Khamis, 16 Disember 2010

EPISOD HITAM PARLIMEN MALAYSIA

Amat memalukan sekali kesudahan dewan yang bersidang selama 35 hari ini dengan insiden yang di cetuskan oleh puak pembangkang. Dari mula persidangan pagi ini hingga ke akhirnya Wakil Rakyat dari Pembangkang ini tidak menghormati dewan dengan membuat kacau, bising dan provokasi agar usul untuk menggantung ketua pembangkang tidak dapat di bacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Apapun tahniah kepada Speker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan perkara (44) peraturan mesyuarat untuk meluluskan usul tersebut tanpa perbahasan, kerana memang wajar mereka ini tidak patut di layan kerana bersifat seperti monyet di dalam parlimen. Hasilnya 4 ahli parlimen termasuk ketua pembangkang di gantung 6 bulan dari menghadiri persidangan.

Insiden yang berlaku memperlihatkan  wakil rakyat pembangkang ini mempunyai mentaliti kelas rendah, mereka terlalu taksub terhadap ketua pembangkang dan memang berniat untuk menjatuhkan negara, tidak menghormati prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka lupa bahawa mereka di pilih oleh rakyat untuk menjadi check and balance kepada kerajaan dalam mengubal undang-undang untuk kesejahteraan rakyat bukan untuk menjahanamkan.

cerita lanjut klik sini - artikel aspirasi bangsa

Tiada ulasan: