Khamis, 19 April 2012

PRU 13 BAKAL MENGUJI KESETIAAN MASYARAKAT CINA DI JOHOR

BN Johor akan menerima serangan hebat dari DAP dalam PRU 13 akan datang, DAP akan bertanding dan merampas semua kerusi yang di menangi oleh MCA samada kerusi DUN atau Parlimen, selain dari mengekalkan kerusi yang di menanginya dalam PRU 12 yang lepas.




Lim Kit Siang akan menjadi pemusnah untuk masuk ke kawasan kubu kuat MCA di Johor. Lim Kit Siang akan dicalonkan di kawasan kubu kuat MCA, iaitu sama ada di kawasan Kulai ataupun di kawasan Labis, Manakala Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mungkin akan di tempatkan di Parlimen Segamat (DAP tewas di kerusi ini pada PRU 12 dengan majoriti 2991 undi di tangan MIC) dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching akan di letakkan di Parlimen Kluang.

Menurut sumber lagi, 10 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor akan di tandingi dan akan di rampas DAP ialah P.140:Segamat, P.142 : Labis, P.145 :Bakri (kekal), P.148: Ayer Hitam, P.151:Simpang Renggam, P.152:Kluang, P. 158: Tebrau, P.162:Gelang Patah, P.163:Kulai,  dan P.165:Tanjong Piai.

Manakala 17 daripada 56 kerusi DUN Johor pula ialah, N.2: Jementah,N.3:Pemanis,N.6.Bekok,N.10: Tangkak (dlm PRU 12 DAP tewas kpd MCA dengan majoriti 295 undi).N.12: Bentayan (kekal), N.19:Yong Peng,N.23: Penggaram (dlm PRU 12 DAP tewas kpd MCA dengan majoriti 575 undi). N.28:Mengkibol (kekal),N.30: Paloh, N.42: Johor Jaya, N.45:Stulang, N.46: Pengkalan Rinting, N.48: Skudai (kekal), N.51 Bukit Batu, N.52: Senai(kekal), dan N.54: Pulai Sebatang.




Tiada ulasan: