Kasihan presiden PKR, selepas selesai menjadi pembaca berita pada Kongres Nasional PKR (MPG kata baca berita bukannya ucapan dasar kerana apa yang di suarakannya itu bukan dari hatinya sendiri tetapi adalah dari teks yang telah di sediakan). Wan azizah duduk terjelepuk dalam keadaan BINGUNG,KEBINGUNGAN DAN MEMBINGUNGKAN.
Ini semua gara-gara teks ucapan itu, yang menampakkan Presiden ini tidak mengikuti perkembangan dalam Partinya, Presiden PKR itu cakap tak serupa bikin, Presiden PKR itu di programkan macam robot, Presiden PKR itu Boneka. Presiden PKR itu meludah ke langit kena muka sendiri, Presiden PKR itu di peralatkan , Presiden PKR itu Burung Tiong batu yang boleh bercakap sepatah dua perkataan tapi tak tahu makna apa yang di cakapkan...kasihan Puan Presiden yang menang tanpa sesiapa nak bertanding.
Wan Azizah cakap pasal LAKI DIA SEORANG PEMIMPIN YANG DI PILIHAN TUHAN, Wan Azizah cakap pasal KETUANAN MELAYU DI TINGGALKAN (ayat asal dalam teks ialah ketuanan melayu di bakul sampahkan).
Wan Azizah BINGUNG macamana nak jawab soalan nie.
1. Apa Nas atau dalil akli dan nakli mengatakan laki dia tu pemimpin pilihan tuhan untuk rakyat Malaysia.
2. Macamana nak jawab soalan "Di mana laki kamu pada..........".
3. Kalau ketuanan melayu atau konsep melayu sebagai tuan @ ketua ditinggalkan kenapa jawatan Presiden PKR mesti kamu.
4. Kalau ketuanan melayu di tinggalkan kenapa tak bagi P.Janapala bertanding Jawatan Timbalan Presiden, kenapa lantik Azmin Ali sebagai timbalan Presiden.
5. Kenapa tak lantik Chua Jui Meng gantikan tempat Anwar (jawatan tak de dalam orginasasi parti).
6. Kalau tidak mengamalkan ketuanan melayu dalam PKR kenapa ramai Ahli PKR India sambut dengan banner kat luar dewan?.
7. Wan Azizah bingung macamana nak wujudkan jawatan dalam PKR untuk bagi semua kaum/bangsa dalam negara nie boleh lihat bahawa mereka semua adalah ketua untuk menggantikan konsep ketuanan melayu.
8. Wan Azizah bingung tak tahu apa yang di bacakannya dalam ucapan Dasar Presiden tadi.
9. MPG penat menulis pasal kebingungan Presiden PKR nie, kalau kau orang nak tahu apa yang dia bebelkan masa ucapan dasar klik sini ,klik sini
MPG berpendapat ucapan dasar ini hanya ucapan untuk menegakkan benang yang basah, ucapan tidak membawa makna kepada perjuangan keADILan dan rakyat malaysia, ucapan untuk meyakinkan ahli bahawa PKR adalah parti untuk membela Anwar Ibrahim. Tidak ada idea -idea pembaharuan yang di ketengahkan untuk membangunkan dan memakmurkan negara hanya berkisar soal-soal dalaman parti dan soal orang itu salah,orang itu tak betul orang itu jahat. Bukan ucapan dasar tapi kempen supaya perwakilan jangan keluar parti beramai-ramai.
Lain-lain ulasan sila ke blog sahabat saya Azli shukri Panglima Perang Syber
6 ulasan:
jadi umno dah senang hati la ye...sebab PKR dah caca marba....
anos 9:01
Bukan soal senag hati...PKR bukan musuh tapi ada pemimpinnya yang memecah belahkan orang melayu...kalau PKR berjuang kerana kebenaran dan KEADILAN YANG HAK. orang UMNO pun akan sokong. "Hidup Melayu Bersatu- MAKNANYA MELAYU ITU AKAN TERUS HIDUP KALAU TERUS BERSATU.
Negara dan rakyat memerlukan sebuah parti pembangkang yang kuat bagi mempastikan negara terus maju dan makmur BUKAN parti yang kuat membangkang macam PKR.
Teks ucapan ditulis oleh Mohd Nor Manutty....
tempat isteri di sisi suami..mesti patuh cakap suami, barulah syurga sebagaimana dijanjikan Allah SWT! sebab itu zizah ikut saja apa rancangan suaminya walaupun tak berkenang di hati..itu suaminya dunia akhirat! Dapat pahala menjaga maruah suami..kita tak boleh marahkan azizah..marahkan Anuar, sebab dia yang mencorakkan isterinya begitu..
rasa hidupa zizah lebih bahagia pada masa lalu semasa tiada PKR...kembalilah pada masa lalu..rasanya anda akan lebih tenang dan senang.. ajaklah Anuar sama..tak jatuh maruah! sudahlah..yang lepas tu lepaslah..kita bina hidup baru... Bubarlah PKR tu...
Saya sokong Melayu Pasir Gudang..biar jadi pembankang yang makin memperkuatkan KITA!
setuju sangat Melayu Pasir Gudang. jadilah pembangkang macam PAS dulu ketika(bukan sekarang) Asalkan Melayu bangkit.
Catat Ulasan