Khamis, 22 Ogos 2013

JANJI PUTERA

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak meletakkan sebarang harapan terhadap skuad Johor Darul Takzim (DT) dalam saingan Piala Malaysia, musim ini.

Baginya perjuangan Harimau Selatan sudah berakhir selepas gagal menjuarai Piala FA dan hanya mampu seri 1-1 dengan Selangor pada saingan Liga Super, iaitu aksi penentu untuk layak ke Piala AFC, musim depan.

“Saya akui silap ketika membentuk skuad Johor DT mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Saya berjanji untuk melakukan perubahan struktur bagi memantapkan skuad itu menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Tiada ulasan: