Kepada pembaca dan pelayar blog melayupasirgudang, aku minta kau orang baca betul-betul petikan bi bawah yang di ambil dari blog Ketua Menteri Pulau Pinang.
“The Penang state government will hold a free Siti Nurhaliza concert in conjunction with Malaysia Day celebrations. Dato Siti Nurhaliza will perform at the Stadium Bandaraya Pulau Pinang on the night of 25th September 2010. This concert entitled “Menyambut Hari Malaysia Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” will be funded by the Penang state government and private sponsors”. - LGE BLOG
Sekali imbas memang tiada cacat celanya kenyataan yang di buat. Panggil penyanyi buat persembahan bersempena sesuatu tarikh penting adalah perkara biasa dan selalu di buat oleh UMNO/BN.(hingga di tuduh oleh PAS sebagai agen maksiat). Okeylah maksiat pun maksiat lah aku tak nak ulas soal persembahan nie. Apa yang aku lebih tertarik untuk di kongsi bersama adalah perkara ” TERSIRAT DI SEBALIK TERSURAT” yang orang Melayu semua terlupa dan terlepas pandang kerana dapat menyaksikan pertunjukan / persembahan percuma.
Yang tersirat di sebalik tersurat ialah DAP lebih mengiktiraf PEMBENTUKAN MALAYSIA daripada KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.
Apa beza antara 2 tarikh tersebut?.
Semua orang maklum bahawa 31 Ogos adalah tarikh pengisytiharan kemerdekaan TANAH MELAYU daripada penjajahan. Manakala 16Sept.adalah hari pembentukan MALAYSIA. Bilamana dengan pembentukan Malaysia ini nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU dengan sendirinya dilupakan, dan secara moralnya orang -orang Melayu sudah tiada tanah lagi, yang ada hanya negara MALAYSIA. Itu sebab al juburi wal yahudi kata, ”negara ini cina yang punya, negara ini india yang punya , negara ini bukan melayu yang punya”.
Program yang hendak di buat adalah program berhibur dan bergembira dengan kehilangan TANAH MELAYU !!!!!!!!!.
Mana program memperingati hari kemerdekaan?. Mana perutusan Hari Kemerdekaan? Ya mungkin ada pembaca yang mengatakan hari Kemerdekaan jatuh pada bulan puasa tak boleh sambut besar-besaran kerana menghormati bulan puasa dan sebagainya, ye aku setuju, malah aku juga tak setuju sambutan hari kemerdekaan di buat berlebih-lebihan termasuklah program count down, konsert ambang merdeka, bakar duit dengan mercun dan bunga api, cukuplah sekadar program ritual seperti doa, tahlil dan doa selamat malamnya dan paginya hanya perarakan.
Tapi kalau KM Penang nak buat pun aku rasa tak semestinya pada tarikh 31 Ogos tu, mungkin kalau betul-betul nak buat boleh buat tarikh lain iaitu 25hb.Sept, seperti tarikh yang di nyatakan dan programnya jadi ”in conjunction with Merdeka Day celebrations.” ATAU ” IN CONJUNCTION WITH MERDEKA AND MALAYSIA DAY CELEBRATIONS.”
Mereka yang Arif dan di beri kuasa untuk mempastikan keamanan dan kesejahteraan negara, silalah lihat perkara ini dengan serius. Hari ini segalanya mungkin tak nampak tetapi akan datang ianya akan menjadi virus yang memusnahkan sebuah Negara Bangsa.Bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur. Siapa makan Nasi, Siapa makan bubur?
Orang-orang Melayu khasnya rakyat Pulau Pinang Fikir-fikirkan lah......jangan anda juga mempunyai saham menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan