Selasa, 10 Januari 2012

PAS TOLAK PEJUANG ISLAM

Dewan Pemuda Pas yang menyokong penuh pemecatan Hasan tetapi masih mengharapkan Hasan tidak meninggalkan perjuangan parti itu apabila Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, ''Kepada Datuk Dr. Hasan Ali, jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini."


Kita ingin bertanya siapa yang meninggalkan perjuangan Islam - Pas atau Hasan? Dan benarkah dalam Pas masih adalah perjuangan seumpama itu? Kalau masih ada, kenapakah Pas menggugurkan perjuangan negara Islamnya? Kenapakah Pas begitu takut untuk memasukkan pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya parti?

Dan kita juga ingin tahu kenapakah Pas tidak memberi sokongan kepada perjuangan Hasan menentang gejala murtad sehingga menganggap perhimpunan Himpun sebagai agenda UMNO?

Kalau betul Pas memperjuangkan Islam, kenapakah mereka tidak selesa apabila Hasan bercakap soal penyatuan orang Melayu yang turut melibatkan kerjasama antara UMNO dan Pas?

Tidak payahlah Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam sebaliknya akui sahaja parti itu kini tidak ada apa-apa kuasa hatta untuk membuat keputusan bagi menentukan nasib pemimpinnya dan juga hala tuju parti itu. Segala-galanya perlu dirujuk kepada PKR dan DAP, kalau kedua-dua parti itu memberi lampu hijau barulah Pas boleh melakukan sesuatu, jika tidak mereka perlu akur terhadap keputusan sekutu mereka itu.

Sumber : Zulkiflee Bakar-Utusan Malaysia.

Tiada ulasan: