Jumaat, 24 Disember 2010

INILAH BUKTI KEJAYAAN CEMERLANG PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MODAL KE PUTRAJAYA.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, 10 perkara yang di gariskan oleh Pakatan Pembangkang selepas 100 hari berkuasa bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Pembangkang, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Pembangkang termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya.

“Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan DAP Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya.

“Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan PKR Selangor dan PAS Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan PAS Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini.
“Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri,” jelasnya.
Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini. Manakala Kerajaan PAS Kelantan, PAS Kedah dan PKR Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.

“Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu,” tegasnya.

KOMEN MPG

kroohhhhh…puuuiiii. keluar kahak hijauuuuu. baca apa yang Mu Jahit Usof Raba katakan. ....itulah bukti-bukti kukuh Pakatan Rakyat dapat gantikan Kerajaan BN menurut pandangan si Tiong Batu yang bebal lagi bodoh.

1 ulasan:

meenakshiroy berkata...

Delhi Escorts We provide Call Girl service by Independent College Girls, Models with a genuine photos & profiles. To book Call Girls In Delhi contact +91-9999965857.visit my blog:-
Dasna Escorts &&
Faridabad Escorts &&
Ashok Nagar Escorts &&
Ashok Vihar Escorts &&
Chanakyapuri Escorts &&
Russian Aerocity Escorts ##
Russian Aerocity Escorts ##
Russian Escorts Aerocity ##