Khamis, 5 Mei 2011

TIDAK PERLU CAKAP SOAL PENYATUAN PARTI, SATUKANLAH DULU PENGIKUTNYA.

Melihat senario hari ini ramai penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS pada PRU 12 rasa kecewa dan tertipu dengan perjuangan PAS yang memperalatkan agama untuk meraih undi Melayu Islam. Mereka tertipu kerana merasakan PAS itu lebih Islamik daripada UMNO, Jika begitu keadaannya mengapa UMNO tidak boleh menjelmakan dirinya menunjukkan bukti bahawa perjuangan memartabatkan syiar Islam di negara ini di lakukan oleh UMNO/BN. Konsep tangan kanan memberi tangan kiri tak mengetahui tidak boleh di gunapakai dalam usaha menerangkan kebenaran kepada rakyat. Pemimpin PAS mungkin nampak Islamik dari segi pakaiannya tetapi tidak Islamik dari segi perbuatannya apabila rata-rata pemimpinnya kaki mencarut, Kaki maki hamun, kaki fitnah, kaki pembohong. Corak pemerintahannya jauh lebih buruk dari UMNO.

Kesempatan ini harus di guna oleh UMNO untuk menarik seberapa ramai pengikut PAS yang kecewa dan tertipu untuk kembali menyokong UMNO/BN. Buktikan UMNO lebih Islamik dari PAS, buktikan UMNO istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. Pemimpin UMNO dan PAS umpama dahan yang saling bertolakan tetapi pengikutnya unpama akar yang saling berkait dan berpaut erat antara satu sama lain. UMNO harus bijak menghidu peluang membawa seberapa ramai pengikut- pengikut  PAS menyertainya, Apa yang perlu di lakukan ialah UMNO haruslah nampak lebih Islamik daripada PAS.
 
Penyatuan kedua-dua parti politik ini tidak perlu terlalu di harapkan, kerana PAS hanya parti politik dan UMNO juga parti politik, Parti politik tidak akan bersatu kerana setiap pemimpinnya mempunyai agenda tersendiri ,mempunyai ego tersendiri, mempunyai pengikut tersendiri dan yang lebih penting setiap pemimpinnya perlu menjaga periuk nasi masing-masing.  Unless salah satu dari parti tersebut memang tak de pemimpin atau memang dah bungkus, pengikut bertempiaran macam polong tanpa tuan.

.

Tiada ulasan: