Isnin, 31 Oktober 2011

CEROBOH RUANG UDARA, KP NEGERI SURUH LAPOR PADA KP BAHAGIAN

Isu pencerobohan pesawat pejuang Singapura di ruang udara Malaysia terutama kawasan IRDA kedengaran lagi, Seminggu lepas di laporkan pencerobohan itu berlaku hampir 1 jam sekali dengan setiap penerbangan akan melibatkan 2 buah pesawat bermakna dalam satu hari dari 8 pagi hingga 5 petang ada tidak kurang  10 kali penerbangan yang melibatkan 20 buah jet pejuang singapura terbang rendah dalam ruang udara kawasan IRDA. Selang dua hari kemudian di laporkan lebih 8 kali penerbangan melibatkan 16 buah pesawat dan hari ini di catitkan dari jam 8.15 pagi hingga 10.45 pagi sebanyak 5 kali penerbangan yang melibatkan 13 buah jet pejuang Singapura telah menceroboh ruang udara Malaysia.

Di fahamkan juga setiap kali berlaku pencerobohan perkara itu telah di laporkan terus kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor untuk tindakkan yang cekap dan pantas. Laporan kali pertama melalui SMS di balas dengan tahniah dan meminta melapurkan lagi jika berlaku pencerobohan, Laporan kedua juga di balas dengan ucapan terima kasih. Hari ini laporan di buat lagi kepada KETUA PEMUDA NEGERI dengan niat yang sama iaitu atas kapasiti beliau selaku KETUA PEMUDA NEGERI mungkin tindakkan lebih cekap dan pantas dapat di buat untuk menghentikan pencerobohan itu. MALANGNYA laporan hari ini di balas dengan "Wslm,sy dah fwd pd KP Pasir Gudang (Rohazam) utk buat sesuatu.0133360188.Sekiranya ada maklumat lg minta berhubung dgn beliau ye.tk." hebat betul KETUA PEMUDA NEGERI menyelesaikan masalah.

Kekadang aku rasakan membazir masa dan kredit aje laporkan perkara-perkara nie pada orang besar-besar di atas tu, kalau sekadar lapor kat KP bahagian aje, (maaf bukan mengecilkan atau membelakangi KP Bahagian) apa sangat dia boleh lakukan?. Boleh ke dia kedepan mengadap Menteri Pertahanan atau Wisma Putra nanti tak ke di katakan membelakangi KP Negeri?. Ini bukan masalah bahagian, nie masalah negeri cik abang ooiiiii.... Kami ikan bilis yang melata kat bawah nie beriya-iya melaporkan setiap pencerobohan kerana sayang kan negara , kerana mempertahankan kedaulatan negara, awak sebagai KETUA PEMUDA NEGERI hanya mampu membalas SMS macam tu aje........jadi muzium UMNO ajelah Johor nie akan datang kalau pemimpin muda negeri macam nie.

Jumaat, 28 Oktober 2011

LAPORAN AUDIT NEGARA LEMASKAN PEKAKAS PEMBANGKANG DALAM KERAJAAN BN

Tahniah kepada kerajaan BN yang berani membuat pendedahan laporan audit negara  2010 kepada umum, inilah corak pemerintahan yang mengamalkan dasar telus, amanah dan bertanggungjawab.
Moga dengan pendedahan oleh pikak jabatan audit negara akan membuka mata dan mengerakkan  pihak  SPRM untuk mengenalpasti dan mengheret individu-individu dalam jabatan,agensi dan kementerian yang berkaitan ke muka pengadilan. Nyah kan mereka dari menjadi kakitangan awam, mereka tidak amanah, mereka tidak membantu membina negara, mereka adalah petualang, mereka adalah agen pembangkang yang mahu memusnahkan negara. Mereka ini pekakas pembangkang di dalam kerajaan.
 

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempertimbang untuk memanggil sekurang-kurangnya tujuh kementerian dan agensi kerajaan bagi memberi penjelasan berhubung kelemahan pentadbiran kewangan masing-masing seperti yang dicadangkan Jabatan Audit Negara. Tujuh kementerian dan agensi yang akan dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut ialah Terminal Makan Negara (TEMAN) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KementerianPengangkutan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Stadium Nasional.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata, secara keseluruhan prestasi pentadbiran kewangan dan pengurusan dalam kerajaan bertambah baik berbanding tahun terdahulu. "Sebanyak 43 kementerian dan agensi termasuk di peringkat negeri mendapat penilaian empat bintang, 60 kementerian dan jabatan mendapat tiga bintang dan dua kementerian mendapat dua bintang.

"Tak ada satu pun kementerian atau jabatan yang dapat bintang merah iaitu di bawah 49 peratus," katanya.


Ahad, 23 Oktober 2011

DILEMA HASSAN ALI DALAM PAS - LAKONAN YANG MEMUDARATKAN PAS

Seksa sangat ke, susah sangat ke nak perjuangkan Aqidah umat dan isu murtad dalam PAS. Kesian aku tengok Hassan Ali yang terpaksa meminta juruacara majlis umumkan bahawa kehadiran beliau ke perhimpunan sejuta ummat (HIMPUN) semalam 22hb.Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, terpaksa meninggalkan title YB nya, terpaksa meninggalkan keahlian PAS nya semata-mata untuk bersama-sama dalam HIMPUN.

Pemimpin PAS kalau nak selamatkan aqidah ummat Islam dari di murtadkan kena buat macam tu ke, Jadi apakah yang selama ini PAS perjuangkan?. Kalau soal Islam tidak boleh di bawa dalam PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, maka wajarlah nama parti itu di tukar aje lebih-lebih lagi PAS pun dah berkiblatkan kepada Negara berkebajikan bukan lagi Negara Islam.

Apapun tahniah lah Hassan Ali kerana di beri hidayah untuk hadir juga, Bukti bahawa jawatan dalam parti tidak membataskan aqidah kamu, tetapi setakat berlakon 3 jam aje buat ape, jam seterusnya masih bersekongkol menyokong mereka yang menyokong murtad buat apa.
 
 HASSAN ALI DEMI AQIDAH KAMU, DEMI AGAMA KAMU, DEMI MARUAH KAMU, DAN DEMI UKWAH UMMAT....PISAHKAN LAH DIRI KAMU DARI PAS.

Selasa, 18 Oktober 2011

NEGARA KEBAJIKAN PAS MENJAHANAMKAN MALAYSIA

Presiden PAS dan ahli-ahli sekutu yang mengilhamkan negara kebajikan menggantikan Negara Islam sebenarnya adalah petualang yang menjahanam masa depan negara dan rakyat keseluruhannya, mereka semua tidak menggunakan akal dan tidak membuat kajian mendalam sebelum melontarkan idea jahanam itu.

Eropah terjerumus dalam krisis hutang akibat terlalu banyak memberi fokus kepada keselesaan dan faedah (Negara Kebajikan) kepada rakyat tanpa mengambil kira risiko-risiko jangka panjang. Ahli Majlis Penguasaan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof. Dr. Volker Nenhaus berkata, tumpuan yang melampau itu menyebabkan ekonomi sebenar Eropah menjadi tidak kompetitif dan akhirnya terjejas. Menurut beliau, pentadbiran ekonomi Eropah yang tidak mengenakan beban cukai kepada rakyatnya telah mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung bajet yang besar, sedangkan produktiviti rakyatnya semakin kurang.


''Memanglah sukar kerana di Eropah rakyatnya hanya memberi sumbangan kecil kepada cukai, bilangan penduduk juga terhenti menyebabkan produktiviti semakin menurun.''Kerajaan terpaksa menanggung beban dan inilah akibatnya yang melanda Eropah sekarang,'' katanya selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Peluang Bagi Kewangan Islam di Arab, Asia dan Eropah' di sini hari ini. Beliau yang juga Profesor Ekonomi di Universiti of Trier, Jerman berkata, negara-negara Eropah perlu mengelakkan keruntuhan bank-bank di negara itu kerana ia akan memburukkan keadaan sedia ada.

Sabtu, 15 Oktober 2011

NASIB TSU KOON PRESIDEN TANPA KERUSI PARLIMEN

Tangan yang menghayun buaian, mampu mengoncang dunia, itulah perumpaman melayu yang sesuai untuk mengambarkan betapa hebatnya ketua wanita Parti Gerakan  Datuk Tan Lian Hoe berucap ketika Persidangan Wanita Gerakan hari ini.Wanita Gerakan malu mempunyai Presiden seperti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon demikian ulasan dari Datuk Tan Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
  
Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang demi kepentingan parti."Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding," katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.

Anggota Parlimen Gerik itu turut berkata semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum. "Ini untuk survival kita, saya mahu sampaikan mesej kepada mereka supaya berundur, supaya parti kita boleh bangkit semula," katanya.


TSU KOON MEMANG SUDAH MENGANGOTAI KELAB PRESIDEN PARTI TANPA KERUSI PARLIMEN (KPPTKP). BERSAMA-SAMA PRESIDEN MCA DAN MIC.

Khamis, 13 Oktober 2011

NEGERI PEMBANGKANG TIDAK BERANI BUBAR DUN LEBIH AWAL

"Idah" PRU 12 hanya akan berakhir pada 24 April 2013, sehingga tarikh itu Negeri - Negeri yang di kuasai pakatan Pembangkang pasti tidak akan berani untuk membubarkan Dewan Undangan Negerinya kerana belum puas melahap hasil bumi negeri.

Sementara itu mantan PM,Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat Pilihan Raya Umum ke-13 elok diadakan pada tempoh yang paling hampir dengan tarikh mandat kerajaan sedia ada berakhir. Menurut bekas Perdana Menteri itu, ia bagi mengelakkan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi menumpukan kepada strategi pilihan raya di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

Kata Dr. Mahathir, kemungkinan itu tidak dapat ditolak kerana negeri-negeri dikuasai pembangkang berhak untuk membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing. "Parti lawan tak akan bubar empat negeri yang ada dalam tangan dan mereka tumpu pada negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan.
"Kalau diadakan pilihan raya dekat dengan 'idahnya' iaitu lima tahun, nak tak nak dia kena bubar jugalah.


Dr. Mahathir berkata, ilhamnya tidak sama dengan ilham orang lain dan apa yang beliau nampak mungkin orang lain dan kerajaan tidak nampak iaitu belum ada keperluan pilihan raya diadakan secara tergesa-gesa.
Ini kerana jelasnya, persiapan perlu dibuat sebelum pilihan raya seperti mengadakan ujian dan kaji selidik untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan selain perlu mengotakan janji-janji.

Rabu, 12 Oktober 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - TUNTUTAN MEMPERKASAKAN ISLAM

Prihatin dengan fenomena murtad dan usaha pihak tertentu memurtadkan umat Islam sebuah NGO Islam akan menjayakan program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadual diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober ini bermula pukul 2 hingga 6 petang.

Dalam Program tersebut para ilmuwan yang sebelum ini  sangat anti-Islam tetapi kemudiannya telah mendapat hidayah seperti Sheikh Yusuf Estes dari Amerika Syarikat (AS) dan Dr. Gary Miller yang nama Islamnya Abdul Ahad Omar dari Kanada di jemput untuk memberikan ceramah selain dari seorang pendakwah terkemuka dari Indonesia, Yusuf Mansur juga di jangka akan turut hadir.

Menurut jurucakap HIMPUN, NGO Islam itu akan membuat desakan supaya setiap negeri menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang yang melarang penyebaran agama lain kepada orang Islam. ''Kita juga mahu kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat mengambil berat resolusi Kongres Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Seluruh Malaysia baru-baru ini yang mahukan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini diperkukuhkan,'' tegasnya.


Dalam pada itu, katanya, penularan fenomena berkenaan juga berpunca daripada sikap orang Melayu yang hanya Islam pada nama tetapi tidak yakin dengan kebenaran agama yang dianuti mereka. Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Memang tidak dinafikan negara ini membenarkan kebebasan beragama tetapi adalah menjadi kesalahan apabila ada pihak yang cuba memurtadkan umat Islam. KDN perlu lebih proaktif dan tegas dalam menangani isu berkaitan agama itu termasuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar ia tidak menjadi lebih serius.

Isnin, 10 Oktober 2011

NIK AZIZ MASTERMIND PEMBERONTAKAN DALAM BN 1977

Antara Punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

1. Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3.Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4.Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6.Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan j awatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8.Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10.Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11.Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12.Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13.Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14.Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15.Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16.Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17.Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18.Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Sumber: http://www.mykmujohor.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=1476

Ahad, 9 Oktober 2011

PEMBANGKANG DULU LAIN, PEMBANGKANG SEKARANG LAIN

Dulu tuduh UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA & MIC, sekarang PAS berkawan dengan DAP.

Dulu tuduh UMNO tolak Ulama, sekarang PAS menolak Ustz Nasaruddin dan Ustaz Tuan IBrahim Tuan Man sebagai timbalan Presiden.

Dulu Hj.Hadi kata sebelum ayam habis berkokok hukum Hudud akan di tegakkan, sekarang dia kata hukum hudud hanya 0.0001 peratus kepentingannya.

Dulu kata Perlembagaan Persekutuan perlembagaan penjajah, sampai sekarang tak de perlembagaan alternatif malah berjanji nak kekalkan perlembagaan sedia ada.

Dulu kata UMNO rasuah, sekarang dah banyak bukti Pembangkang jauh lebih teruk rasuah bukan sahaja wang malah rasuah sex pun ada.

Dulu kata nak lelong Putrajaya tapi sekarang berebut mengidam nak takluk Putrajaya.

Dulu kata UMNO kroni sekarang berlambak anak beranak pegang jawatan besar dalam parti.

Dulu kata UMNO rakus, sekarang habis Selangor berlubang di kerjakan.

Dulu kata UMNO tolak Islam, sekarang hal yang wajib dalam Islam pun PAS menolak untuk lakukan.

Sabtu, 8 Oktober 2011

HUDUD - KETUA HAKIM SYARIE DEDAHKAN PEKONG PAS

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.


Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja.Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.


Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.
"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.

SIAPA SESAT ; SIAPA TOLAK ISLAM

Rabu, 5 Oktober 2011

DEMOKRASI ALA PAS

Isteri di cerai talak tiga, begitu sekali demokrasi dalam PAS, Isteri di jadikan bahan caturan dalam Politik.

MEREKA LEBIH KENAL SIAPA ANWAR

Selasa, 4 Oktober 2011

SALAH SIAPA. NIK AZIZ KE KARPAL SINGH? BILA PEMUKA PAS PUN TAK SETUJU HUDUD

 Nak tanya juak - juak PAS, Kafir kah mereka ini bila tidak bersetuju untuk melaksana hukum Hudud,di negeri masing-masing atau semua mereka ini dah masuk UMNO, atau mengkin mereka ini di bayar oleh UMNO untuk bercakap begitu?.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah):
''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.''

Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor):
''Kerajaan PKR Selangor tidak akan melaksanakan hudud.''

Salahuddin Ayob (Naib Presiden Pas):
''Isu pelaksanaan hudud hanya akan dibincangkan semula jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya! Tidak guna bercakap mengenai hudud sekarang. Lebih baik fokus kepada pilihan raya umum!''

Khalid Abdul Samad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor):
Pas tidak akan melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP dan PKR.''

Dzulkifly Ahmad (AJK Pas Pusat):
''Pakatan akan hancur jika terperangkap dengan isu hudud yang tidak penting buat masa ini! Lebih baik fokus kepada strategi memenangi pilihan raya.''

 Sumber : Utusan Malaysia.

Isnin, 3 Oktober 2011

PEMBANGKANG SERBA TAK KENA, UMNO TAK PANDAI AMBIL KESEMPATAN

Sejak kebelakangan nie segala tindak tanduk dan tutur kata pemimpin pembangkang senuanya serba tak kena. Bermula dengan cerita dongeng Mat Sabu, menabalakan Komunis sebagai pejuang kemerdekaan, di ikuti dengan drama Nik Aziz dengan Hudud ala PAS nya dan terbaharu Lim Guan Eng lidah bercabang dengan putar belitnya.

Semua senario itu menambah lagi kebencian rakyat terhadap pembangkang, mengurangkan lagi sokongan rakyat terhadap pembangkang. Tapi bagaimana pula tindakkan penyokong kerajaan dan Ahli UMNO memanipulasikan keadaan agar rakyat terus meninggalkan Pakatan Pembangkang? Adakah betul penyokong UMNO nie terutama ketua-ketua bahagian tak cakna dengan keadaan, mereka terlalu sibuk berangan nak jadi wakil rakyat ke?. Atau memang orang UMNO tak suka ambil kesempatan?.