Selasa, 31 Mei 2011

ISU BIASISWA KE LUAR NEGARA MCA BERSUARA BAGI PIHAK SIQUI?

Tahun ini daripada 4,000 penerima biasiswa JPA, 1,552 telah diberikan kepada pelajar keturunan Cina. Daripada jumlah 1,552 itu, 466 pelajar telah menerima tawaran biasiswa untuk menyambung pengajian mereka ke luar negara.

Chua Soi Lek dan We ka Siong masih berbunyi lagi?...

Dasar tak sedar diri....apa kah universiti tempatan tidak layak menerima pelajar cemerlang?.Berapa ramai pula pelajar keturunan cina yang balik semua ke tanahair selepas tamat belajar di luar negara...kaum mna yang menyumbang kepada senarion brain drain di negara ini. Biasiswa sebenarnya untuk apa dan untuk siapa?.

Kerajaan dan JPA perlu bertegas dalam pemberian biasiswa dan berpegang kepada polisi sedia ada. Polisi Dasar Pembangunan Malaysia adalah kesinambungan Dasar Ekonomi Baru bagi menyeimbangkan semula pembahagian kekayaan antara kaum di Malaysia. Tanpa pembahagian kekayaan yang adil dan saksama maka  peristiwa 13 Mei 1969 akan meletus lagi.

Jangan jadikan HAK KEISTIMEWAAN PRIBUMI (PELAJAR BUMIPUTERA) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai gadaian kerana tdesakan golongan ultra kiasu.

Sabtu, 21 Mei 2011

DOMIMIQUE STRAUSS-KAHN KENA KURUNG DALAM RUMAH, ANWAR IBRAHIM BEBAS CARI MANGSA

Assalamualaikum.....salam di beri menandakan MPG masih hidup lagi untuk terus bersama rakan-rakan dalam kumpulan GAP untuk terus membelasah mana-mana puak yang cuba memperalatkan agama, bangsa dan negara untuk kepentingan politik sempit mereka.

Kalau di luar negara dah lama Anwar al-juburi wal yahudi di kurung atau di sumbat dalam penjara, tapi kerana beliau berada di Negara ini, tidak pernah pulak pihak pemerintah nak kacau kebebasan bergerak kesana kemari walaupun tahu setiap kali TOKOH LIWAT NEGARA ini berceramah pastinya ada unsur-unsur menghasut rakyat supaya menentang kerajaan. Kalau dia nie bukan tokoh liwat negara pasti dah lama masuk tahanan kemunting.

Apa asas lagi nak tuduh kerajaan bertindak zalim terhadap penjubur nie. Sedarlah wahai juak-juak PKR dan sekutunya, bahawa kau bukan berperang dengan kerajaan BN atau UMNO tapi kamu beperang dengan apa yang telah dilakukan oleh ketua umum kamu selama ini. Sedarlah bahawa segala yang berlaku kepada Ketua Umum kami adalah hasil dari SOLAT HAJAT kau orang dan kerana IZIN ALLAH untuk berlaku. takkan kau orang nak tuduh allah zalim pulak.....

Ahad, 15 Mei 2011

KERESAHAN AGAMA, SIAPA PUNCANYA.

Orang Cina dan India pula sejak sebelum merdeka sudah menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan dan Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi yang diinstitusikan, ia hanyalah satu proses kelangsungan yang juga tidak menimbulkan apa perasaan negatif di kalangan kaum Cina dan India. Toleransi beragama secara tidak bertulis berdiri di atas persefahaman bahawa “kamu dengan agama kamu, dan kami dengan agama kami.” Tiada kebimbangan selagi “engkau tidak kacau aku, dan aku tidak kacau engkau.”

Bagaimanapun dalam beberapa tahun kebelakangan sudah nampak bibit-bibit yang mahu merungkai persefahaman yang sudah wujud lebih separuh abad ini. Sudah ada suara yang mempertikai kelantangan suara azan yang sekian lama turut didengari oleh bukan Islam tanpa bantahan. Ada juga Ahli Parlimen bukan Islam yang mempertikai jumlah peruntukan kerajaan untuk pembinaan masjid. Wakil rakyat wanita bukan Islam juga sudah berani masuk ke masjid untuk berceramah. Adakah dijamin mereka ini suci daripada haid?
Ahli-ahli politik bukan Islam juga tanpa segan-silu memetik maksud ayat-ayat Quran kepada khalayak Islam. Ada orang Islam bertanya, apa tujuan mereka? Jika benar-benar tertarik dengan ayat-ayat Allah itu, masuklah Islam. Janganlah cuba mengajar sesuatu yang mereka sendiri tidak percayai.

Bacaan lanjut klik sini Toleransi ada hadnya
Lagi pandangan umum Azli Shukri

Sabtu, 14 Mei 2011

FATWA NIK AZIZ : TAK MASUK SYURGA TUDUH ANWAR

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Rakaman video itu didedahkan kali pertama oleh trio “Datuk T” pada 21 Mac lalu.

Polis Diraja Malaysia petang semalam sekali lagi mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi.

Tegas beliau, selagi seseorang itu tidak membuat kenyataan balas atau bertaubat atau sebagainya, tidak akan diampun dosa.

“Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf,” kata beliau lagi.

Laporan media bulan lalu memetik Nik Aziz menegaskan beliau tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio “Datuk T”.

Isnin, 9 Mei 2011

HARGA GULA NAIK 20 SEN ESOK

Rasionalisasi subsidi: Harga gula naik 20 sen esok

09/05/2011 8:23pm

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, dengan kenaikan itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta.
"Dengan kadar subsidi sebanyak 20 sen sekilogram, penjimatan dapat dilakukan sebanyak RM116.6 juta. - Utusan

KOMEN MPG
Kerajaan mesti melakukan sesuatu agar bahan-bahan utama seperti gula ini tidak terus naik, kawalan dalaman harus di buat segera agar negara tidak terlalu bergantung kepada gula yang di import. Buka tanah untuk ladang gula, perhebatkan usaha mencipta gula tiruan,alternatif lain untuk mengantikan gula tebu.

Ahad, 8 Mei 2011

PEMBANGKANG GAGAL BERHUJAH MENAFIKAN PELAKU DALAM VIDEO SEX ITU ANWAR IBRAHIM

Salam, MPG berpeluang menghadiri ceramah yang di anjurkan oleh pembangkang di taman Air Biru Pasir Gudang malam tadi yang di hadiri oleh Nurul Izzah, Mujahid Yusof dan Khairul Anuar (timb.ketua AMK Pusat). Ramai yang datang sebenarnya nak dengar hujah dari penceramah terutama Nurul Izzah untuk  menafikan pelaku dalam video Sex yang heboh di perkatakan itu adalah Anwar Ibrahim

Dalam ceramah malam tadi MPG dapat satu lagi "clue" bahawa AMK Pusat juga setuju bahawa pelaku seks dalam video yang di dedahkan oleh trio datuk "T" itu adalah pemimpin "Anugerah tuhan" mereka. Khairul Anuar berkata rakaman Video Sex sengaja di buat dengan berhujah penataan cahaya menunjukkan  sekurang-kurangnya ada 3 lampu di pasang macam orang buat filem kerana terdapat tiga bayang. MPG tak minat nak ulas pasal bayang, clue yang penting di sini ialah KHAIRUL ANUAR TIMBALAN KETUA AMK PUSAT TIDAK MENAFIKAN BAHAWA PELAKU SEX DALAM VIDEO ITU ADALAH ANWAR IBRAHIM. Dia datang jauh dari Selangor cuma nak beritahu orang ramai yang hadir ceramah malam itu bahawa terdapat 3 bayang dari tubuh anwar dalam video tersebut, Tidak kisah lah berapa bayang sekali pun, yang rakyat nak tahu apa hujah AMK Pusat menafikan pelaku Sex dalam video itu adalah Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya cakaplah dalam video yang dia tengok bukan Anwar tapi Najib (dah telanjur nak menipu,nak menghasut, nak memfitnah apa salah tipu aje orang Pasir Gudang abis cerita).

Mujahid Yusof pula berhujah tidak boleh menuduh kerana tiada 4 orang saksi dan yang menuduh patut di kenakan 80 kali sebatan dengan memanipulasikan ayat al-Quran. Masalahnya tiada orang pun tuduh, rakyat minta supaya di siasat kebenaran Video itu. Kalau yakin dan percaya pelaku itu bukan Anwar Ibrahim berhujahlah, kami nak dengar.
 
Manakala Nurul Izzah pula langsung tak menyentuh perkara itu cuba ada sebut nama Rahim Tambi chik yang kononnya pemimpin UMNO yang tidak boleh di percayai, Yang hadir ceramah sebenarnya nak dengar penafian Nurul Izzah tapi apakan daya tak kesampaian, apa salah sekurang-kurangnya cakaplah papa ada bersama keluarga pada hari, tarikh dan masa kejadian rakaman video itu macam pernah di dakwa semasa sidang akhbar tempohari atau sekurang-kurangnya tunjuk lah Jam Omega itu.

KESIMPULANNYA CERAMAH PEMBANGKANG MALAM TADI GAGAL MENGEMUKAKAN  HUJAH PENAFIAN BAHAWA PELAKU DI DALAM VIDEO YANG DI BONGKAR OLEH DATUK "T"  ADALAH ANWAR IBRAHIM

Jumaat, 6 Mei 2011

CINA DOLL DALAM VIDEO TU, AJAR PENGETAHUAN AM

Seorang guru wanita sebijik macam cina doll dalam video tut.tut.tut telah di tempatkan di sebuah sekolah pendalaman untuk mengajar mata pelajaran pengetahuan am. Pada suatu hari semasa dia memasuki kelas untuk mengajar subjek pengetahuan am, telah datang idea  untuk menguji sejauh pengetahuan am murid-muridnya.

Maka diarahkan anak muridnya untuk menulis salah satu dari tajuk di beri.

 1.Kedah hasil peras UUM
2. Kelantan jual tanah orang Asli
3. Selangor Jual Pasir
4. Pulau Pinang makan surcaj air........

Penulisan mestilah berdasarkan pengetahuan semasa dan bukti yang soheh,tak boleh fitnah atau berbohong tetapi tak perlulah samapai bersumpah atau memberikan sample DNA untuk membuktikan tulisan itu adalah soheh lagi benar.

Pelayar blog melayupasirgudang juga di pelawa untuk membantu murid ini untuk menulis mana-mana satu dari tajuk di beri. Selamat menulis........

Khamis, 5 Mei 2011

TIDAK PERLU CAKAP SOAL PENYATUAN PARTI, SATUKANLAH DULU PENGIKUTNYA.

Melihat senario hari ini ramai penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS pada PRU 12 rasa kecewa dan tertipu dengan perjuangan PAS yang memperalatkan agama untuk meraih undi Melayu Islam. Mereka tertipu kerana merasakan PAS itu lebih Islamik daripada UMNO, Jika begitu keadaannya mengapa UMNO tidak boleh menjelmakan dirinya menunjukkan bukti bahawa perjuangan memartabatkan syiar Islam di negara ini di lakukan oleh UMNO/BN. Konsep tangan kanan memberi tangan kiri tak mengetahui tidak boleh di gunapakai dalam usaha menerangkan kebenaran kepada rakyat. Pemimpin PAS mungkin nampak Islamik dari segi pakaiannya tetapi tidak Islamik dari segi perbuatannya apabila rata-rata pemimpinnya kaki mencarut, Kaki maki hamun, kaki fitnah, kaki pembohong. Corak pemerintahannya jauh lebih buruk dari UMNO.

Kesempatan ini harus di guna oleh UMNO untuk menarik seberapa ramai pengikut PAS yang kecewa dan tertipu untuk kembali menyokong UMNO/BN. Buktikan UMNO lebih Islamik dari PAS, buktikan UMNO istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. Pemimpin UMNO dan PAS umpama dahan yang saling bertolakan tetapi pengikutnya unpama akar yang saling berkait dan berpaut erat antara satu sama lain. UMNO harus bijak menghidu peluang membawa seberapa ramai pengikut- pengikut  PAS menyertainya, Apa yang perlu di lakukan ialah UMNO haruslah nampak lebih Islamik daripada PAS.
 
Penyatuan kedua-dua parti politik ini tidak perlu terlalu di harapkan, kerana PAS hanya parti politik dan UMNO juga parti politik, Parti politik tidak akan bersatu kerana setiap pemimpinnya mempunyai agenda tersendiri ,mempunyai ego tersendiri, mempunyai pengikut tersendiri dan yang lebih penting setiap pemimpinnya perlu menjaga periuk nasi masing-masing.  Unless salah satu dari parti tersebut memang tak de pemimpin atau memang dah bungkus, pengikut bertempiaran macam polong tanpa tuan.

.

Selasa, 3 Mei 2011

WEE KA SIONG JANGAN JADI GUNTING DALAM LIPATAN

Dulu berbunyi sumbang mempersoalkan peruntukan biasiswa dan tajaan oleh MARA, kepada pelajar melayu  yang dilihat sebagai ‘menyinggung’ perasaan orang Melayu kerana soal biasiswa merupakan hak istimewa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bawah Artikel 153.

Kali ini berbunyi lagi dengan kononnya pengasingan komponen kesusasteraan Melayu dari subjek Bahasa Melayu untuk dijadikan satu subjek tunggal di anggap membebankan pelajar.Pandangan beliau itu berbeza dengan cadangan Sasterawan Negara Prof.Emeritus Dr.Muhammad Salleh yang meminta kerajaan mengambil langkah yang lebih progresif untuk membaiki cara pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Kesusteraan Melayu di sekolah-sekolah, Agar mata pelajaran itu mampu menyumbang kepada usaha memartabatkan bangsa melayu, kerana dalam sastera melayu ada sejarah bangsa.

Pandangan Wee Ka Siong itu sebenarnya adalah cubaan untuk menghapuskan identiti kaum melayu itu sendiri. Ka Siong perlu lebih berhati-hati dalam berbicara soal ini kerana beliau tidak seharusnya masuk campur dalam urusan bangsa Melayu. Penyatuan Bahasa Melayu dengan Kesusteraan Melayu dalam satu subjek (komsas) menyekat perkembangan sastera melayu, menghadkan masa pembelajaran bahasa melayu, mengurangkan potensi pelajar melayu untuk mendapat jumlah "A" dalam peperiksaannya. 

Ka Siong hentikanlah sikap "kiasu" anda kepada bangsa melayu. Janganlah terlau melampau mengambil kesempatan terhadap bangsa kami ini, Pengundi Melayu di Parlimen Ayer Hitam sentiasa memerhati kamu.