Menarik untuk bincangkan dan di realiasasikan, tapi adakah pasukan think-tank kerajaan sedia ada dan pembuat dasar mampu melihat perkara ini sebagai satu subjek yang penting?.
Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Tan Sri Prof.
Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, model pembangunan negara sekarang
ketinggalan 150 tahun ke belakang kerana dalam banyak bidang kita hanya menumpukan soal menyelesaikan masalah yang timbul (countermeasure) bukan bagaimana mengelak masalah itu dari berlaku (Preventive). Beliau mengambil contoh bidang kesihatan, Kerajaan banyak menghabiskan perbelanjaan untuk menyediakan Hospital-hospital untuk merawat penyakit tetapi kurang dalam meluaskan penyampaian kesihatan kepada semua
peringkat masyarakat, dengan menjalankan promosi gaya hidup sihat bagi
meningkatkan kesihatan serta pencegahan penyakit.
Menariknya jika pandangan Datuk Dzulkifli ini di lihat dalam konteks perhimpunan Bersih 1,2 & 3. Kerajaan di lihat seolah-olah lebih selesa menyelesaikan masalah yang telah berlaku akibat ketiga-tiga demonstrasi bersih itu daripada mencegah berlakunya PEMBERONTAKKAN Bersih 1,2 & 3. Jika kerajaan dari awal bertindak tegas terhadap penganjur perhimpunan Bersih itu maka sudah pasti tidak akan ada Bersih 2 & Bersih 3 yang memburukkan negara di mata dunia.
Persoalannya mampukan menteri yang bertanggungjwab melakukan tindakkan pencegahan (preventive)? Lebih -lebih lagi setelah akta ISA di mansuhkan, Tanya menteri KDN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan