Ahad, 15 Mei 2011

KERESAHAN AGAMA, SIAPA PUNCANYA.

Orang Cina dan India pula sejak sebelum merdeka sudah menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan dan Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi yang diinstitusikan, ia hanyalah satu proses kelangsungan yang juga tidak menimbulkan apa perasaan negatif di kalangan kaum Cina dan India. Toleransi beragama secara tidak bertulis berdiri di atas persefahaman bahawa “kamu dengan agama kamu, dan kami dengan agama kami.” Tiada kebimbangan selagi “engkau tidak kacau aku, dan aku tidak kacau engkau.”

Bagaimanapun dalam beberapa tahun kebelakangan sudah nampak bibit-bibit yang mahu merungkai persefahaman yang sudah wujud lebih separuh abad ini. Sudah ada suara yang mempertikai kelantangan suara azan yang sekian lama turut didengari oleh bukan Islam tanpa bantahan. Ada juga Ahli Parlimen bukan Islam yang mempertikai jumlah peruntukan kerajaan untuk pembinaan masjid. Wakil rakyat wanita bukan Islam juga sudah berani masuk ke masjid untuk berceramah. Adakah dijamin mereka ini suci daripada haid?
Ahli-ahli politik bukan Islam juga tanpa segan-silu memetik maksud ayat-ayat Quran kepada khalayak Islam. Ada orang Islam bertanya, apa tujuan mereka? Jika benar-benar tertarik dengan ayat-ayat Allah itu, masuklah Islam. Janganlah cuba mengajar sesuatu yang mereka sendiri tidak percayai.

Bacaan lanjut klik sini Toleransi ada hadnya
Lagi pandangan umum Azli Shukri

Tiada ulasan: