Konvensyen PR kali ke 2 di dewan Milenium Kepala Batas hari GAGAL MUTHLAK dalam membawa pembaharuan dan harapan baru rakyat Malaysia. Konvensyen bertemakan 'Ubah Sekarang' menyaksikan setiap parti menghantar 600 wakil dari parti masing-masing.Ucapan dan perbahasan banyak berkisar kepada tiga perkara utama iaitu
Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP.
Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Dan ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Konvensyen PR kali ke 2 ini GAGAL menawarkan rakyat satu polisi tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara, PAS gagal untuk meletakkan ISLAM sebagai rujukan dan panduan pemerintahan negara jika PR berjaya merampas Putrajaya, malah tiada seorang pun dari perwakilannya yang di beri peluang untuk berbahas dengan berani, istikamah, lantang dan secara terang mengupas soal ini, semuanya hanya berlindung kepada Perlembagaan Persekutuan sedia ada. Kalau begini kemampuan PAS dalam PR lebih baik keluar sahaja dari PR dan teruskan sebagai Parti tunggal yang memperjuangkan Islam secara istikamah insyaalah akan di berkati Allah. Ramai orang Melayu Islam akan menjadi pengikut dan kembali mengikut serta menjadi Parti alternatif kepada UMNO.
Dalam Perbahasan dan kupasan mengenai Kekukuhan PR, semua pembahas tidak ikhlas menyatakan perkara yang sebenar,mereka semua cuba berselindung dan menyembunyikan hakikat bahawa antara mereka wujud jurang yang amat dalam terutama dalam soal menentukan siapa yang dominan di dalam PR. Mereka cukup sedar bahawa PR ada sekurang-kurangnya 7 Nakhoda (Hj.Hadi Awang, Nik Aziz, Wan Azizah, Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh). Dalam hal ini rakyat seharusnya membuka mata hati untuk melihat apakah bentuk polisi atau harapan baru yang di canangkan hendak di bawa oleh PR jika soal memilih ketua di kalangan mereka juga belum ada penghujungnya, apakah dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang hari ini akan menjanjikan dan menjadikan Anwar sebagai PM jika PR menang Pilihanraya Umum ke 13?.PM bukan atas tiket lantikan seperti melantik Anwar jadi ketua Umum PR, jawatan yang tiada dalam perlembagaan Parti PKR sendiri, malah Anwar tak layak jadi PM kerana dia bukan ketua atau Presiden atau Setiausaha Agong mana-mana Parti.Tidak tahulah kalau dalam Konvensyen PR kali ke 2 ini meluluskan satu resolusi pembentukan Republik Malaysia dan Presiden Republik Malaysia yang pertama adalah Anwar Ibrahim. PKR SENDIRI GAGAL MENJELASKAN SIAPA PRESIDEN PKR YANG SEBENARNYA.
DAP Pulau Pinang pula melalui Ketua Menteri Pembohongnya bercerita soal 100 hari pemerintahannya yang kononnya mengamalkan prinsip CAT dan pemerintahan ala Khalifah Umar Abdul Aziz, hakikatnya semuanya omong kosong selepas 100 hari. Mungkin juga Lim Guan Eng hanya minat tadbir Penang selama 100 hari sahaja. Akhirnya rakyat akan melihat Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Penang hanya kerajaan cakap tak serupa bikin.
Kesimpulannya Konvensyen PR kali ke 2 tidak mampu untuk meyakinkan Rakyat bahawa PR adalah Parti Alternatif terbaik kepada kerajaan sedia iaitu Barisan Nasional untuk memacu negara dan Rakyat kepada arah kehidupan yang lebih Baik,Selamat dan Sejahtera di dunia dan Akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan