Rabu, 4 April 2012

JOHOR BAKAL ADA 3 MENTERI BESAR

Satu rekod dunia akan tercatat di Negeri Johor bilamana selepas PRU 13 Negeri ini akan mempunyai 3 Menteri Besar. Tak percaya?

Kenapa kau orang tak percaya, kau orang tak percaya pada amanat Hj.Hadi ke?
"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya Melayu yang beragama Islam akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika pembangkang berjaya merampas negeri itu".
Kau orang tak tahu ke dengan hanya bertanding 28 kerusi DUN (kurang 2 kerusi dari PRU 12) daripada 56 kerusi DUN keseluruhan dan dengan memanggil balik anak gelandangannya Salahuddin Ayob @ Din puduraya dari parlimen Kubang Krian kerusi Menteri Besar akan di isi oleh Orang PAS?.

DAP pula mempertaruhkan Dr.Boo Cheng Hau ADUN Sekudai sebagai ayam tambatan untuk menambat kerusi MB, kecoh sedikit masa dulu DAP dan PKR bergaduh berebut Kurusi DUN Negeri Johor kerana masing-masing percaya mereka boleh jadi MB.

PKR pula tidak melepaskan peluang untuk merebut kerusi MB dengan melacurkan bekas menteri kesihatan yang tidak berapa sihat akalnya untuk merebut kerusi menteri besar seterusnya bersamayan di Saujana. Chua Jui Meng di jangka bertanding di kawasan DUN Johor Jaya, pengerusi PKR Negeri yang di lantik bukan di pilih ini mempunyai angan-angan yang terlalu besar untuk kuasai Negeri Johor dengan isu-isu lapuk beliau mempengaruhi pengundi cina agar derhaka kepada ketuanan Melayu di Johor.

Nampaknya kalau benar Pembangkang menguasai DUN Negeri Johor maka sudah pasti Rakyat negeri Johor akan mendapat 3 Menteri Besar sekali gus.....yahooooo.

Tiada ulasan: