Selasa, 1 Mei 2012

LAGI TROJAN HORSE DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

MPG nak ucapkan tahniah kepada Presiden UMNO dan seluruh kepimpinannya kerana berjaya meletakkan seekor lagi "TROJAN HORSE" kedalam kandang Pakatan Pembangkang.

Kehadiran Abdul Kadir Sheikh Fadzil di harapkan dapat menggantikan tempat Zahid Ibrahim, Mantan Menteri Penerangan semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi ini di harapkan dapat memberi penerangan kepada semua pengikut Pakatan Pembangkang apa yang telah kerajaan BN buat selama ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir sedih dengan sandiwara politik Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang memilih berada di pentas pembangkang untuk mengkritik kerajaan. Musa yang juga adik kepada Abdul Kadir menyelar sikap abangnya yang pandai berdolak-dalik semata-mata untuk menyokong pembangkang dan memburukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wahai Musa, hang tok sah lah nak risau kat abang hang tu....dia warga tua yang dah puas hidup selesa sekarang masanya dia nak balas jasa UMNO dan BN biarlah dia duduk dalam Pakatan Pembangkang tu, mesti ada sesuatu yang akan dia lakukan nanti.


Tiada ulasan: