Isnin, 11 April 2011

JADUAL LAWATAN MB JOHOR KE PARLIMEN PASIR GUDANG

Bagi pihak seluruh penduduk di kawasan Parlimen Pasir Gudang MPG ingin mengucapkan selamat datang kepada YAB Menteri Besar Johor. Semoga dengan kunjungan YAB kali ini memberi harapan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN Negeri amnya dan UMNO khasnya.

Kedatangan YAB memang di tungu-tungu oleh penduduk, kerana percaya dan yakin hanya MB yang mampu untuk menyelesaikan masalah serta menunaikan janji.

Program lawatan bermula kira-kira jam 8.30 pagi, 12/04/2011 dengan MB bertemu rakyat di Dewan Raya Taman Cendana, selepas itu YAB Menteri Besar akan ke Tokong Leng Suah Chee Bandar Seri Alam beramah mesra dengan penduduk keturunan tionghua.,seterusnya meninjau Bandar Permas Jaya dan akhir sekali bertemu penduduk Kg.Rumah 10 untuk jamuan makan tengahari dan bersolat zohor di Surau kampung.

Oleh kerana YAB Menteri Besar datang atas urusan kerja,jadi tak payahlah kita berhenti kerja atau cuti dari kerja atau ponteng kerja. Tapi barang siapa yang tak de kerja atau dah mohon cuti kerja atau saja nak cari kerja jemputlah beramai-ramai menyambut kedatangan MB kesayangan ini dan jangan lupa rakamkan apa yang di janjikan.

Tiada ulasan: