Presiden Pribumi Perkasa
"Saya cabar Anwar buat kenyataan terbuka secara tegas bahawa beliau sendiri akan mempertahankan hak dan kepentingan Melayu serta Islam terutamanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dengan jiwa dan raganya daripada terus dipersoal oleh DAP.
"Janganlah berselindung di sebalik kata-kata kononnya pembangkang menyedari keperluan mempertahankan Perkara 152 dan Perkara 153 sedangkan, beliau sendiri tidak pula menyatakan akan mempertahankan hak orang Melayu,"
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail menuntut Anwar membuktikan perutusannya mengenai kepentingan mempertahankan Perkara 152 dan 153 itu melalui tindakan dan bukan hanya retorik semata-mata.
Tegasnya, bukti melalui tindakan itu penting kerana Anwar terkenal dengan sikap 'sesumpah' yang tidak tetap pendirian, kerana apabila berada dengan komuniti Cina dan India, janji yang ditawarkan adalah berlainan dengan perjuangan untuk mempertahankan hak keistimewaan Melayu.
Pensyarah Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain menempelak keikhlasan Anwar untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam kerana jelasnya, tindak-tanduk ketua pembangkang itu sebelum ini tidak mencerminkan apa yang diperkatakannya.
Katanya, Anwar sebelum ini tidak berani menyatakan pendirian dan ketegasan berhubung isu rampasan arak dan cubaan DAP untuk memansuhkan diskaun untuk bumiputera dalam isu pemilikan hartanah dan rumah kos mewah di Selangor walaupun perbuatan itu mengguris hati orang Melayu.
Sumber : Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan