Esok secara rasmi SPR akan membuka gelangang kempen kepada parti-parti yang bertanding di DUN Tenang bagi membolehkan pengundi DUN Tenang memilih wakil rakyatnya. Kempen yang di benarkan sehingga tengahmalam 29/1/2011 itu pastinya akan menjadikan DUN Tenang tidak lagi Tenang seperti sebelumnya pastinya setiap malam ada sahaja kempen dan ceramah di adakan.
Sebagai sebuah Negara yang mempunyai peraturan dan perlembagaan, MPG ingin sekali melihat Suruhanjaya Pilihanraya benar-benar menjalankan tanggungjawab dan tugasnya bagi mendaulatkan peraturan dan undang-undang AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA (AKTA 5) PERKARA 24B(4). Jika sebelum penamaan calon SPR menunding jari kepada pihak Majlis Tempatan dan Polis kerana gagal menghalang atau merampas bendara, kain rentang, dan lambang parti politik yang tidak bertanding di pasang, di tampal, di gantung di jalan-jalan dan di tempat awam.
a). memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihanraya Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pegawai Pilihanraya Negeri itu; dan
b). telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.
Jadi, SPR apa lagi.....jalankanlah tanggungjawab dan amanah yang di berikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan