Sabtu, 24 Ogos 2013

HISHAMUDDIN BAKAL ALAMI NASIB SAMA MACAM FUAD ZARKASI?.

Buat kesekian kalinya perjalanan politik cucu Dato' Onn bin Jaafar ini menjadi mudah, bila badan perhubungan UMNO negeri telah memutuskan untuk tidak menghantar sesiapa pun menyaingi Hishamudin Keris mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO pada Persidangan Agung UMNO (PAU) hujung tahun ini. Berita ini sudah tentu sangat mengembirakan ahli politik yang juga di kenali sebagai "aristokrat" golongan bangsawan ini.

Inilah indahnya mufakat Johor. berbeza dengan Persidangan Agung terdahulu bilamana UMNO Johor mempertaruhkan 3 nama besar untuk jawatan Naib Presiden iaitu, Datuk Syed Hamid Alba, Datuk Seri Khaled Nordin dan Hishamuddin sendiri.

Pun begitu MPG ingin mengingatkan Hisham @ menteri amaran @ lembik, janganlah rasa selamat sangat sebab tiada persaingan dari negeri sendiri, ingatlah dan belajarlah dari Datuk Fuad Zarkasi mantan Ahli Parlimen Batu Pahat, apabila Fuad zarkasi benar-benar di mandikan orang sendiri pada PRU 13 lepas, bilamana semua DUN dalam Parlimen Batu Pahat di menangi UMNO/BN. Parlimen pula jatuh kepada PKR.

Tiada ulasan: