Presiden JUST (The International Movement for a Just World), Profesor Dr. Chandra Muzaffar, menegaskan bahawa pilihan raya umum bukan bahan apologetik apatah lagi dalam konteks Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia, ia telah terbukti berlangsung dalam suasana yang telus, adil dan penuh kebertanggungjawaban.
“Kita lihat sendiri sejak merdeka 54 tahun lalu, sejak PRU pertama sehinggalah yang ke-12 pada 2008, tidak pernah berlaku dalam negara jumlah undi melebihi daftar pengundi sebagaimana yang pernah berlaku di beberapa negara jiran termasuk Filipina semasa Marcos memerintah,” katanya.
Dr Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional turut membidas pembangkang yang sentiasa mewujudkan persepsi negatif dalam PRU dengan mengatakan wujudnya pengundi hantu. Beliau juga mengaku semasa menjadi calon PKR,dan tewas dalam PRU, ada rakan yang meminta beliau membantah keputusan Pilihanraya itu dengan alasan ada Pengundi hantu namun rakannya itu gagal membuktikan kekalahan beliau adalah kerana Pengundi hantu.
“Siapa pengundi hantu? Pembangkang mengatakan undi pos adalah pengundi hantu dan mewujudkan persepsi bahawa kononnya Barisan Nasional (BN) adalah memonopoli undi pos dan apabila undi pos ini secara automatik akan berpihak kepada BN. Itu semua hanya mitos. “Bukan semua undi pos menyebelahi BN biar pun ia melibatkan para pengundi yang kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan malahan saya sendiri semasa bertanding dalam PRU melawan BN di Bandar Tun Razak telah membuktikan bahawa undi pos berpihak kepada saya,” jelasnya.
Beliau turut memberikan contoh lain dengan dengan Ruslan Kassim yang bertanding atas tiket Parti Keadilan dalam pilihan raya kecil Teluk Kemang menentang BN turut memenangi undi pos. “Pada keseluruhannya, sistem pilihan raya yang dijalankan di Malaysia adalah adil dan terbuka dan kita tidak boleh bersikap apologetik dengan mana-mana pihak berkaitan hal ini,” katanya.
Sumber : MediaUMNO
Yang benar-benar wujud Pengundi hantu ialah semasa pemilihan Agung Parti Keadilan,bilamana jumlah kertas undi melebih orang yang datang mengundi dan hanya kroni Al Juburi memenangi jawatan tertinggi PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan