Selasa, 30 November 2010

SELOKA "ANWAR ANUGERAH TUHAN" karya Sdr. Sharudin Abdullah, Bandar Baru Bangi Selangor

Pantun seloka budaya melayu yang mesti di kongsi bersama rakyat Malaysia untuk membuka mata dan minda mengenali al-juburi. Terima kasih Sdr.Sharudin Abdullah dari Bandar Baru Bangi,Selangor yang mencipta seloka ini.

”ANWAR ANUGERAH TUHAN”
KATA ISTERI YANG TAK KERUAN
KONON BERJUANG UNTUK KEADILAN
AHLI SENDIRI MEMPERTIKAIKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
PENYOKONG SETIA TURUT MENGANGGUKKAN
TERLALU OBSES DENGAN IMPIAN
PUTRAJAYA JADI IDAMAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
AMBOI BEGITU HEBATNYA PUJIAN
PARTI SENDIRI TAK KETAHUAN
INIKAN NAK PERINTAH SATU KERAJAAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
KE SANA KE MARI HEBOH SAKAN
SATU DUNIA DIA JAJAKAN
KONON ‘BN’ ZALIM DALAM PEMERINTAHAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
BANGGA SEBAGAI PEMIMPIN PAKATAN
KIT SIANG, HAJI HADI BERI LALUAN
WALAUPUN KERUSI TAK BERKECUKUPAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
GELI GELEMAN SELURUH BADAN
KES PERIBADI DIA LEWATKAN
KES ORANG LAIN DIA SIBUKKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
PARTI KRONI DIA ASASKAN
JANGAN USIK SIORANG KANAN
KELAK TERSINGKIR MACAM SIPOLAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
SIVAJI THE BOSS JADI MAINAN
MENCATUR PEMIMPIN MASA HADAPAN
HABIS BERCELARU PARTI KEADILAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
TIMBUL PULA RASA KASIHAN
KONGRES AMK TAK DAPAT SAMBUTAN
BAGAIMANA MEMBINA PEMIMPIN LAPISAN?

 “ANWAR ANUGERAH TUHAN”
CETUSAN NALURI ISTERI KESAYANGAN
KETUANAN MELAYU KINI DIKETEPIKAN
SEBAGAI STRATEGI MENENTU KEMENANGAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
ANAK BERANAK DALAM PIMPINAN
ANGGOTA LAIN CUMA TEMPELAN
SIAPA KOMPLEN HARUS
DISINGKIRKAN

BENAR, “ANWAR ANUGERAH TUHAN”
UNTUK DI JADIKAN BATU SEMPADAN
OLEH SEMUA INSAN-INSAN
AGAR TIDAK TERSESAT JALAN

(Sumber : Utusan Malaysia).
MPG : Binatang di hutan juga anugerah tuhan

ANWAR IBRHIM TIDAK PERCAYA KARPAL SINGH LAGI

Satu episod baru akan bermula berpunca dari kenyataan anwar Ibrahim yang mengesahkan perlantikan Lim kit Siang sebagai bakal TPM bila beliau menjadi PM. Siapa LKS dalam DAP? , mana pergi Pengerusi DAP? Adakah Anwar telah menjangkakan bahawa Karpal Singh akan mampos duluuuuu...... atau Anwar Ibrahim tidak percaya lagi pada Karpal Singh seorang warganegara malaysia yang pertama di Parlimen meminta kerajaan menyiasat salah laku anwar atas tuduhan liwat???????

Ahad, 28 November 2010

PRESIDEN PKR BINGUNG,KEBINGUNGAN DAN MEMBINGUNGKAN

Salam.

Kasihan presiden PKR, selepas selesai menjadi pembaca berita pada Kongres Nasional PKR (MPG kata baca berita bukannya ucapan dasar kerana apa yang di suarakannya itu bukan dari hatinya sendiri tetapi adalah dari teks yang telah di sediakan). Wan azizah duduk terjelepuk dalam keadaan BINGUNG,KEBINGUNGAN DAN MEMBINGUNGKAN.

Ini semua gara-gara teks ucapan itu, yang menampakkan Presiden ini tidak mengikuti perkembangan dalam Partinya, Presiden PKR itu cakap tak serupa bikin, Presiden PKR itu di programkan macam robot, Presiden PKR itu Boneka. Presiden PKR itu meludah ke langit kena muka sendiri, Presiden PKR itu di peralatkan , Presiden PKR itu Burung Tiong batu yang boleh bercakap sepatah dua perkataan tapi tak tahu makna apa yang di cakapkan...kasihan Puan Presiden yang menang tanpa sesiapa nak bertanding.

Wan Azizah cakap pasal LAKI DIA SEORANG PEMIMPIN YANG DI PILIHAN TUHAN, Wan Azizah cakap pasal KETUANAN MELAYU DI TINGGALKAN (ayat asal dalam teks ialah ketuanan melayu di bakul sampahkan).

Wan Azizah BINGUNG macamana nak jawab soalan nie.
1. Apa Nas atau dalil akli dan nakli mengatakan laki dia tu pemimpin pilihan tuhan untuk rakyat Malaysia.
2. Macamana nak jawab soalan "Di mana laki kamu pada..........".
3. Kalau ketuanan melayu atau konsep melayu sebagai tuan @ ketua ditinggalkan kenapa jawatan Presiden PKR mesti kamu.
4. Kalau ketuanan melayu di tinggalkan kenapa tak bagi P.Janapala bertanding Jawatan Timbalan Presiden, kenapa lantik Azmin Ali sebagai timbalan Presiden.
5. Kenapa tak lantik Chua Jui Meng gantikan tempat Anwar (jawatan tak de dalam orginasasi parti).
6. Kalau tidak mengamalkan ketuanan melayu dalam PKR kenapa ramai Ahli PKR India sambut dengan banner kat luar dewan?.
7. Wan Azizah bingung macamana nak wujudkan jawatan dalam PKR untuk bagi semua kaum/bangsa dalam negara nie boleh lihat bahawa mereka semua adalah ketua untuk menggantikan konsep ketuanan melayu.
8. Wan Azizah bingung tak tahu apa yang di bacakannya dalam ucapan Dasar Presiden tadi.
9. MPG penat menulis pasal kebingungan Presiden PKR nie, kalau kau orang nak tahu apa yang dia bebelkan masa ucapan dasar klik sini ,klik sini

MPG berpendapat ucapan dasar ini hanya ucapan untuk menegakkan benang yang basah, ucapan tidak membawa makna kepada perjuangan keADILan dan rakyat malaysia, ucapan untuk meyakinkan ahli bahawa PKR adalah parti untuk membela Anwar Ibrahim. Tidak ada idea -idea pembaharuan yang di ketengahkan untuk membangunkan dan memakmurkan negara hanya berkisar soal-soal dalaman parti dan soal orang itu salah,orang itu tak betul orang itu jahat. Bukan ucapan dasar tapi kempen supaya perwakilan jangan keluar parti beramai-ramai.

Lain-lain ulasan sila ke blog sahabat saya Azli shukri    Panglima Perang Syber





Jumaat, 26 November 2010

AMK YANG DESPERATE - APA SAHAJA BOLEH JADI MODAL


MPG tak nak ulas pasal gambar nie, apapun MPG suka untuk mengenang kembali bagaimana kecewanya Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh terhadap budak ini dan keluarganya.
(Sumber photo : Merdeka review.com)

Rabu, 24 November 2010

CIKGU BARD SAHKAN PEMILIHAN PKR PALING KOTOR DAN JIJIK

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Tembelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terdedah dengan penyebaran surat bertajuk Laporan rasmi masalah pemilihan PKR oleh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin melalui laman blog propembangkang bermula petang semalam.
Dalam laporan lima muka surat yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Badrul Hisham menyenaraikan 10 kepincangan yang didakwa telah mengganggu ketelusan pemilihan parti.
Antara perkara serius yang dibangkitkan adalah dakwaan berlakunya campur tangan langsung Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentukan calon yang perlu dipilih.
Dakwa Badrul Hisham, Ketua AMK Kota Marudu, Dr. Jurin Gunsalam membuat laporan kepadanya bahawa Ketua Cabang itu telah diarah Anwar supaya memberi sokongan kepada calon tertentu.
"Jurin melaporkan Ketua Cabang Kota Marudu telah dihubungi oleh Anwar sendiri dengan 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu dan mengarahkannya menolak calon tertentu.
"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) daripada ahli jawatankuasa (AJK) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlangsung," katanya dalam surat bertarikh 18 November lalu.
Petang semalam, portal berita propembangkang, Malaysiakini menyiarkan kenyataan Badrul Hisham yang mengesahkan surat berkenaan ditulis olehnya.
Dalam surat tersebut, Badrul Hisham mendakwa wujudnya kegiatan menukar pencalonan yang dibuat oleh cabang dengan memberikan contoh Cabang Tampin yang mencalonkan beliau sebagai Ketua AMK dan Chang Lih Kang sebagai timbalan.
Bagaimanapun katanya, pangkalan data parti menunjukkan nama yang dicalonkan cabang itu ialah regu Shamsul Iskandar Md. Akin dan Khairul Anuar Ahmad Zainudin.
"Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi. Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil.
"Orang yang dikenal bersalah, bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan," dakwanya.
Selain itu, Badrul Hisham turut mendakwa berlaku kejadian kehadiran pengundi jauh lebih kecil daripada bilangan kertas undi seperti di Cabang Kubang Pasu yang melaporkan kehadiran sekitar 70 orang namun kertas undi yang telah dipangkah pula hampir 200.
Dakwanya, perkara itu diperakui oleh JPP yang memanggil wakil calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim untuk berbincang bagi mencari penyelesaian dengan kaedah membahagikan sama rata jumlah undi.
Justeru, Badrul Hisham mendesak penyiasatan terbuka diadakan segera bagi menangani kepincangan yang berlaku.
Tegasnya, beliau juga akan sentiasa berpegang teguh pada disiplin parti dengan menggunakan seluruh saluran dalaman tetapi nampaknya 'semakin di asak ke dinding'.
"Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan," katanya mengakhiri surat rasmi tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Sabtu, 20 November 2010

KETUA PEMBANGKANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Satu kunjungan rasmi di lakukan oleh Ketua Pembangkang semasa berada di Australia terhadap beberapa orang ahli Parlimen Australia yang pada awal tahun ini menyatakan sokongan terbukanya terhadap dirinya.
 KLIK SINI

Dalam perkembangan lain, Ketua Pembangkang ini menyelar Perdana Menteri Australia yang memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden, satu perbuatan menafi dan merendahkan negara sendiri di negara luar.
KLIK SINI

MPG meminta pihak Wisma Putera dengan seriusnya menyiasat hubungan parti-parti politik di Indonesia dengan PKR terutama terhadap ketua umumnya, Apakah gagasan Indonesia raya masih kukuh di sana dan mencari peluang untuk bersengkongkol dengan pembangkang di Malaysia bagi melaksanakan agenda mereka itu. Kenapa Ketua Pembangkang anak beranak sering keluar masuk ke Indonesia dan pastinya selepas lawatan itu akan berlaku penentangan terhadap Malaysia oleh rakyat Indonesia. Kelihatan seolah-olah Indonesia adalah kiblat Ketua Pembangkang dalam survival politiknya.

Jumaat, 19 November 2010

"MOCK CASINO" MARUAH PDRM DAN KDN TERCALAR ?

Salam.
Perlukah Mock Casino di tubuhkan untuk membenteras jenayah judi?.Inilah kononnya matlamat di tubuhkan mock judi oleh PDRM. Apakah dengan adanya Mock judi itu kegiatan atau jenayah judi benar-benar dapat di atasi?. Atau hanya suatu kaedah menggalakkan anggota Polis berjudi secara halal?. Maaf kalau MPG terlalu prajudis.Tapi fikir-fikirkanlah. Jangan pula esok lusa di tubuhkan pula "Mock Pelacuran" alasannya cukup mudah ialah supaya anggota Polis mahir mengendalikan pelacur.....

MPG menyeru supaya PDRM dan KDN fikilah masak-masak sebelum sesuatu cadangan itu di laksanakan, Jangan ulangi lagi corak dan cara pemerintahan PM sebelum Najib.

Tuan Inspector General berbincanglah dengan mereka yang arif sebelum keluarkan perintah.......

Isnin, 15 November 2010

KERAJAAN PKR SELANGOR CADANG AIR SUNGAI KLANG DI JADIKAN SUMBER MINUMAN RAKYAT SELANGOR,KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA 2013


Menteri Besar Selangor Khalid gagap mencadangkan perkara tersebut sebagai mengulas Projek Bekalan Air langat 2 apabila di tanya pemberita.

Kesian rakyat Selangor , Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat Menteri Besar akal sempit. Asas kepada cadangan itu menurut Khalid Gagap ialah kerana Kos Projek Langat 2 sangat tinggi dan kerajaan Selangor tak mampu untuk membiayainya. Di percayai antara punca Selangor tak de duit ialah
1. PKNS berbelanja sakan untuk sambut harijadi.
2. Pasir habis korek tapi wang tak masuk perbendaharaan
3.Projek YBK tak jadi - tak de pelaburan.
4. Punahsehat Ekonomi Negeri berharga RM 1, Buta kayu tak tahu hal ekonomi.
5. Rumah urut banyak tapi tak dapat pungut cukai.

Lain-lain kebarangkalian kau orang carilah sendiri atau tanya DET.
KLIK SINI

Selain dari itu di fahamkan bahawa Khalid Gagap nie tak berapa kisah sangat pasal Air sebab berkemungkinan dia tak suka mandi pagi.

Ahad, 14 November 2010

MELONTAR JAMRAH WAJIB HAJI DI MEKAH, MELONTAR ANWAR, AZMIN DAN AZIZAH IBADAH WAJIB AHLI PKR DI TANAHAIR



 
Mengambil sempena Peristiwa penting dalam bulan Zulhijah, iaitu tetakala umat Islam di seluruh dunia Mengerjakan ibadah Haji, MPG teringat salah satu wajib haji iaitu MELONTAR JAMATUL AQABAH ( Sughra, Wustha, Qubrra )

Melontar Jamrah berlaku di tanah suci mekah ketika umat islam mengerjakan haji, manakala Di Tanah air ada Ibadah melontar  yang Wajib di lakukan terutama oleh ahli- ahli  PKR iaitu melontar ketiga-tiga kepala iblis dalam Parti iaitu kepada rangkaian 3A (Anwar,Azmin dan Azizah) ketiga-tiga mereka ini patut di lontar dengan batu yang tajam agar PKR kembali kepada rakyat. Selagi ketiga-tiga mereka ini menguasai Parti maka tak perlu bagi rakyat untuk berteriak atau berdemonstrasi kearah keADILan, reformasi dan sekelian benda yang lunak-lunak untuk mengaburi rakyat . Selagi mereka bernyawa perjuangan parti hanyalah untuk manusia bernama Anwar Ibrahim.

Sekadar berdemonstrasi membantah proses pemilihan kepimpinan parti di hadapan Ibupejabat PKR di Merchant Square, Bandar Tropicana PJ, tiada apa kesudahannya.Pada Anwar demonstrasi merupakan kekuatannya, lagi ramai berdemo lagi kuatlah pengaruhnya. Jadi tukarkan acara demonstrasi kepada acara melontar……

Renung-renungkan dan selamat beramal…….

Sabtu, 13 November 2010

KDN DI CABAR LAGI - WARTA KEADILAN MUNCUL TANPA PERMIT

Apa hal nie menteri KDN !!!!!! kementerian di permainkan atau ??????.
MPG dapat maklumat dari FMT.
 
Oleh Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menerbitkan lidah rasminya walaupun masih tidak mendapat “restu” permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Berwajah baru dengan penampilan sulungnya sebagai “Warta Keadilan”, akhbar mingguan setebal 32 halaman muka surat itu diterbitkan secara tidak berkala untuk dan sudah mula berada dipasaran sejak hari ini dengan harga RM2.

Pengarangnya Fazallah Pit ketika dihubungi berkata, akhbar itu adalah transformasi daripada akhbar Suara Keadilan lalu dimana kandungannya kini beralih arah mensasarkan untuk menarik semula minat golongan pembaca daripada kalangan reformis, namun masih mengekalkan gaya penulisan secara profesional.

"Kami mahu beralih 'angin' dengan menarik minta lebih kepada golongan reformis kerana dahulu kandungan akhbar ini lebih tersasar kepada golongan profesional dan bukan ahli PKR.
"Melalui penyatuan gelombang reformis dan profesional ini kami harap akhbar ini mampu memberi maklumat telus mengenai perkembangan parti dan agendanya," katanya ketika dihubungi FMT.

Turut difahamkan kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menjadi Penasihat Pengarang akhbar ini.

Fazallah berkata kandungan akhbar berwajah baru terbitan parti itu antaranya memfokuskan mengenai jawapan tohmahan dan kepincangan terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam ruangan khas temubual bersama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

"Segala persoalan tentang ketelusan sistem pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) oleh JPP terjawab dalam tiga helai muka surat wawancara bersama Saifuddin," katanya.

Muka depan akhbar itu pula memaparkan berita utama “Gugur tuduhan terhadap Anwar” yang memfokuskan mengenai isu tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menampilkan kolum hasil tulisan reformis Hishamuddin Rais serta yang lain.

Selasa, 9 November 2010

JOM DENGAR CERAMAH YANG HAK

Kali ini MPG nak ajak semua pembaca dengar ceramah yang hak bukan bathil.









Isnin, 8 November 2010

CHUA JUI MENG JENERAL TANPA ASKAR


Cerita lanjut KLIK SINI
Apa pun nasib Jui Meng tidak lah sehina Zaid Ibrahim yang umpama habis manis sepah di buang. Berapa Juta Zaid Ibrahim tabur untuk PKR masa PRK Hulu Selangor dan akhirnya  melangkah keluar dengan longlai. Cerita lanjut KLIK SINI

Sejak Chua Jui Meng jadi Pengerusi PKR Johor berapa banyak cabang di tubuhkan?. Berapa banyak cabang PKR tak dapat mengadakan persidangan kerana tak cukup korum?.
SELAMAT BERKUBUR PKR JOHOR.

Selasa, 2 November 2010

GEMPAR !!!!!!, OOOiiiiii....KJ TUNGGU APA LAGI LKS DAH KATA ORANG UMNO KAFIR

Astarfirullah al azim.... siapa yang kafir sebenarnya nie... apakah ini yang di ajarkan oleh Nik Aziz kepada sekutunya Penasihat DAP ?????. Hari ini Melayu Islam  semakin kucar kacir bila ada kaum yang sanggup bersekongkol dengan musuh-musuh Islam semata-mata untuk menjatuhkan Islam itu sendiri, Inilah harga yang perlu di bayar oleh Pemimpin dan penyokong PAS bila berkawan dengan syaitan DAP.

Pemuda UMNO kau orang tunggu apa lagi......LIM KIT SIANG dah tuduh kau orang nie kafir...kau orang sedar tak !!!!!!!!!!!!!. Kalau tak percaya tulisan MPG nie pergilah tanya Ali Rustam....bacalah Berita Harian...paling tidak bacalah artikel yang aku pastekan dari BH nie...

GUA MUSANG: DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang UMNO kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata tindakan itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Katanya, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu dibuat di hadapan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah.

“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakhbar’ oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”

“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” katanya ketika berceramah kepada pengundi di peti undi Kampung Baru Hulu, dekat sini, petang kelmarin.


Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata mungkin pengundi di DUN Galas baru sedar tindakan Kit Siang yang mengutuk orang beragama Islam tetapi pada masa sama ia halal di sisi perjuangan PAS demi kepentingan politik pembangkang.


Beliau berkata, gelagat pemimpin DAP mencampuri urusan agama Islam sejak bergabung dalam pakatan pembangkang kerana mendapat restu PAS untuk mengutuk orang Islam yang tidak sokong parti itu.

Katanya, pengundi di DUN Galas patut mengambil ingatan dengan sikap melampau DAP itu yang menuduh orang UMNO kafir dan perbuatan itu pula seolah-olah direstui PAS.




Isnin, 1 November 2010

PAS DI SESATKAN OLEH NIK AZIZ

Salam.
Lagi dalil-dalil atau hujah-hujah yang mengesahkan bahawa Perjuangan Parti PAS telah di heret ke jalan keSESATan yang nyata oleh pemimpin-pemimpin haloba yang di pengaruhi oleh syaitan yang telah di panggil oleh Nik Aziz untuk bersahabat dengannya.  MPG sangat tertarik dan ingin berkongsi dengan semua pembaca blog ini satu artikel yang di tulis oleh Sdr.Norhisyam Bin Mohamad dari Kuala Kedah dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini.
Berikut adalah petikan dari artikel tersebut untuk kita renung dan fikirkan bersama.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas, jiwanya sakit, hatinya penuh dengan dendam malahan nafsu Qarunnya semakin membuak-buak. 

Malangnya sebagai sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, Pas mengubati jiwa, hati dan nafsunya dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik syaitannya yang suatu ketika dahulu hendak direjam oleh Pas sendiri menyebabkan sehingga kini Pas kabur akan identitinya.

Kalaulah Pas masih di bawah jagaan Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Noor, Pas masih lagi sebuah parti Islam dan bukannya bertukar menjadi sebuah parti kebajikan sehingga para pemimpinnya sanggup menjadi boneka kepada sebuah parti yang terang-terang anti-Islam. 

Almarhum Ustaz Fadzil pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa!

Kalaulah Pas mendalami apa yang telah digariskan oleh para fuqaha Islam berkaitan sistem politik dan pemerintahan Islam, tidak mungkin Pas akan menderhaka kepada ketua agama Islam dengan membiarkan penyokong-penyokongnya menimbulkan huru-hara sehingga mengaibkan ketua agama Islam demi mengembirakan hati rakan-rakan politik kafirnya!

Kalaulah Pas berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar, mana mungkin ada pemimpin bukan Islam sebuah parti politik yang cukup tebal semangat anti-Islamnya berani mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memburuk-burukkan saudara seislam yang lain yang berbeza pandangan politik! Pasti terkencing pemimpin-pemimpin bukan Islam itu diherdik dan disergah oleh ulama-ulama besar Pas kerana sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan ayat-ayat suci demi kepentingan politik. 

Kalaulah Pas mendalami pengertian bahawa seorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang kafir anti-Islam sebagai khalifah setaraf Khulafa al-Rasyidin! Sanggup Pas menyamatarafkan Khulafa al-Rasyidin dengan seorang khalifah kafir yang 'memerangi' dan menganiaya umat Islam bahkan sanggup menyuap dan menutup mulut orang Islam dengan hasil sumber judi!

Kalaulah Pas masih perjuangannya berlandaskan Islam, mungkin runtuh bangunan ibu pejabat Majlis Peguam Malaysia diserbu pejuang-pejuang Pas kerana kedegilan majlis itu untuk terus menganjurkan Forum Memeluk Islam 2008. Sebaliknya Pas membisu membiarkan Majlis Peguam terus-terusan mempertikaikan hal ehwal berkaitan agama Islam sehingga menyebabkan perasaan masyarakat Islam negara ini amat tersinggung!

Kalaulah Pas ada sedikit lagi perjuangan Islamnya, tidak akan ada ahli politik anti-Islam nombor wahid yang berani mencemarkan ruang solat umat Islam. Akan turun berduyun-duyun kader-kader Pas berdemonstrasi mengutuk tindakan ahli politik tersebut memperlekehkan institusi masjid dengan nilai bantuan RM1,000 sahaja!

Kalaulah Pas masih kental jiwa Islamnya pasti bergegar bumi Tanah Melayu ini dek gara-gara tuntutan hak menggunakan nama Allah oleh penganut agama Kristian. Laungan Allahuakhbar pasti bergema di seluruh pelosok negara membantah ahli-ahli politik Islam yang bersubahat; 'melacurkan' nama Allah demi untuk meraih sokongan politik!

Kalaulah Pas masih sayangkan Islam, kewujudan negara Islam adalah keutamaannya. Walaupun digertak oleh DAP, Pas tidak akan gentar melafazkan negara Islam adalah matlamatnya sebagaimana beraninya Tun Mahathir mengisytiharkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam!
Tetapi kalaulah Pas masih mempunyai roh Islam, mahukah DAP menjadikan Pas kuda kayu tunggangannya?

Sayang sekali Pas kini tidak seperti dahulu lagi, ia kini dalam genggaman DAP! Pas tidak lagi berani memperjuangkan Islam malah langsung tidak berani mengaku keislamannya di hadapan DAP. Malahan kadang- kadang apabila Pas terlupa menyembunyikan keislamannya, DAP dengan pantas menyentap 'kerandutnya', Pas akan serta-merta menikus kembali!

Hakikatnya Pas kini bukanlah parti alternatif kepada orang Melayu sebaliknya adalah sebuah parti yang kebingungan.

Syabas Sdr.Norhisham, biarpun kita tidak menghunus pedang berperang menegakkan agama Allah namun percayalah mata pena kita lebih tajam dari mata pedang. biarlah kita menjadi Abu Khurairah.