Lagi dalil-dalil atau hujah-hujah yang mengesahkan bahawa Perjuangan Parti PAS telah di heret ke jalan keSESATan yang nyata oleh pemimpin-pemimpin haloba yang di pengaruhi oleh syaitan yang telah di panggil oleh Nik Aziz untuk bersahabat dengannya. MPG sangat tertarik dan ingin berkongsi dengan semua pembaca blog ini satu artikel yang di tulis oleh Sdr.Norhisyam Bin Mohamad dari Kuala Kedah dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini.
Berikut adalah petikan dari artikel tersebut untuk kita renung dan fikirkan bersama.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas, jiwanya sakit, hatinya penuh dengan dendam malahan nafsu Qarunnya semakin membuak-buak.
Malangnya sebagai sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, Pas mengubati jiwa, hati dan nafsunya dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik syaitannya yang suatu ketika dahulu hendak direjam oleh Pas sendiri menyebabkan sehingga kini Pas kabur akan identitinya.
Kalaulah Pas masih di bawah jagaan Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Noor, Pas masih lagi sebuah parti Islam dan bukannya bertukar menjadi sebuah parti kebajikan sehingga para pemimpinnya sanggup menjadi boneka kepada sebuah parti yang terang-terang anti-Islam.
Almarhum Ustaz Fadzil pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa!
Kalaulah Pas mendalami apa yang telah digariskan oleh para fuqaha Islam berkaitan sistem politik dan pemerintahan Islam, tidak mungkin Pas akan menderhaka kepada ketua agama Islam dengan membiarkan penyokong-penyokongnya menimbulkan huru-hara sehingga mengaibkan ketua agama Islam demi mengembirakan hati rakan-rakan politik kafirnya!
Kalaulah Pas berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar, mana mungkin ada pemimpin bukan Islam sebuah parti politik yang cukup tebal semangat anti-Islamnya berani mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memburuk-burukkan saudara seislam yang lain yang berbeza pandangan politik! Pasti terkencing pemimpin-pemimpin bukan Islam itu diherdik dan disergah oleh ulama-ulama besar Pas kerana sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan ayat-ayat suci demi kepentingan politik.
Kalaulah Pas mendalami pengertian bahawa seorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang kafir anti-Islam sebagai khalifah setaraf Khulafa al-Rasyidin! Sanggup Pas menyamatarafkan Khulafa al-Rasyidin dengan seorang khalifah kafir yang 'memerangi' dan menganiaya umat Islam bahkan sanggup menyuap dan menutup mulut orang Islam dengan hasil sumber judi!
Kalaulah Pas masih perjuangannya berlandaskan Islam, mungkin runtuh bangunan ibu pejabat Majlis Peguam Malaysia diserbu pejuang-pejuang Pas kerana kedegilan majlis itu untuk terus menganjurkan Forum Memeluk Islam 2008. Sebaliknya Pas membisu membiarkan Majlis Peguam terus-terusan mempertikaikan hal ehwal berkaitan agama Islam sehingga menyebabkan perasaan masyarakat Islam negara ini amat tersinggung!
Kalaulah Pas ada sedikit lagi perjuangan Islamnya, tidak akan ada ahli politik anti-Islam nombor wahid yang berani mencemarkan ruang solat umat Islam. Akan turun berduyun-duyun kader-kader Pas berdemonstrasi mengutuk tindakan ahli politik tersebut memperlekehkan institusi masjid dengan nilai bantuan RM1,000 sahaja!
Kalaulah Pas masih kental jiwa Islamnya pasti bergegar bumi Tanah Melayu ini dek gara-gara tuntutan hak menggunakan nama Allah oleh penganut agama Kristian. Laungan Allahuakhbar pasti bergema di seluruh pelosok negara membantah ahli-ahli politik Islam yang bersubahat; 'melacurkan' nama Allah demi untuk meraih sokongan politik!
Kalaulah Pas masih sayangkan Islam, kewujudan negara Islam adalah keutamaannya. Walaupun digertak oleh DAP, Pas tidak akan gentar melafazkan negara Islam adalah matlamatnya sebagaimana beraninya Tun Mahathir mengisytiharkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam!
Tetapi kalaulah Pas masih mempunyai roh Islam, mahukah DAP menjadikan Pas kuda kayu tunggangannya?
Sayang sekali Pas kini tidak seperti dahulu lagi, ia kini dalam genggaman DAP! Pas tidak lagi berani memperjuangkan Islam malah langsung tidak berani mengaku keislamannya di hadapan DAP. Malahan kadang- kadang apabila Pas terlupa menyembunyikan keislamannya, DAP dengan pantas menyentap 'kerandutnya', Pas akan serta-merta menikus kembali!
Hakikatnya Pas kini bukanlah parti alternatif kepada orang Melayu sebaliknya adalah sebuah parti yang kebingungan.
Syabas Sdr.Norhisham, biarpun kita tidak menghunus pedang berperang menegakkan agama Allah namun percayalah mata pena kita lebih tajam dari mata pedang. biarlah kita menjadi Abu Khurairah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan