MPG mengucapkan tahniah kepada YM. Tengku Razaleigh bin Hamzah atas kepercayaan dan perlantikan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Pengumuman itu di buat oleh TPM TS Mahyuddin Yasin, manakala Datuk Mustaffar Mohamad pula di lantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya. MPG melahirkan rasa yakin dan percaya kedua-dua tokoh ini mampu melakukan sesuatu pada PRK kali ini.
Kemeseraan dan keakraban kedua-dua tokoh ini dengan penduduk tempatan adalah sesuatu yang menjadi kekuatan kepada jentera pilihanraya kali. Inilah peluang bagi Ku Li untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau bukanlah ahli politik murahan yang menangguk di air yang keruh sepertimana pernah di gelar oleh sesetengah pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan