan oleh datuk aziz samsudin,namun rakyat msia juga harus berterimakasih kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana melalui penyiasatan yg rapi serta bukti-bukti kukuh yg diperolehi di rumah nallakarupan melalui tips maklumat yg diberikan didalam surat lapuran saya serta segala perbualan rakaman yg dijalankan selama 6 bulan di persembahkan kepada Dr. M ketika itu, barulah beliau tersentak dan tersedar dari lamunan mimpinya yg begitu agung terhadap aljuburin ini.Maka kali pertama saya dipanggil oleh Dr.M ialah setelah hampir setahun surat saya dikeluarkan iaitu pada 26hb Ogos 1998,iaitu 6 hari sebelum anwar dipecat,untuk mengesahkan bahawa saya lah penulis salahlaku TPM ketika itu dan juga memastikan beberapa perkara didalam surat pertuduhan saya itu.Pertemuan berlaku hampir 45minit di kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu iaitu di Sri Perdana, inshaalah akan saya terbitkan buku khas segala semua intipati cerita dari a to z termasuk segala perbualan saya dengan Dr.Mdi malam yg penuh bersejarah itu,seorang PM yg begitu hebat mahu mendengar sendiri isi hati dari insan yg kerdil ini. Manakan mungkin dapat berkonspirasi dalam masa 6 hari melibatkan lebih 100 saksi, kalau nak menipu tak semudah itu.Gunakan lah akal bila bercakap, itu lah pertama kali Dr.M mengenali saya,dan kali kedua pertemuan dengan beliau ialah pada 1hb sept sehari sebelum anwar dipecat,juga berlaku di Sri Perdana bersama semua menteri-menteri besar untuk mereka bersoaljawab dengan saya setelah bukti-bukti diperkukuhkan oleh pihak polis bukit amanShukur negara dikurniakan dengan pegawai atasan polis yg tinggi imannya seperti Tan Sri Musa Hassan, ketika itu dia hanya memegang jawatan sebagai sac11 kalau tak silap saya,dia begitu amanah, jujur dan berdedikasi serta tegas dalam menjalankan tugasnya, walaupun dia dipanggil 3x oleh Aljuburin dipejabatnya untuk menutup kes dan penyiasatan, tetapi tan sri bertegas dengan membawa alquran , dia mengatakan didunia saya lepas tetapi diakhirat nanti saya berjawab, begitulah hebatnya seorang Islam yg addin tidak tunduk dan gentar kepada tekanan dan ugutan orang atasan.Dia memang anak jantan(Maaf Tan Sri) anak orang beriman, Tan Sri Hassan Azahari.Selayaknya dia dilantik sebagai Ketua Polis Negara oleh Tun M.Sememangnya tiada unsur konspirasi di antara saya dan Tun, semuanya berlaku di atas kehendak ilahi, saya sendiri tidak menyangka surat yg saya tulis bagi tujuan peribadi untuk tatapan tun sahaja akhirnya telah mengundang satu keadaan paling kontroversi di atas mukabumi yg bertuah ini,sesuatu yg tidak dijangka apatah lagi bila Tun mengeluarkan kenyataan di semua media dan tv, sehari selepas saya ditangkap dengan kenyataan seperti berikut, HANYA ORANG BODOH DAN GILA SAHAJA AKAN PERCAYA ANWAR BERPERANGAI SEDEMIKIAN RUPA, BEGITULAH TAKSUBNYA TUN MEMBELA SI ANWAR KETIKA ITU SEBELUM PIHAK POLIS BERJAYA MEMBUKTIKAN SEGALA PERTUDUHAN SAYA MEMPUNYAI ASAS YG KUKUH SERTA BUKTI-BUKTI YG NYATA BAGI BELIAU UNTUK DIDAKWA.AMIN

PERSOALAN KELIMA(5)
Kenapa lantik sampai 13 lawyer? Kecuali ORANG PENIPU JE , yg takut menghadapi pertuduhan dan kebenaran,apatah lagi nak berlawan dengan Ummi dan azizan, insan biasa yg tak punya kuasa, ha ha takut jugak kau dengan aku ya, masa kau ada kuasa sedap je kau lanyak aku gunakan polis, ambik kau ,bila kena heret kemahkamah, mengelupur mcm cacing kepanasan.Sedangkan Presiden Clinton, sama timing kena tuduh dengan kau kerana skandal seksnya dengan Monica Lewnski, hanya melantik dua lawyer je.Seorang Presiden dari kuasa besar didunia pun tak de akal kelentong mcm kau,yg akhirnya bila diasak bertubi-tubi, dia terpaksa menyerah kalah dengan mengaku Ya berlakunya keadaan itu, dan sanggup buat live telecast keseluruh dunia memohon ampun kepada isterinya dan seluruh rakyat amerika, kita yg tengok pun terharu, orang Yahudi pun tau rasa malu, bersalah dan berdosa .Perasaan marah rakyat menjadi reda, kerana kita manusia,bila buat silap pohon lah ampun kepada tuhan dan orang yg kita zalimi, ini tidak bermati-matian menegakkan benang yg basah dengan cara yg paling tak bertamadun dan paling kotor sehingga mengheret nama-nama yg tak berdosa kekancah hina mcm Tun M, Tan Sri Musa, Peguam Negara, azizan aku, dll musuh politik kau, tak ke berapa banyak dosa tu, memecah belahkan umat , membuat fitnah yg dahsyat,menghuru-harakan negara semata-mata nak tutup dosa. Hai tak tau lah kerak keberapa neraka kau ni.Orang lain pun jahat jugak , tapi tak de lah jahat sampai nak mampus 64 tahun ,tak tobat-tobat,agaknya pelesit kategori kelas pertama agaknya dalam badan kau ni.

PERSOALAN KEENAM(6)????????????
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Syamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Allied Bank tanpa perlu pergi kepejabat cuma seminggu sekali sebagai halwa penyedap dan kadangkala sampai dua minggu tak payah ke office dengan gaji puluhan ribu dan kereta mewah AUDI ketika itu plat no WEU 64 beserta driver sekali, iairu azizan abu bakar , check lah dengan Allied Bank betul ke tak, fitnah ke tak? Itu tak termasuk  dengan puluhan juta saham tiap kali saham baru di lancarkan .Tunggu.........akan dipaparkan tak lama lagi.Bawak bertenang nanti ada tersembur nasi pulak.Apapun kita menanti dengan penuh takzim dari pihak SPRM menyiasat segala bukti yg telah diserahkan oleh Anuar Shaari. Hai Shida, shida imej islam hanya tercipta selepas kes meletup di mahkamah,nak tunjuk alimlah konon padahal tuhan je yg tau, sebelum tu, huh kau lah yg paling seksi bergaya dan mengoda, berkali-kali dia melafazkan kepada saya berasa bangga yg amat sangat walaupun telah beranak dua ketika itu, tapi Timbalan Perdana Menteri syok setengah mati kat dia, TPM tau mana dia tak kemaruk, dan dia selalu complain kat saya, abang saya azmin membosankan,sememangnya hubungan mereka suami isteri amat-amat dingin tidak bercakap diantara mereka, kecuali dikhalayak umum atau cuma yg melibatkan anak-anak kerana azmin memang sayang pada anak-anak. Kalau mcm tu lah dia memerintah negara, suka-suka hati ambik kekasih kerja dengan imbuhan yg amat-amat lumayan, kalau 100 lovers mcm mana , mampus bangkrap negara mcm tu,Tun M bekerja berhempas pulas majukan negara seawal 7.30 pagi dah masuk pejabat , setanan ni senang senag dia je bagi kekasih jawatan tinggi tanpa perlu bekerja dengan hanya menjual diri,mampus kiamat. Bangun pukul 14, pergi blow rambut, gi spa , gi high-tea, gi shopping , tengok fashion show, tengok konsert, kuka kaki, kuka kaki,tapi hidup mcm tuan puteri.................taubatlah makhluk-makhluk munafik ni.

PERSOALAN KETUJUH(7)
Kenapa Aljuburin hantar azmin al konon ambik kursus sains politik ke apa jadah ke di London,selama 6 bulan, di Oxford Universiti tak silap ketika zaman asyuk masyuk angau bercinta ,zaman pening lalat semata-mata nak bercengkerama dengan si shidah tiap minggu dirumah azmin dibukit Mas, Taman melawati, kau datang sembunyi-sembunyi tak guna pihak polis selaku pengiring Timbalan Perdana Menteri, apa ingat aku tak tau, kak ton si org gaji lah spy aku, tiap kali kau datang, dia akan bagi tau aku, katanya , siharamjadah tu dah mai dok merapu dua orang kat tingkat bawah. Rumah  bangloAzmin di bukit Mas tu agak sunyi di lereng bukit dan 3 tingkat, so kalau berada di tingkat bawah memang agak sunyi , sesuailah sisetanan bercengkerama dengan isteri orang, Oh Ya dalan situasi lain , kak ton juga ada pernah bagi tau kau sering mandikan fifa masa tu masih baby, salinkan pampers, pakaikan bedak, apa ke jadah kau tak de kerja lain ke sebagai timbalan perdana menteri, sibuk dtg nak mandikan baby, masalah rakyat berjuta diluar sana yg masih tak selesai, kalau obama pun buat mcm kau gi mandikan baby amcam mampus amerika di bedil dek iran, ha ha lawak pulak kak kiah ni, mcm tu nak jadi pemimpin ISLAM MADANIIIIIIIIIIIII , AIR MANIIIIIIII, kah kah, kah , jawab lah kau dengan tuhan yeop kata Zulkifli nordin, hey nuar, kalau kau tu bukan pemimpin,dan kau tak rosakkan keluarga aku, aku tak kisah, lantak kau lah, kau berjawablah dengan tuhan, tapi bila kau menawarkan diri nak jadi pemimpin, maka satu tanggungjawab besar dan berat untuk ku pikul bagi menentang kemungkaran dan penipuan kepada rakyat yg tak berdosa, terutamanya para ulamak yg masih ramai tak mau membuka mata dan minda. Aku berjiwa patriotik, aku lebih sayang bangsa dan negara dari kehancuran kerakusan kau yg tidak bermaruah dan bermoral, sampaikan abang aku yg baik pun azmin suatu ketika dulu, kau rosakkan sampai dah tak nampak jalan pulang, sampai semua titik hitam dosa penuh didada, gelap gulita azmin dah buta dengan nafsu dunia.Mana aku tak marah,dan wajib aku bangkit semula, kalau kau orang semua dah bertaubat,tak fitnah org yg melampau,sampai jadi hina, siapalah aku untuk tidak memaafkannya, sedangkan nabi pun ampunkan umatnya, i can just forgive n forget walaupun parut luka masih ada,but u all too much, hancurkan Islam, hancurkan melayu, hancurkan negara, aku berdosa sampai mati kalau tak membetulkan keadaaan ini, pembohongan n fitnah yg amat-amat dahsyat,penipuan dah jadi mainan hidup , kemungkaran dah jadi ulam makanan,nafsu rakus dah melonjak ke tahap syaitan, so i have to put a full stop, tanda noktah di atas segala hipokrasi, so min pls faham, i am not against u to be a leader, but aku menentang kemungkaranmu,pls min balik lah pada Allah,kalau kau nak maki aku dengan 1001 satu perkataaan kesat pun tak pe aku terima sebagai adik, tapi jangan sampai mempersendakan Allah.

Selasa, 21 Disember 2010

PROGRAM 100 HARI PR MENJAHANAMKAN NEGARA - RAKYAT TERGADAI




Salam, pada posting kali ini MPG berkongsi baca dengan pengunjung blog ini satu tulisan Nurani Sdr.Zulkefli Hamzah.

 Menang secupak, rugi segantang

Adalah tidak sihat kepada sebuah kerajaan apabila hanya mahu mendengar pujian semata-mata. Tentu sekali sama tidak sihatnya apabila yang tidak memerintah hanya tahu memperlekeh hasil positif kerajaan. Begitu juga dalam hal mengkritik, ia adalah sihat sama seperti reaksi terhadap kritikan itu. Tetapi yang selalu berlaku ialah yang dikritik dan mengkritik terbelenggu dengan perilaku untuk memusnahkan. Mereka sengaja menempatkan diri sebagai seteru walaupun mengaku mewakili suara rakyat.

Inilah yang sedang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Tidak pernah dalam sejarah 53 tahun Malaysia - sejak Mac 2008 - kita terpaksa makan, minum dan tidur dengan gembar-gembur politik. Semua hal dan peristiwa mahu disalut dengan kepentingan politik.

Lihatlah di Dewan Rakyat, yang sepatutnya menjadi tempat mulia menyuarakan hati nurani rakyat, didominasi dengan pertengkaran penuh keegoan dan aksi ala demonstrasi. Suara pemeriksa dan pengimbang jarang-jarang kedengaran. Mereka menggunakan tipu helah bersuara rakyat tetapi yang dijaja sebenarnya adalah kepentingan peribadi, kelompok dan nafsu memburu kekuasaan.

Mereka bersuara tidak diberi keadilan tetapi realitinya merekalah yang meranapkan keadilan. Mungkinkah adil bagi mereka jika boleh sesuka hati menyalahgunakan Dewan yang mulia? Mungkinkah adil bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR - Gombak); R Sivarasa (PKR - Subang) dan Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) jika boleh berbuat apa sahaja perbuatan yang melanggar peraturan. Bagaimana pula wakil rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang juga telah dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri sidang Dewan? Apakah itu bukan keadilan atau ia menggambarkan demokrasi telah runtuh?

Lihatlah di Dewan Undangan Negeri Perak, kerajaan yang disahkan oleh mahkamah dan Perlembagaan serta diperkenan oleh Sultan, terus-menerus dikata tidak sah. Mereka tetap bangga menggunakan perkataan perampas, sedangkan pertukaran kerajaan berlaku kerana sikap mereka sendiri. Lihatlah politikus yang melenting dicap rasis, sedangkan mereka mudah menuduh orang lain sedemikian. Mereka berkata memperjuangkan kebebasan dan ketelusan tetapi media disekat daripada melaporkan perkara sebenar. Malah peruntukan negeri digunakan untuk menggerakkan propaganda parti, bukannya menyebar maklumat mengenai program kerajaan negeri.

Mereka marah dan tangkas mengumpulkan rakyat kononnya bagi menjelaskan fitnah dan konspirasi tuduhan liwat, sedangkan mahkamah telah memutuskan ia pernah berlaku tetapi tidak disabitkan kesalahan kerana masalah teknikal. Kumpulan ini juga marah digelar komunis tetapi sesenang hati mengata pemimpin lawan bukan rakyat Malaysia sebenar.

Dan terbaru, mereka melancarkan program 100 hari yang kononnya akan dilaksanakan jika PKR, Pas dan DAP berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Ia adalah janji terbaru pakatan pembangkang untuk melaksanakan reformasi menyeluruh pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan. Rupa-rupanya dalam sinikal memperlekeh Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pembaharuan lain yang kini sedang rancak digerakkan, mereka cuba 'menculik' program negara dan rakyat itu. Mereka menjanjikan 'dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu."

Cuba kita imbas antara program 100 hari itu yang tujuannya mengajak rakyat Malaysia, pengundi yang berdaftar supaya 'ubah sekarang, selamatkan Malaysia':


* Reformasi institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

* Mansuhkan ISA, mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

* Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap guru sebagai penghargaan.

* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan dan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

* Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA dan menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus.

* Menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.


Sebahagian besar daripada reformasi yang diimpikan untuk dilaksanakan pada hari pakatan pembangkang menawan Putrajaya itu, kini sudahpun digerakkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka pun sedar perkara itu kerana sama ada di podium ceramah, Dewan dan media, merekalah antara pihak yang berterusan memperlekeh program mahupun projek transformasi berkenaan. Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah berubah. Perubahan yang mengutamakan kehendak rakyat dan memperkasakan sistem penyampaian kerajaan sedang dilaksanakan, bukan lagi sekadar impian di atas kertas. Cuma, tentu sekali cara dan pendekatannya berbeza dengan reformasi pakatan pembangkang itu.

Lihatlah semasa BN mengakui era kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir, pakatan pembangkang pula berfikir sebaliknya. Projek-projek dalam ETP umpamanya yang digarap hasil gabungan minda pelbagai pihak, telah pun disebarkan kepada umum melalui hari terbuka. Orang awam termasuk pembangkang boleh mengkritik, malah memperbetulkan jika masih ada kepincangan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kritkan membina. Jelaslah program impian 100 hari yang mereka uar-uarkan pada konvensyen pekatan pembangkang Ahad lalu, bukanlah perkara baru. Begitulah cekapnya politikus 'menculik' program-program yang kini sedang dilaksanakan dan kemudian mengaku pula ia adalah perjuangan mereka.

Mungkin benar seperti nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa berucap pada konvensyen pakatan pembangkang itu bahawa "janganlah kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan..." Masih banyak kelemahan di negeri-negeri yang mereka tadbir - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Perbaiki yang itu dulu dan tunjukkan prestasi. Perhalusilah ucapan Abdul Hadi bahawa 'pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri dengan pencapaian selama ini ketika memerintah beberapa negeri, selain menilai kelemahan dasar dan pelaksanaan masing-masing.

Tanpa diragui, pemimpin adalah pemain utama untuk membangun mahupun menghancurkan agama, bangsa dan negara. Baik pemimpin, baiklah negara. Jahat pemimpjn, ranaplah bangsa. Fikirkanlah.

WIKI LEAK YANG MENAMBAH PARAH SAKIT PINGGANG NIK AJIS

MPG tak kuasa nak cakap apa tengok aje lah video free nie VIDEO PENDEDAHAN USTAZ PAS

Ahad, 19 Disember 2010

BLOG SERIKANDI 7 WIKILEAK EDISI TEMPATAN YANG MEMBOCORKAN ANWAR.

MPG PASTE KAN DI BLOG INI TULISAN DARI SRIKANDI 7 UNTUK TATAPAN PEMBACA BLOG INI, MOGA PENJELASAN INI MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA YANG TERTIPU DAN CELARU.

Maka kita  ketemu kembali dilembaran yg semakin panas, panas, panas, kenapa menggelupur, relax lah siapa lah Ummi, bukan perdana menteri ,sekadar hamba Allah yg menjadi saksi kepada segala hipokrasi insan munafik yg tidar sedar-sedar diri bahawa jatuh bangun, kuasa kedudukan, rezeki, ajal maut semuanya dalam kekuasaan ilahi, kun fa ya kun, apabila Allah kata jadi, maka jadilah ya, jadi  mengapa begitu goyah menyuruh penyokong-penyokong tegar mu membelasah blog insan kerdil ini, tetapi sekiranya petunjuk dari mu masih berapi-rapi untuk menyerang kredibilitiku sebagai saksi, mungkin maaf akan ada ledakan bom hiroshima yg lebih dahsyat lagi dari sebelum ini.Mungkin ada bukti-bukti yg lebih ngeri yg tak pernah ku lampirkan sebelum ini.Tunggu................................tapi tak mainlah saksi-saksi palsu, surat-surat hantu, kenyataan-kenyataan merapu,kita berpaksikan ALLAH SWT.YG MAHA BERKUASA MENYAKSIKAN SETIAP PERBUATAN HAMBA-HAMBANYA WALAUPUN DI DALAM LIPATAN SELIMUT DI MALAM YG GELITA.HUH, PANAS, PANAS, PANAS.

Apa pun ada beberapa persoalan di sini, yg perlu kita FIKIR BERSAMA SEDALAM-DALAMNYA, KITA RENUNGKAN SEKETIKA DAN NILAIKAN DIMANA KESAHIHAN JALAN CERITA ATAU SIAPAKAH DIA YG ANDA DEWA-DEWAKAN? APAKAH DIA LAYAK MEMIMPIN KITA SUATU HARI NANTI ATAU MENJADI PENGKHIANAT DI ATAS MUKABUMI INI.
Hilangkan semua emosi benci yg berapi-rapi keatas insan kerdil ini, cuma minta dikupaskan hujah-hujah dan persoalan yg mencengkam hati dan nurani selama ini, kemudian nilaikan siapakah dia.Saya tak penting, bukan saya nak rampas Putrajaya, cuma saya adalah pilihan ilahi untuk menegakkan kebenaran di atas kemungkaran yg cukup jijik, paling hina, paling kotor,paling keji pernah berlaku di atas mukabumi yg bertuah ini dari seorang yg pernah bergelar TIMBALAN PERDANA MENTERI, apalah malangnya kita diuji sedemikian rupa, sudah pasti ada hikmah yg besar disebaliknya.Hanya ALLAH YG MAHA MENGETAHUI. Apapun seperti yg kita semua harapkan, KEBENARAN AKAN MUNCUL, YG HAK TETAP HAK, YG BATIL AKAN LEBUR BERSAMA DEBU-DEBU API MEMBAKAR
HIPOKRASI MEREKA.AMIN.

44 Persoalan yg perlu kita fikirsedalam-dalamnya, KENAPA? KENAPA? WHY n WHY? SIAPA DIA YG SEBENARNYA? LEPAS TU DEPUK DADA TANYALAH SELERA,LU PIKIRLAH SENDIRI.
Tapi kalau masih terus menyokongnya, mungkin anda masih belum mendapat hidayah dari yg MAHA ESA, di atas keangkuhan diri, kebenakan fikiran, hati yg penuh dengan dendam kesumat dan hipokrasi, serta amal ibadat yg mungkin belum mencukupi kadangkala luaran sahaja Islam, masuk waktu tak solat, zikir tak pernah buat, hati busuk , mulut busuk memfitnah orang, mencela orang tanpa bukti, Quran jadi debu tak pernah baca, jadi cahaya muka dan hati menjadi kelam, namun bagi mereka yg melaksanakan kedua-dua luaran dan dalaman, amin amin alhamdulilah anda inshaalah bakal penghuni syurga.

PERSOALAN PERTAMA, ?????????
1) Kenapa pada 31hb Ogos 1998, iaitu 2 hari sahaja sebelum dia dipecat oleh Tun Dr. Mahahthir Mohammed ketika semua menteri kabinet berada di pentas khas di dataran merdeka sempena menyambut Hari kemerdekaan dan setelah selesai perayaan, ketika diserbu oleh para wartawan setelah menghidu satu pergolakan pemecatan akan berlaku , beliau dengan wajah yg berang dan gabra serta masih ketakutan, cuba berlakun dgn hebat mengatakan, SAYA BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KEPIMPINAN DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMMED,( memang dia suka berdiri kat belakang, ha ha, Mujurlah Tun tu Pahlawan dan Negarawan yg hebat yg tiada tolok bandingnya)serta sambungnya lagi , SAYA YAKIN SERTA PERCAYA BAHAWA INI SEMUA ADALAH SATU FITNAH ,ALKONON NAK SEDAPKAN HATI YG BERGELORA KETIKA ITU, huh huh huh hebat lah kau ni, kalau allahyarham P. Ramlee masih hidup dia akan meraung dan meraung tiap hari kerana ada orang boleh berlakun lebih baik dari seniman agung ni. Kalau P.Ramlee menang pelakun terbaik Asia, ingin aku anugerahkan si juburin ni pelakun terbaik dunia di Grammy Award,mantap beb , tak payah Yusuf Haslam cari pelakun lagi, dia anak beranak dah cukup, keluarga 69.Tup, tup selang 2 hari pada 2hb sept 1998, bila kena pecat terus menyalak mcm anjing gila yg belum kena suntik, segala perkataan yg paling dahsyat dan hina dilemparkan kepada tun di seluruh dunia seperti MAHAFIRAUNLAH, MAHAZALIM LAH, MAMAK LAH, mcm-mcm astafirulllahhilazim, tengok tu perangai dia, bila ada jawatan , kipas punya kipas, layan punya layan, lambung punya lambung tapi bila kena buang mcm pelesit terlepas, lupa diri, lupa tuhan.Sepatutnya muhasabah lah diri, kenapa jadi begini, apa aku dah buat atas mukabumi ini,ramai menteri  yg diarahkan berhenti secara terhormat bahkan ada diantara mereka yg juga telah didakwa dimahkamah, tetapi mereka sedar kesalahan diri  atau etika kerja yg perlu dihormati malah masih menghormati Tun sampai hari ini, mcm Tan Sri Rahim, Datuk Sabarudin Chik,  Tan Sri Mat ,even Tun Musa Hitam pun walau sering berlaga pendapat tapi tak lah sampai menghasut rakyat, tak lah sampai berdemonstrasi, tak lah sampai pecah belahkan umat, tak lah sampai buat fitnah yg dahsyat, bahkan beliau juga berada dikedudukan yg sama di puncak kerjaya, tapi tu lah kita orang Islam balik pada Rukun Iman Yg ke 6, percaya pada Qadak dan Qadar, itulah ketentuannya, harus redha,kerana sifat redha ini lebih mulia dari sifat sabar.

PERSOALAN KEDUA,?????????
Kenapa dia mengarahkan Ketua Polis Negara(KPN) ketika itu Tan Sri Rahim Noor menangkap Ummi dan azizan pada 17hb Ogos 1997 setelah surat kami keluar dua minggu sebelum itu. Kau dan azmin kelentong kat orang ramai kata konspirasi, Mahathir dan Arwah Megat upah kami kononnya, tetapi kenapa lah penyokong aljuburin yg tegar ni bahlol bin samdul tak boleh nak berfikir, kalaulah PM dan menteri dalam negeri part of the conspiracy, kenapa pulak ketua polis cekup kami , kan KPN tu dibawah menteri dalam negeri, dan Dr.M masih berkuasa lagi sudah pasti lah kalau aku ni upahan dia,anak emas dia ,sudah pasti nasib aku terbela, untouchable, tak boleh disentuh, sape berani tangkap maklumlah upahan PM alkononnya, kau memang kaki temberang, kau tu yg putar alam, bahlol punya penyokong, otak letak kat pungkok gamaknya.Dan kenapa kau suruh polis seksa kami, paksa kami sign surat bersumpah palsu yg kau dah pun derafkan, diantara kata intipati dlm tu kononnya suruh aku dan azizan mengaku menyesal lah , nak menarik balik pertuduhan lah, kami diupah lah siap letak nama-nama musuh politik kau ketika itu mcm tengku adnan mansur, tun daim, tan sri rahim dato aziz dan beberapa yg lain.Memang setan lah kau ni, dajal segala dajal yg tak kan aku ampunkan sampai hari ni, mentang-mentang kau ada kuasa masa tu , kau buat negeri ni mcm bapak kau yg punya, memang bahasa aku kasar dan kesat, tapi kau buat aku lagi dahsyat mcm seorang penjenayah, mcm monda fendi, kau hantar 50 polis cekup aku, siap dengan segala senjata,semua jiran-jiran tetangga keluar menyaksikan betapa hinanya aku ditangkap, siap dengan pembesar suara lagi jerit nama aku UMMI HAFILDA SILA SERAH DIRI, BABILAH KAU apa ingat aku botak chin, kalimuttu, setan dajal konon nak mengertak aku, peeeerah, sikit aku tak berganjak dari prinsip asal aku, menegakkan kebenaran, kerana aku BERPAKSIKAN TUHAN YG MAHA ESA, bukan hidup dengan duit lendir mcm pompuan tu dan azmin. Sorry lah , kalau hari ni aku diupah 100 juta sekalipun, aku lebih rela jual goreng pisang tepi jalan kalau dah tak de orang nak buat business lagi dgn aku misalnya lah, dari makan rezeki haram yg akan ditanya di dalam kubur nanti.Kau pelesit tak takut mati.Tapi Allah Maha Kaya, selepas setahun surat aku keluar dan setelah segala bukti diperolehi selama 6 bulan siasatan, akhirnya doa insan-insan teraniaya mcm aku dan azizan terjawab oleh Allah , 6 tahun kau kepenjara di atas pertuduhan salah guna kuasa menangkap aku dan azizan.AMIN , AMIN ALLAH ADIL DALAM SEGALA HAL DAN KEADAAN.JADI DIK SAIFUL JANGAN TAKUT, AKAK DAN RAMAI LAGI DI LUAR SANA AKAN MENDOAKAN KEBENARAN MUNCUL DAN KEMENANGAN BESAR BUAT KITA SEMUA.AMIN

(Maaf , kena berhenti jap, nanti sambung balik, ada hal penting, sabar ya, tunggu..............lebih banyak pendedahan yg benar lagi benar,yg rakyat perlu tahu jangan sampai tertipu,doa, doa, doa tolonglah saya sama sama buat solat hajat dan berdoa kalau dulu hanya ibu, diri sendiri dan kakak-kakak serta ipar duai yg tolong doakan tiada doa dari masyarakat, tapi ALLAH BERPIHAK PADA SAYA, ALHAMDULILAH , ALLAH MAHA KAYA, MAHA PELINDUNG,namun sekarang doa anda semua amat diharapkan, mintak ALLAH datangkan kebenaran dengan kadar yg paling segera.amin)

KONVENSYEN PR KE-2 : PR GAGAL MEMBAWA HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Konvensyen PR kali ke 2 di dewan Milenium Kepala Batas hari GAGAL MUTHLAK dalam membawa pembaharuan dan harapan baru rakyat Malaysia. Konvensyen bertemakan 'Ubah Sekarang' menyaksikan setiap parti menghantar 600 wakil dari parti masing-masing.Ucapan dan perbahasan banyak berkisar kepada tiga perkara utama iaitu
Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP.

Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Dan ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Konvensyen PR kali ke 2 ini GAGAL menawarkan rakyat satu polisi tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara, PAS gagal untuk meletakkan ISLAM sebagai rujukan dan panduan pemerintahan negara jika PR berjaya merampas Putrajaya, malah tiada seorang pun dari perwakilannya yang di beri peluang untuk berbahas dengan berani, istikamah, lantang dan secara terang mengupas soal ini, semuanya hanya berlindung kepada Perlembagaan Persekutuan sedia ada. Kalau begini kemampuan PAS dalam PR lebih baik keluar sahaja dari PR dan teruskan sebagai Parti tunggal yang memperjuangkan Islam secara istikamah insyaalah akan di berkati Allah. Ramai orang Melayu Islam akan menjadi pengikut dan kembali mengikut serta menjadi Parti alternatif kepada UMNO.

Dalam Perbahasan dan kupasan mengenai Kekukuhan PR, semua pembahas tidak ikhlas menyatakan perkara yang sebenar,mereka semua cuba berselindung dan menyembunyikan hakikat bahawa antara mereka wujud jurang yang amat dalam terutama dalam soal menentukan siapa yang dominan di dalam PR. Mereka cukup sedar bahawa PR ada sekurang-kurangnya 7 Nakhoda (Hj.Hadi Awang, Nik Aziz, Wan Azizah, Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh). Dalam hal ini rakyat seharusnya membuka mata hati untuk melihat apakah bentuk polisi atau harapan baru yang di canangkan hendak di bawa oleh PR jika soal memilih ketua di kalangan mereka juga belum ada penghujungnya, apakah dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang hari ini akan menjanjikan dan menjadikan Anwar sebagai PM jika PR menang Pilihanraya Umum ke 13?.PM bukan atas tiket lantikan seperti melantik Anwar jadi ketua Umum PR, jawatan yang tiada dalam perlembagaan Parti PKR sendiri, malah Anwar tak layak jadi PM kerana dia bukan ketua atau Presiden atau Setiausaha Agong mana-mana Parti.Tidak tahulah kalau dalam Konvensyen PR kali ke 2 ini meluluskan satu resolusi pembentukan Republik Malaysia dan Presiden Republik Malaysia yang pertama adalah Anwar Ibrahim. PKR SENDIRI GAGAL MENJELASKAN SIAPA PRESIDEN PKR YANG SEBENARNYA.

DAP Pulau Pinang pula melalui Ketua Menteri Pembohongnya bercerita soal 100 hari pemerintahannya yang kononnya mengamalkan prinsip CAT dan pemerintahan ala Khalifah Umar Abdul Aziz, hakikatnya semuanya omong kosong selepas 100 hari. Mungkin juga Lim Guan Eng hanya minat tadbir Penang selama 100 hari sahaja. Akhirnya rakyat akan melihat Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Penang hanya kerajaan cakap tak serupa bikin.

Kesimpulannya Konvensyen PR kali ke 2 tidak mampu untuk meyakinkan Rakyat bahawa PR adalah Parti Alternatif terbaik kepada kerajaan sedia iaitu Barisan Nasional untuk memacu negara dan Rakyat kepada arah kehidupan yang lebih Baik,Selamat dan Sejahtera di dunia dan Akhirat.





Sabtu, 18 Disember 2010

DAP-PAS-PKR BERKONVENSYEN UNTUK PUTUSKAN CALON PRK TENANG (N5)

Konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang Ahad ini akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi Pilihan raya Kecil N5 (DUN Tenang). Yang mempunyai pengundi seramai 14,511. dengan pecahan kaum Melayu 49.59%, Cina 38.24% dan India 12.07%.

Sesungguhnya MPG percaya ketiga-tiga parti tersebut pastinya akan bermati-matian untuk merebut kerusi tersebut. PAS pastinya akan mengeluarkan dalil dan fatwa bahawa Partinya yang paling layak bertanding kerana pada PRU 12, berlaku peningkatan undi PAS sebanyak lebih 6,000 undi berbanding PRU 11 ( PRU 11 BN menang majoriti 8,649, manakala PRU 12 BN menang dengan majoriti 2,492). Atas perkiraan ini pastinya PAS akan merasakan PRK kali ini mereka akan dapat menakluki kerusi DUN Tenang.

PKR pula pastinya akan mempertaruhkan Pengerusi PKR Negeri Johor, Chua Jui Meng sebagai "tools" untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 38.24%  iaitu kira-kira 5,560 orang pengundi cina dan Anwar sendiri akan sekali lagi memperalatkan kaum India (serupa yang terjadi pada hindraf) untuk meraih sokongan masyarakat India seramai lebih kurang 1,750 orang (12.07%).Pada pengiraan PKR undi kaum Cina dan India ini akan dapat mengalahkan majoriti melayu sebanyak 49.59 % itu.

Bilamana jika semua pengundi Cina dan India mengundi PKR jumlah peratusanya adalah sebanyak 50.31%. satu-satunya cara untuk meraih undi Cina dan India ini pastinya PKR akan terus memainkan isu Perkauman dan DEB. Untuk undi kaum Melayu PKR sudah yakin sekurang-kurangnya 20% dari pengundi melayu akan menyokong PKR. Dalam congak Anwar sekurang-kurangnya 70% pengundi DUN Tenang akan memberi undi kepada pembangkang.

Untuk BN jangan  sangka Air Tenang tiada Buaya. Kemerosotan majoriti dalam PRU 12 lalu harus di selidiki dan di perbaiki.Jentera Pilihanraya perlu agresif dan kreatif.Tidak boleh lagi terlalu Definsif, terlalu banyak bertahan menyebabkan kita terjaring gol sendiri.ghani othman jangan banyak songel, pilih calon yang di senangi rakyat Tenang bukan calon kroni.

Jumaat, 17 Disember 2010

SERANG FELDA OLEH PEMBANGKANG, POLITICAL MILAGE BUAT KERAJAAN BN

Terima kasihlah Mazlan Aliman yang selama ini menyalak menabur fitnah kononnya FELDA zalim kepada peneroka. Kerana tuduhan itu kerajaan TERPAKSA mendedahkan segala usaha yang telah di buat bagi menjawab tuduhan , walaupun kerajaan sebenarnya tidak mahu bermegah dengan pertolongan kepada rakyat, kerajaan cuba mengikut perumpamaan tangan kanan memberi ,tangan kiri di sembunyikan, tapi kerana ada mahluk macam Mazlan Aliman yang buta mata dan buta hati maka  perkara sebegitu tidak boleh lagi di lakukan. Mazlan Aliman ini umpama ikan dalam air yang sedang mencari air, dia tidak dapat berfikir dengan waras apa yang telah FELDA telah lakukan dahulu bagi  menyelamatkan emak bapak dia dari miskin melarat.

MPG sertakan di sini artikel Panglima Perang Cyber bagi membuktikan bahawa FELDA terlalu berjasa kepada rakyat khususnya bangsa melayu. Bacalah dengan mata hati.

KEMUDAHAN KEPADA WARGA PENEROKA
Pelbagai program telah dilaksanakan di rancangan dan wilayah melibatkan penyertaan semua warga peneroka. Tumpuan aktiviti adalah kepada pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pengukuhan institusi keluarga.

PENDIDIKAN
 Dalam bidang pendidikan, penumpuan diberikan dalam pelaksanaan Pusat Literasi Keluarga (PLK) bagi kanak-kanak 3 hingga 5 tahun.Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) FELDA, Pusat Tuisyen Wilayah dan Skim Tuisyen FELDA (STF) yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Program kemahiran generasi kedua diteruskan bagi melatih mereka dalam pelbagai bidang kemahiran di peringkat sijil dan diploma.

Di samping itu, pelbagai bentuk bantuan dan pinjaman turut disediakan bagi kemudahan warga peneroka. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini telah membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dan kualiti hidup warga FELDA.

Penekanan dalam Modal Insan untuk generasi baru diteruskan melalui aktiviti-aktiviti kepimpinan, kursus dan latihan, program kerohanian, sukan dan kebudayaan serta badan sukarelawan. Melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan sahsiah dan jati diri serta bebas dari gejala sosial.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK):
PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain. 

Pusat Literasi Keluarga (PLK)
PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti :
1) mencungkil kreativiti
2) membina personaliti
3) kemahiran berinteraksi
4) kemahiran sosial

PERMATA
Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris. 

Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di Feldajaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.
Asrama Semai Bakti (ASB)
Asrama Semai Bakti FELDA telah ditubuhkan pada tahun 1975 bagi menempatkan pelajar generasi baru FELDA di kalangan anak-anak peneroka dan kakitangan dari tingkatan satu (1) hingga lima (5). ASB dibina bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna di bandar-bandar utama. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di ASB FELDA akan mendapat pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di bandar. Selain dari kemudahan asrama, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah, kelas tambahan dan lain-lain keperluan pelajar.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM21.7 juta, sebanyak tiga (3) buah asrama beroperasi pada tahun 2009:

Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (ASBKL)
Asrama Semai Bakti Johor Bahru (ASBJB)
Asrama Sri Semai Bakti Kuantan (ASSBK).

Semua kos perbelanjaan pelajar ditanggung oleh FELDA meliputi kos penginapan, pembelajaran termasuklah kos tuisyen, kegiatan kokurikulum, pengangkutan dan sebagainya. Seramai 12,030 orang pelajar telah dilahirkan daripada Asrama Semai Bakti FELDA sejak ditubuhkan pada tahun 1975 sehingga Disember 2009.

Skim Tuisyen FELDA (STF)
Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaan utama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut:
Tahap             Bilangan
Tahun   5        14,351
Tahun   6        15,357
Tingkatan 3     14,579
Tingkatan 5     14,679

Jumlah            58,966
Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.
Pusat Pembelajaran Sains (PPS)
FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin. 

PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama, guru dan sukatan pelajarandan FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun penyelaras PPS, program–program tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.

PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama dan tuisyen mulai Tingkatan empat (4).  Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan kepada subjek sains tulin iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.
Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS bagi pelajar-pelajar dari kalangan anak–anak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-up, pelbagai aktiviti diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career Explorer Camp  ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris).

BANTUAN DAN PINJAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA/IPTS:

Selain kemudahan pendidikan, FELDA juga memberikan bantuan dan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak dan cemerlang dalam bidang pendidikan.  Pelbagai bantuan disediakan bertujuan sebagai galakan dan membantu mereka mendapatkan kelulusan yang tertinggi.
Bantuan Pelajaran Tinggi

Skim Bantuan Pelajaran Tinggi diberikan kepada anak-anak peneroka yang layak dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma serta mengikuti pengajian sepenuh masa. 

Bantuan ini diberi untuk meringankan beban kewangan serta menggalakkan mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF):
SPPTF ini diberikan bagi membantu anak peneroka mendapat sumber pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pinjaman ini layak kepada semua anak peneroka yang bersama FELDA yang menuntut di IPTA/IPTS seluruh negara dan juga ditawarkan kepada mereka yang tidak menerima bantuan kewangan dari mana-mana pihak.
Biasiswa Kumpulan FELDA:
Pada tahun 2008, FELDA telah menawarkan sebanyak 20 tempat untuk Anugerah Dana Khas Pelajar Cemerlang 2008 pelajar lepasan SPM 2007 yang terdiri daripada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA. Daripada jumlah tersebut, hanya seramai 14 pelajar yang didapati layak dan dihantar mengikuti program persediaan di beberapa institusi seperti berikut

Pada tahun 2009, FELDA telah mula menghantar pelajar ke luar negara. Seramai 36 pelajar telah dihantar ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland bermula Ogos sehingga Oktober. Pecahan pelajar mengikut negara adalah seperti berikut :

LATIHAN KEMAHIRAN GENERASI BARU FELDA

OBJEKTIF PROGRAM
Program Latihan Kemahiran Generasi Baru dilaksanakan mulai tahun 2005 khusus bagi Generasi Baru peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mempunyai pekerjaan tetap dan masih berada di rancangan.  

Program ini disediakan bagi melatih generasi baru dalam pelbagai bidang sebagai persiapan mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai apabila tamat menjalani latihan.  Setiap tahun FELDA memperuntukan sejumlah RM50 juta bagi program tersebut.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
Latihan Kemahiran kepada generasi baru dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah. Program ini diadakan dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan FELDA sendiri seperti GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Prodata.  

Kursus diperingkat sijil dibiayai sepenuhnya oleh FELDA meliputi tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 yang menyediakan program kemahiran asas, pertengahan dan lanjutan dalam pelbagai bidang. 

Kursus peringkat diploma pula dijalankan di Universiti atau Kolej dan pusat latihan bertauliah yang diiktiraf di seluruh negara seperti Nilai University College, Akademi Laut Malaysia, UNITAR, UITM dan lain-lain.

Bagi kursus di peringkat sijil, FELDA menanggung sepenuhnya kos pembiayaan kursus manakala peringkat diploma dan ijazah, ia dibiayai dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan oleh pelajar setelah 3 bulan tamat pengajian masing-masing.
GAMBAR TAMBAHAN :