Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan  di pelawa menghadiri solat hajat di Masjid Negara pada 5 Jan, jam 9 malam  untuk memohon petunjuk Allah dalam menentukan kebenaran sekiranya salah  seorang daripada mereka berbohong di atas dakwaan melakukan seks luar  tabie, pada 26 Jun 2008, di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur. Pelawaan itu dibuat oleh YB Datuk Zulkifli Noordin, bekas salah seorang peguam bela Anwar dalam kes liwat I.
Zulkifli yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia  (Perkasa) berkata, solat hajat yang akan diadakan pada 5 Januari itu  dicadang diadakan di Masjid Negara manakala pada 6 Januari di Masjid  Kampung Baru, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Jamek Kuala Lumpur.
“Saya pelawa Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari supaya turun pada hari  tersebut bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah bagi membuktikan siapa  yang benar dan siapa yang berbohong. Kita juga minta dalam solat hajat  tersebut supaya yang mana berbohong agar dilaknat Allah. “Alhamdulilah, baru sebentar tadi saya dapat respons daripada Mohd.  Saiful Bukhari yang bersedia untuk hadir… Sekarang saya hanya tunggu  jawapan Anwar… Kalau beliau di pihak yang benar, jangan berdalih dan  bersembunyi di sebalik kononnya mahkamah rakyat,” katanya.
KOMEN MPG 
Ada berani ke Anwar dan pengikut-pengikut nya sahut pelawaan itu setelah Allah s.a.w taala menunjukkan beberapa bukti besar selepas 40 hari solat Hajat Perdana di lakukan di Stadium Malawati tempohari?.

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan