Sabtu, 30 April 2011

SAMSOL ISKANDAR KETUA JAMAAH JAHILIAH PKR

Tindakakn AMK "mengotori" Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul adalah tindakkan sesat lagi menyesatkan tindakkan kaum Jahiliah yang menentang suruhan Allah dan menunjukkan mereka adalah golongan kafir kerana tidak merujuk kepada al Quran dan hadis apabila berbantah-bantah. Tindakkan mereka adalah untuk menafikan kebenaran  bagi mengelakkan pemimpin mereka di hukum .Desakkan AMK supaya Datuk Eskay tidak melakukan sumpah laknat sebaliknya petuduhan Qazaf di lakukan adalah satu jerat kepada datuk eskay kerana;

ERTI QAZAF ITU IALAH:
Melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

Sedangkan tujuan Datuk eskay bersumpah bukan nak tuduh Anwar Ibrahim berzina sebaliknya dia bersumpah nak membuktikan bahawa pelaku sex dalam video itu adalah Anwar Ibrahim. Nampaknya Eskay lagi cerdik dari Samsol Iskandar penyesat AMK.

Lagi maklumat pasal qazaf.
PEMBAHAGIAN QAZAF
1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,
dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq". (Surah An- Nur ayat 4)

Tiada ulasan: