MPG mempelawa rakan-rakan pengunjung blog ini agar dapat membaca kenyataan yang di tulis oleh Ummi Hafild Binti Ali. Bahawa seseungguhnya tulisan ini bukan fitnah tetapi kenyataan yang mesti di terima oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini.
Tahniah MPG ucapkan kepada Ummi kerana muncul dengan pendedahan-pendedahan yang selama ini tidak di ketahui oleh rakyat. Suatu yang amat pelik kerana tulisan Ummi sejak awal lagi di dalam blognya Srikandi 7.blogspot.com tidak pernah di ambil tindakkan saman oleh Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya yang memang cukup terkenal dengan ancaman samannya. Tetapi kali ini tidak pula kedengaran ancaman itu terhadap Ummi sepertimana tidak kedengarannya sumpah muhabalah untuk menafikan perbuatan liwatnya. KLIK SINI UNTUK PENDERAHAN UMMI
'Ummi Hafilda berkata benar'
KUALA LUMPUR 12 Dis. - "Semua itu benar." Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda sememangnya tidak boleh disangkal kerana segala fakta yang diberikan bukannya suatu pembohongan atau konspirasi.
"Bagi saya, apa yang Ummi Hafilda katakan itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya termasuk abangnya, Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Justeru, saya cabar 3A iaitu Anwar, Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin supaya menjawab kenyataan itu.
"Jangan jadi pengecut. Rakyat perlu tahu. Jangan berlakon lagi,'' katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan