Malangnya sejak Majlis Peguam ini di kuasai oleh segelintir mereka yang berminat atau sangat cenderung dalam politik maka Majlis Peguam ini di lihat seolah-olah parti politik pula, ini semua kerana ada segelintir Presiden yang di lantik menggunakan isu politik untuk menaikkan namanya sebelum ini bila Presiden Majlis tidak terlibat dalam isu politik nama majlis peguam tidak lah popular sangat tapi sejak Ambiga Sreenevasan hinggalah sekarang ni Ragunathan Kasavan nama Majlis Peguam "bar counsel" makin hangit di pertikaikan kerana biasnya. Kerana tindakan mereka inilah kredibiliti Majlis Peguam amat di ragui, kerana tindakkan mereka inilah Majlis Peguam menjadi Haramjadah.
Di sini disertakan surat terbuka MEZA dari Sungai Buloh untuk menyokong tulisan MPG.
Surat untuk Ragunath Kesavan
PRESIDEN Majlis Peguam, Ragunath Kesavan dilaporkan telah menuduh polis menggunakan kekerasan ketika demonstrasi perarakan yang dikepalai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.Saya tidak menggunakan perkataan diketuai kerana sebagai seorang Menteri Besar beliau sebenarnya tidak layak untuk menjadi ketua. Yang layak hanya sebagai kepala sahaja.
Sama seperti kepala kereta api dan macam-macam kepala lagi.
Namun bukan mengenai Menteri Besar Selangor yang hendak saya persoalkan. Orang yang tak layak menjadi ketua tidak layak untuk diperbicarakan.
Perkara yang hendak dipersoalkan adalah perihal Presiden Majlis Peguam ini. Bagi saya Ragunath juga tidak layak untuk menjadi ketua kepada Majlis Peguam kerana beliau secara tidak langsung telah menghalalkan tindakan seseorang seperti Khalid itu. Ragunath telah menuduh pihak polis melakukan kekerasan ke atas pendemonstrasi jalanan dan tahukan beliau tindakan pihak polis itu sebenarnya tidak akan berlaku sekiranya Khalid tidak melanggar undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit dari pihak polis?
Kenapa tindakan polis yang harus dipersoalkan sedangkan kesalahan Khalid menganjurkan demonstrasi haram itu tidak pula dipersalahkan?
Ragunath, kalau saudara ada cita-cita untuk menjadi wakil rakyat dan berharap pihak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mencalonkan anda sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekalipun, janganlah menghalalkan perkara yang salah dan menyalahkan orang lain yang bertungkus lumus menegakkan undang-undang yang dipelopori oleh kebanyakan peguam.
Saya berkata demikian kerana ada segelintir peguam yang tidak faham undang-undang yang mereka pelajari dan kerana itu mereka melakukan perkara-perkara yang melanggar etika seorang peguam.
Sebab itulah pihak Majlis Peguam tidak berani bertindak ke atas peguam yang dituduh membunuh seorang jutawan kosmetik satu ketika dulu. Presiden Majlis Peguam bila didesak untuk bertindak berkata, Majlis Peguam tidak punya kuasa untuk bertindak. Tapi bagaimana pula Presiden Majlis Peguam boleh menuduh pihak polis bertindak kasar ke atas pendemonstrasi sedangkan demonstrasi itu sendiri diadakan secara haram?
Niat membunuh adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Baru niat pun dah kira salah, inikan pula melakukan sesuatu yang terang-terangan menyalahi undang-undang.
Berhimpun beramai-ramai tanpa permit dari pihak polis adalah satu kesalahan. Kalau buat juga, bermakna telah melakukan kesalahan. Kalau itu pun pihak Majlis Peguam yang berpresidenkan Ragunath kurang arif, maka saya berpendapat benarlah saudara Ragunath ini tidak tahu undang-undang. Sepatutnya beliau harus melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam. Ragunath tidak layak digelar seorang peguam kerana seorang peguam seharusnya menegakkan undang-undang bukan mencabulinya.
Bersekongkol dengan Khalid yang telah berjanji dengan pihak polis untuk tidak berdemonstrasi dan beliau diiring pihak polis ke Istana Negara. Tapi Khalid mungkir janji. Anda telah bersubahat dengan pihak yang melanggar undang-undang negara, dan anda tidak merasa malu untuk memanggil diri anda sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Jika inilah karekter dan hati budi seorang peguam, saya percaya kelak negara akan ditadbir oleh samseng-samseng jalanan yang menegakkan sesuatu yang salah dan menghalalkan sesuatu yang haram.
Bagi seorang samseng, mana ada halal dan haram. Yang ada adalah apa yang mereka mahu mereka dapat. Kepada pendemonstrasi jalanan, janganlah jadi lembu yang dicucuk hidung dan menyusahkan ratusan ribu orang yang tidak bersalah dan berkepentingan lain hanya kerana anda beranggapan anda akan mendapat sedikit habuan bila kepala samseng ini berjaya kelak.
Ingatlah, suatu hari nanti anda juga akan balasan ke atas apa yang telah anda lakukan.
Kepada pihak polis, jalankan tugas anda tanpa takut dan ragu.
Lagi surat terbukabuat Majlis peguam oleh M. HANAFIAH A. SAMAD Parit Yusof, Muar, Johor
KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan