Ahad, 5 Disember 2010

KEPIMPINAN PEMBANGKANG ANTI NASIONAL

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepimpinan parti-parti pembangkang sebenarnya hanya berjuang mewakili kepentingan tertentu semata-mata bagi mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat.


Perdana Menteri berkata, berdasarkan realiti itu, rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati dan berwaspada kerana pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat mereka termasuk memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.


"Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat berbahaya. Saya mahu jelaskan di sini, mereka ini antinasional. "Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka," katanya ketika menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA di sini, hari ini.


Dalam amanat bertema "Mengukuh Barisan, Mendahulu Rakyat" Najib yang juga Pengerusi BN berkata, usaha parti pembangkang untuk cuba meniru BN dari segi kerjasama melibatkan semua komponen parti yang mewakili pelbagai kaum adalah sia-sia kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. - Bernama

Tiada ulasan: