Rabu, 9 Mei 2012

CULIK KETUA WANITA UNTUK JADI CALON?

Ketua Wanita MIC Pasir Gudang , K.Sundari di lapurkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut.

Sundari mendakwa penculik berkenaan yang disertai dua lagi wanita dan seorang lelaki memaksanya menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di atas tiga keping kertas bersaiz A4 selain mengambil wang tunai RM170 daripadanya. Menurut Sundari lagi tujuan penculikannya adalah untuk memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua Wanita MIC Pasir Gudang.

Apa lah punya pariah orang yang menculik, merancang dan mengarah culik itu. Apa yang susah sangat kalau nak suruh dia letak jawatan pun buat lah undi tak percaya ke, AGM tergempar ke, apa lah punya bodoh. Takut KSundari jadi saingan untuk menggantikan  MM Samy di DUN Permas ke?.

Janganlah wujudkan budaya samseng untuk menjadi wakil rakyat. Apa pun aku tak nak ulas panjang-panjang biarlah Pihak Polis jalankan siasatan. Tentu K.Sundari boleh namakan musuh-musuh politiknya atau orang yang selalu mengancamnya supaya letak jawatan. Rasakan lah kau nanti.

Tiada ulasan: