Selasa, 29 Mei 2012

JANJI DAP - HAPUSKAN HAK MELAYU.

DAP bersama sama dengan PKR dan PAS berkerja keras untuk menghapuskan keistimewaan MELAYU. Jika BN kalah tiada lagi keistemewaan anak bangsa yang selama ini mereka nikmati.

 1. Anak Melayu dapat Biasiswa melanjutkan pelajaran keluar negara
nilai est; ( RM400,000) DAH BERATUS RIBU PELAJAR MELAYU KERAJAAN
BN HANTAR KELUAR NEGARA.
2. Sekolah Asrama Penuh untuk anak melayu hampir 90%.
3. MRSM untuk anak melayu 100%
4. Amanah Saham Bumiputra 100% untuk melayu sahaja
5. discount beli rumah (7%-10%) untuk melayu saja.
6. Kontral kelas F untuk melayu sahaja 100%.
7. Kontrak dan tender khas untuk bumiputra sahaja 100%.
8. Kontrak /tender harga 10% previlage untuk kontraktor
Melayu berbanding bukan melayu. ( Dasar kerajaan nak bantu melayu).
9. Masuk Universiti UiTM untuk bumiputra sahaja. 100%
yuran yang sangat rendah, hampir percuma.
10. Koata Melayu untuk penempatan Universiti awam.
11. Yuran Universiti Awam yang terlalu rendah, kalau IPTS yuran
est RM20,000--RM30,000 setahun.
berapa ramai orang melayu mampu hantar anak ke IPTS ini?
12. Buat institute untuk Melayu,
a. ILP, b. Politeknik, c. IKBN, d. Giat MARA. e. MSI. f. JMTI, g. BMI,
h. IKM, i. YPM, dan macam macam lagi semua untuk melayu.
13. Bantuan pembiayaan kewangan MARA, CGC untuk peniaga Melayu.
14. Macam macam lagi bantuan lain untuk orang orang kampung, TEKUN,
dan sebagainya.
15. Membena banyak Masjid dan Surau seluruh negara.
16.Naikkan elaun untuk Imam-Imam RM750 seluruh negara.
17.Naikkan elaun guru-guru Kafa RM 800,
18.Naikkan elaun ke RM100 untuk guru guru takmir
19.Naikkan Elaun Pengerusi JKK ke RM800.

REKOD SURIRUMAH PALING KAYA DI MALAYSIA


Semasa zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, surirumah ini di beritakan mempunyai kekayaan berupa wang di dalam akaun sebanyak lebih RM 7 juta ringgit tidak termasuk harta tetap yang lain. wow Kaya sungguh..

KDN PERLU UBAH PARADIGMA

Menarik untuk bincangkan dan di realiasasikan, tapi adakah pasukan think-tank kerajaan sedia ada dan pembuat dasar mampu melihat perkara ini sebagai satu subjek yang penting?.


Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Tan Sri Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, model pembangunan negara sekarang ketinggalan 150 tahun ke belakang kerana dalam banyak bidang kita hanya menumpukan soal menyelesaikan masalah yang timbul (countermeasure) bukan bagaimana mengelak masalah itu dari berlaku (Preventive). Beliau mengambil contoh bidang  kesihatan, Kerajaan banyak menghabiskan perbelanjaan untuk menyediakan Hospital-hospital untuk merawat penyakit tetapi kurang dalam meluaskan penyampaian kesihatan kepada semua peringkat masyarakat, dengan menjalankan promosi gaya hidup sihat bagi  meningkatkan kesihatan serta pencegahan penyakit.

Menariknya jika pandangan Datuk Dzulkifli ini di lihat dalam konteks perhimpunan Bersih 1,2 & 3. Kerajaan di lihat seolah-olah lebih selesa menyelesaikan masalah yang telah berlaku akibat ketiga-tiga demonstrasi bersih itu daripada mencegah berlakunya PEMBERONTAKKAN Bersih 1,2 & 3. Jika kerajaan dari awal bertindak tegas terhadap penganjur perhimpunan Bersih itu maka sudah pasti tidak akan ada Bersih 2 & Bersih 3 yang memburukkan negara di mata dunia.

Persoalannya mampukan menteri yang bertanggungjwab melakukan tindakkan pencegahan (preventive)? Lebih -lebih lagi setelah akta ISA di mansuhkan, Tanya menteri KDN.

Ahad, 20 Mei 2012

DASAR NEGARA SELEPAS PAKATAN PEMBANGKANG BERKUASA?

Mana-mana pengundi yang memberi undi kepada Pakatan Pembangkang pada PRU 13, bermakna mereka menghalalkan semua dasar dan kemahuan Pakatan Pembangkang untuk. 
1. Melaksanakan tuntutan IFC 
2. Mengiktiraf negara Israel 
3. Meminda perlembagaan terhadap perkara berkaitan LBGT yang di katakan dah lapuk. 
4. Tidak mengizinkan agama Islam sebagai agama Persekutuan
5. Hak keistemewaan orang melayu di mansuhkan 
6. Tiada lagi negera berparlimen Raja berpelembagaan di ganti dengan Republik. 
6.Isu murtad tidak boleh di bangkitkan. 
7. Negara mengikut telunjuk yahudi. 
8. Perkahwinan sejenis tidak menjadi kesalahan 
9. Pemimpin tidak bermoral di lantik jadi PM. 
10. Hal ehwal agama islam akan di jaga oleh bukan ahlinya.

Sabtu, 19 Mei 2012

LAGI BUKTI NIK AZIZ NYANYUK

Hujan tidak, Ribut tidak tetiba Rabu lalu Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO. Terus di sambut golongan Awarinas dalam PAS sebagai taktik UMNO nak laga-lagakan pakatan pembangkang, inilah bangangnya pemimpin PAS yang buka mulut Nik Aziz tapi UMNO di persalahkan.

Hari ini Mudalilul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat yang satu masa dulu kata Nabi Muhammad S.A.W masa kecilnya sama seperti mamat-mamat lain di kampung-kampung, mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. "UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan,".

Pening betul lah Nik Aziz nie, dah nyanyuk gamaknya.Baru nak ber muzakarah dah nak mintak UMNO masuk PAS, dah nak mintak UMNO terima pakatan. Bahalol betul. Kalau niat ikhlas buatlah muzakarah betul-betul cara Islam rungkaikan titik persamaan antara PAS dan UMNO, buangkan titik perbezaan kalau ikhlas nak tengok orang melayu Islam bersatu sebagai Ummah. 


SAY NO TO LGBT

Tahniah kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung.

Beliau berkata Manji, 48, akan datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk "Islam, Liberty and Love" yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian."Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini,"

Manji merupakan seorang muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa. Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk "The Trouble With Islam Today" yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel "The Satanic Verses", Salman Rushdie. - BERNAMA

Jumaat, 18 Mei 2012

INGATAN UNTUK BANGSA MELAYU

.
Banyak kebenaran tentang apa yang di perkatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr.Mahathir bin Mohamad tentang sikap orang cina di Malaysia hari ini, menurut Tun M, pengaruh kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina menjadi penghalang kepada orang cina lain untuk sokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

OrangMelayu Islam tak kira fahaman politik apa pun kena baca dan faham ulasan Tun Mahathir di bawah

Ditanya mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap MCA yang dilihat berkurangan, Mahathir memberitahu, kaum tersebut merasakan undi mereka menjadi penentu kemenangan kepada BN.
 
"Itu adalah sifat yang ada pada mereka. Kalau Pulau Pinang boleh dikuasai Cina, kenapa tidak tempat lain. Justeru, sekiranya undi orang Melayu pecah tiga, undi Cina menjadi penentu dan kesedaran itu mereka mahu memainkan peranan lebih besar,"

Rabu, 9 Mei 2012

CULIK KETUA WANITA UNTUK JADI CALON?

Ketua Wanita MIC Pasir Gudang , K.Sundari di lapurkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut.

Sundari mendakwa penculik berkenaan yang disertai dua lagi wanita dan seorang lelaki memaksanya menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di atas tiga keping kertas bersaiz A4 selain mengambil wang tunai RM170 daripadanya. Menurut Sundari lagi tujuan penculikannya adalah untuk memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua Wanita MIC Pasir Gudang.

Apa lah punya pariah orang yang menculik, merancang dan mengarah culik itu. Apa yang susah sangat kalau nak suruh dia letak jawatan pun buat lah undi tak percaya ke, AGM tergempar ke, apa lah punya bodoh. Takut KSundari jadi saingan untuk menggantikan  MM Samy di DUN Permas ke?.

Janganlah wujudkan budaya samseng untuk menjadi wakil rakyat. Apa pun aku tak nak ulas panjang-panjang biarlah Pihak Polis jalankan siasatan. Tentu K.Sundari boleh namakan musuh-musuh politiknya atau orang yang selalu mengancamnya supaya letak jawatan. Rasakan lah kau nanti.

Selasa, 1 Mei 2012

NASIB TENAGA PENGAJAR SEK. AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TERBELA

PAS Johor Khasnya dan PAS pusat amnya terkunci mulut dengan usaha berterusan dan Istiqamah seorang wakil Rakyat dari UMNO untuk memperkasakan Institusi pendidikan Agama Islam di Negeri Johor. Bukti yang menunjukkan perjuangan Islam UMNO lebih baik dari PAS, UMNO berusaha berterusan untuk memperbaiki Syariat demi untuk Syiar Islam berbeza dengan PAS yang hanya melaungkan Syiar Islam tanpa usaha-usaha untuk memertabatkan syariat Islam terlebih dahulu.

Datuk Zainal Abidin Othman (Adun Endau) yang juga Exco Agama Islam Negeri Johor dalam komennya berkenaan 426 orang guru agama negeri Johor yang di serap ke gred GDA 29 yang di siarkan akhbar Berita Harian , memberitahu bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak pernah meminggirkan tenaga pengajar atau guru-guru Agama Islam kerajaan Johor malah sentiasa menjaga kebajikan mereka. Antara yg dilaksanakan: 1) menghantar 1,500 guru yg memenuhi kelayakkan ke Instutut Perguruan samada milik KPM/UTM untuk mendapatkan Diploma Pendidikan. Dengan demikian, mereka layak mendapat gaji ikut tahap Diploma. 2) Kerajaan telah bersetuju melaksanakan sistem kenaikkan pangkat menggunakan konsep 'time-based'. Justeru, setelah berkhidmat 10 tahun berpeluang naik pangkat. 3) Guru2 yg mengajar di pendalaman/pulau menerima elaun tambahan sehingga RM1,000. Inilah Kerajaan Kebajikan yg baik yang menjaga kebajikan guru yg mencurahkan bakti kepada anak bangsa.

Menurut beliau lagi, bukan sahaja guru-guru sekolah agama kerajaan Johor, guru-guru dan sekolah SAR juga dibantu samada melalui Majlis Agama Islam Johor atau Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Kita sedang berusaha, sekiranya dapat izin untuk mendaftar sekolah rakyat dengan KPM melalui Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK). Sekiranya berjaya, ini satu lagi pembelaan kepada SAR dimana mereka iaitu sekolah, guru dan murid akan memperolehi segala kemudahan yg di nikmati oleh sekolah dibawah KPM.

Masalah sekolah Agama negeri Johor ini pernah di keluarkan dalam blog ini Memperkasa Sek.Agama Negeri Johor

LAGI TROJAN HORSE DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

MPG nak ucapkan tahniah kepada Presiden UMNO dan seluruh kepimpinannya kerana berjaya meletakkan seekor lagi "TROJAN HORSE" kedalam kandang Pakatan Pembangkang.

Kehadiran Abdul Kadir Sheikh Fadzil di harapkan dapat menggantikan tempat Zahid Ibrahim, Mantan Menteri Penerangan semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi ini di harapkan dapat memberi penerangan kepada semua pengikut Pakatan Pembangkang apa yang telah kerajaan BN buat selama ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir sedih dengan sandiwara politik Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang memilih berada di pentas pembangkang untuk mengkritik kerajaan. Musa yang juga adik kepada Abdul Kadir menyelar sikap abangnya yang pandai berdolak-dalik semata-mata untuk menyokong pembangkang dan memburukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wahai Musa, hang tok sah lah nak risau kat abang hang tu....dia warga tua yang dah puas hidup selesa sekarang masanya dia nak balas jasa UMNO dan BN biarlah dia duduk dalam Pakatan Pembangkang tu, mesti ada sesuatu yang akan dia lakukan nanti.