Apa hal nie menteri KDN !!!!!! kementerian di permainkan atau ??????.
MPG dapat maklumat dari FMT.
Oleh Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menerbitkan lidah rasminya walaupun masih tidak mendapat “restu” permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Berwajah baru dengan penampilan sulungnya sebagai “Warta Keadilan”, akhbar mingguan setebal 32 halaman muka surat itu diterbitkan secara tidak berkala untuk dan sudah mula berada dipasaran sejak hari ini dengan harga RM2.
Pengarangnya Fazallah Pit ketika dihubungi berkata, akhbar itu adalah transformasi daripada akhbar Suara Keadilan lalu dimana kandungannya kini beralih arah mensasarkan untuk menarik semula minat golongan pembaca daripada kalangan reformis, namun masih mengekalkan gaya penulisan secara profesional.
"Kami mahu beralih 'angin' dengan menarik minta lebih kepada golongan reformis kerana dahulu kandungan akhbar ini lebih tersasar kepada golongan profesional dan bukan ahli PKR.
"Melalui penyatuan gelombang reformis dan profesional ini kami harap akhbar ini mampu memberi maklumat telus mengenai perkembangan parti dan agendanya," katanya ketika dihubungi FMT.
Turut difahamkan kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menjadi Penasihat Pengarang akhbar ini.
Fazallah berkata kandungan akhbar berwajah baru terbitan parti itu antaranya memfokuskan mengenai jawapan tohmahan dan kepincangan terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam ruangan khas temubual bersama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.
"Segala persoalan tentang ketelusan sistem pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) oleh JPP terjawab dalam tiga helai muka surat wawancara bersama Saifuddin," katanya.
Muka depan akhbar itu pula memaparkan berita utama “Gugur tuduhan terhadap Anwar” yang memfokuskan mengenai isu tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menampilkan kolum hasil tulisan reformis Hishamuddin Rais serta yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan