Sabtu, 25 Disember 2010

TAHNIAH PENGERUSI JOHOR CORPORATION (Jcorp) DI LANTIK PENGARAH PRK DUN TENANG

Tahniah MPG ucapkan kepada Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi JCorp (Johor Corporation -anak syarikat milik Kerajaan Negeri) atas perlantikan Sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Tenang (N-05).

MPG berharap dengan perlantikan MB Johor Selaku Pengarah PRK Dun Tenang, maka BN akan mendapat kemenangan dengan Majoriti yang lebih besar berbanding dengan keputusan PRU 12 yang lepas, dalam masa yang sama selesaikan lah isu QSR Brands dan KFC Holding, jangan sampai jadi macam Kulim Berhad  klik link ini  Notice EGM

Tan Sri Muhamad Ali Hashim adalah individu muslim yang bertanggungjawab selama 28 tahun memajukan Jcorp dan Negeri Johor, sangat berjasa dan berjaya membuka Bandar Perindustrian Pasir Gudang. MPG tidak mahu ulas kenapa beliau secara tiba-tiba mengumumkan perletakkan jawatan (24 jam) CEO Jcorp kerana amat yakin dan pasti YB Dato' MB tahun sebabnya. Apapun tempat beliau sekarang telah di ambil alih oleh seorang anak muda yang menjadi pilihan Dato' MB klik link ini  CEO Jcorp

Penyingkiran Tan Sri Muhamad Ali Hashim dari Jihad Business Negeri Johor merupakan satu malapetaka kepada kerajaan dan rakyat negeri Johor, cadangan penjualan QSR Brands dan KFC Holding di lihat sebagai usaha untuk menghapuskan peranan dan jasa besar TS Ali dalam pembangunan ekonomi Negeri Johor. Seharusnya TS Muhamad Ali ini di angkat menjadi Penasihat Johor Corporation atau sekurang-kurangnya menjadi Pengerusi Johor Corporation menggantikan YB Menteri Besar Johor. Kerana YB terlalu mabuk dengan Keroncong dan Zapin biarlah urusan ekonomi negeri di uruskan oleh orang yang kompiten.

MPG berharap di PRK Dun Tenang nanti YB Dato' Pengarah Pilihanraya akan mengumumkan BAHAWA QSR BRANDS DAN KFC HOLDING AKAN KEKAL BERSAMA JOHOR CORPORATION.  klik sini  untuk mengetahui kenapa MPG tidak rela QSR Brands dan KFC Holding di lelong.

Tiada ulasan: