Rabu, 12 Oktober 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - TUNTUTAN MEMPERKASAKAN ISLAM

Prihatin dengan fenomena murtad dan usaha pihak tertentu memurtadkan umat Islam sebuah NGO Islam akan menjayakan program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadual diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober ini bermula pukul 2 hingga 6 petang.

Dalam Program tersebut para ilmuwan yang sebelum ini  sangat anti-Islam tetapi kemudiannya telah mendapat hidayah seperti Sheikh Yusuf Estes dari Amerika Syarikat (AS) dan Dr. Gary Miller yang nama Islamnya Abdul Ahad Omar dari Kanada di jemput untuk memberikan ceramah selain dari seorang pendakwah terkemuka dari Indonesia, Yusuf Mansur juga di jangka akan turut hadir.

Menurut jurucakap HIMPUN, NGO Islam itu akan membuat desakan supaya setiap negeri menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang yang melarang penyebaran agama lain kepada orang Islam. ''Kita juga mahu kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat mengambil berat resolusi Kongres Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Seluruh Malaysia baru-baru ini yang mahukan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini diperkukuhkan,'' tegasnya.


Dalam pada itu, katanya, penularan fenomena berkenaan juga berpunca daripada sikap orang Melayu yang hanya Islam pada nama tetapi tidak yakin dengan kebenaran agama yang dianuti mereka. Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Memang tidak dinafikan negara ini membenarkan kebebasan beragama tetapi adalah menjadi kesalahan apabila ada pihak yang cuba memurtadkan umat Islam. KDN perlu lebih proaktif dan tegas dalam menangani isu berkaitan agama itu termasuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar ia tidak menjadi lebih serius.

Tiada ulasan: