Isnin, 27 Disember 2010

KERANA ORANG MACAM KAMU, RAKYAT BENCI UMNO / BN

MPG sangat tidak berpuas hati dengan kenyataan dan jawapan yang di berikan oleh Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau.

Beliau menjawab satu pertanyaan dari pemberita berkenaan satu aduan yang di siarkan oleh berita TV3 semalam berkenaan seorang pengadu yang mengadu menerima cek dari PTPTN sedangkan pengadu itu tidak pernah membuat permohonan sebelum ini. Jawaban mudah dan tidak bertanggungjawab oleh Penjawat Awam @ Pengerusi PTPTN ialah "KALAU TIDAK MAHU PULANGKAN SAHAJA CEK ITU".

Adakah ini jawapan yang sepatutnya di balas, adakah Pengerusi ini faham persoalan yang di ajukan oleh Pengadu? Persoalan bukan soal hendak atau tidak hendak cek itu.  Persoalan ialah MACAMANA PTPTN BUAT KERJA !!!!!!!!!. Persoalan tentang kredibiliti PTPTN.

Sepatutnya Pengerusi PTPTN siasat dulu kebenaran aduan dan siasat juga bagaimana orang yang tidak memohon boleh dapat cek, ini baru satu kes yang di laporkan bagaimana kes lain yang tidak di laporkan, kalau ada kes yang begini sudah tentu sukar bagi pihak PTPTN untuk mendapat balik pinjaman tersebut kerana data peribadi peminjam tiada sedangkan cek telah di keluarkan. Adakah keluarga dan sahabat handai Pengerusi PTPTN juga menerima cek dari PTPTN tanpa memohon?.

Kepada Datuk Ismail Muhamad Said, Pengerusi PTPTN, MPG nak bertanya dari 191,262 peminjam yang di khabarkan ingkar bayar berapa ramai yang tidak dapat di kesan kerana data atau borang permohonan tidak pernah di isi?. Dari jumlah 2.9 billion yang gagal di kutip berapa banyak yang gagal dikutip kerana tiada borang permohonan?.

Kepada pengadu MPG mengucapkan syabas ,Tahniah dan Terima kasih, andalah rakyat Malaysia yang berjiwa Besar, walaupun anda bukan Ahli Parlimen sebagaimana Pengerusi PTPTN tetapi anda lebih bertanggungjawab kepada Malaysia. Anda boleh sahaja ambil cek tersebut dan "cash" kan, pastinya pihak PTPTN tidak dapat mengesan anda kerana anda tidak mempunyai butir-butir permohonan.

Tahniah juga kerana anda telah membuka mata rakyat Malaysia bahawa konsep Malaysia "boleh" memang ada dalam diri Penjawat Awam. Kepada Datuk Ismail Mohamed Said, berfikir dahulu sebelum berkata, ingatlah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Datuk tu ahli Parlimen kerajaan BN, kenyataan Datuk di dengari oleh seluruh rakyat Malaysia, kenyataan kurang ajar sebegini tidak harus di keluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan. Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan: