Jumaat, 24 September 2010

BILA ANAK KETAM MENGAJAR BAPAK KETAM BERJALAN LURUS

Aku terpinga-pinga dengan kenyataan MP Lembah Pantai berkenaan isu pemilihan Agong PKR akan datang antara lainnya menyarankan agar semua calon menandatangani secara terbuka "DEKLARASI KEMPEN ADIL DAN BEBAS".

Apakah dalam Parti keADILan sudah tidak ada mekanisme keADILan lagi?.apakan perjuangan pemimpin PKR yang menawarkan diri sebagai bahan bakar di akhirat (akibat perbuatan fitnah memecah belahkan umat Islam) sudah jauh terpesong dari landas keADILan?. Tak cukup ke dengan "SUMPAH KERAMAT"?. Atau PKR akan mencontohi Abang Sulung PAS untuk bersumpah menceraikan Isteri demi mempertahankan kuasa?.

Nurul Izzah cukup-cukup lah berretorik, betulkanlah kepala Bapak kau tu dulu, kalau bapak kau tu ibu segala nepotisme dan kronisme, toksah lah sibuk-sibuk mencadangkan sebarang deklarasi segala macam. Sedarlah betapa ramai tokoh-tokoh besar dalam PKR yang telah meninggalkan Parti kerana sikap durjana bapak kau, bermula dari Dr. Chandra Muzaffar hingga lah kepada ahli PKR cabang semuanya lari meninggalkan parti kerana "CAKAP TAK SERUPA BIKIN".

Perjuangan reformasi kau tu harusnya di suburkan dalam PKR, transormasikan PKR agar benar - benar ADIL baru lah boleh tunjukkan pada dunia bahawa perjuangan berlandaskan ideologi refomis kau itu relevant. setakat mendabik dada sebagai puteri refomasi selama
12 tahun tak memberi makna kalau tidak ada hasil yang boleh di banggakan. Ingatlah antara isi perjuangan reformasi 12 tahun dulu adalah untuk membersihkan negara dari amalan rasuah, nepotisme dan kronisme. MALANGNYA penyakit itulah yang yang sekarang ini amat bersarang kuat dalam PKR terutama bila kepentingan peribadi mengatasi asas perjuangan.

Tidak salah wujud legasi dalam Parti, tapi tunaikan janji dulu, sebagai Parti berbilang kaum tunjukkan bahawa tidak wujud sebarang unsur perkauman di dalam PKR. Kalau Presiden orang Melayu, jawatan timbalan Presiden kasilah pada bukan Melayu, kesian kat cina yang dah keluar MCA semata-mata mengharapkan janji manis untuk jadi MB bila PR rampas kerajaan, Kesian kat India yang taat macam anjing kat dalam PKR yang menunggu di nobatkan sebagai sivaji.Orang UMNO yang masuk PKR kau tak payah pandanglah, dia orang bukan gila jawatan sangat sebab dalam UMNO dulu pun dia dah pegang jawatan tinggi dah, ada yang dah jadi menteri malah ada juga yang dah jadi bakal PM.


Berlaku ADIL lah bukan hanya pada kata-kata.........buat Nurul Izah, percayalah bahawa aku masih menyayangi mu walaupun kau tidak dapat berlaku ADIL pada ku......hhheeeeee.

Tiada ulasan: