Rabu, 6 April 2011

ANWAR KLIMAKS KAT SARAWAK

Kepuasan teramat sangat bagi ketua Umum PKR apabila kesemua calon PKR Sarawak dalam PRU Sarawak ke 10 di sahkan layak betanding. Seramai 49 calon di kemukakan untuk merampas Negeri Sarawak. Hairannya satu-satunya calon PKR yang menang pada PRU Sarawak ke 9 iaitu Dominique Ng di singkirkan dari senarai calon.

PKR berharap sangat untuk menang di Sarawak dan dapat menabalkan Baru Bian sebagai ketua Menteri yang baru. Rakyat Sarawak wajar menolak parti dari Semenanjung yang hanya datang demi kepentingan peribadi bukan untuk menolong rakyat. Tolak PKR, tolak PAS tolak DAP. Kehadiran PKR di 49 DUN hanya untuk menghidupkan sisa politik Anwar. Bukalah mata wahai pengundi di Sarawak, lihatlah betapa ramai pemimpin kanan PKR telah keluar parti semata-mata sedar bahawa perjuangan PKR bukan untuk rakyat tapi lebih untuk survival Anwar Ibrahim.

Bukalah mata wahai pengundi di Sarawak bagaimana busuknya demokrasi dalam PKR, hanya mereka yang menyokong dan mendatangkan keuntungan buat Anwar Ibrahim sahaja yang menang jawatan peringkat bahagian dan kebangsaan. Dan ini juga yang berlaku kepada Dominique Ng. Orang sendiri boleh di permain dan di tipu hidup-hidup.

MPG berdoa agar 16hb.April 2011 nanti, pengundi Sarawak dapat membuat keputusan dengan bijak dengan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional Sarawak.

Tiada ulasan: