Sabtu, 11 April 2015

PERTIKAI JAWABAN PM NAJIB SATU YANG SIA -SIA

Pelik dengan puak puak opportunist nie...PM Najib bukan jawab soalan peperiksaan lah...yang jawabannya mesti ikut skima jawaban lembaga peperiksaan.

Setiap patah jawaban PM Najib hanyalah mengulangi apa yang pernah beliau nyatakan samada di Parlimen mahupun di sidang akhbar. Jawaban yang macamne sebenarnya yang boleh memenuhi selera kalian.?.

Isnin, 6 April 2015

TIDAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS

Apa beza Tun M, dengan barisan pembangkang sedia ada jika, usaha usaha Tun yang secara konsisten selama ini memburukkan PM Najib gagal menjatuhkan PM Najib, maka strategi memburukkan Isteri pula di gunakan?

Kalau itu lah pendekatan dan strategi Tun, maka tiada beza lah Tun M dengan kuncu kuncu pembangkang. Dan wajarlah Tun di angkat sebagai ketua Pembangkang.

Nasihat buat Tun Mahathir, berihatlah, udah udahlah campur urusan politik Tun dah cukup lama berpolitik, Tun pun sudah nampak kepenatan berihatlah. Kalau sudi jadi penasihat jadilah penasihat yang berhikmah bukan yang menimbulkan balah sesama ummah.

BUAT AYAHNDA TUN, KOTA LAH APA YANG DI KATA.

Amaran buat Tun M, tulisan Tun muktahir ini seolah olah menikam belakang kesatuan orang orang melayu. Secara peribadi saya tak bersetuju dgn cara tun mengajar PM Najib,walaupun semua tahu PM Najib adalah anak murid kepercayaan Tun semasa zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Apa tujuan Tun sebenarnya? adakah Tun diperalatkan? atau Tun masih berminat untuk jadi PM? atau lebih meragukan lagi ADAKAH TUN BERMINAT JADI KETUA PEMBANGKANG? Kalau semua PM selepas Tun tidak serasi dgn Tun ,manusia macamana yang Tun nak untuk PM Malaysia? perlu ingat jawatan PM bukan di pilih oleh mantan tapi di pilih oleh rakyat melalui Pilihanraya. Paling penting HENTIKANLAH MEMECAHBELAHKAN ORANG ORANG MELAYU..

Jumaat, 20 Februari 2015

SENDIRI SALAH ASUH ATAU SALAH UMNO?

 Ahli keluarga bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini merayu orang ramai yang terambil atau tersimpan barang-barang yang diguna semasa majlis pengkebumian beliau Jumaat lalu agar memulangkan barang-barang berkenaan.

Barang-barang tersebut berupa selimut putih, kain hitam penutup keranda, toto (tilam nipis) merah kuning dan bantal, kata anak perempuan Allahyarham, Nik Asma’ Salsabila Nik Aziz melalui akaun Facebook beliau dan dilaporkan portal berita rasmi PAS, Harakahdaily, Rabu.

“Kami semua setuju ianya adalah bahagian bonda kami, orang yang paling dicintai ayahanda selepas kedua ibu bapanya.

“Setiap masa bonda bertanya jika barang-barang tersebut sudah dijumpai.

“Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat Tok Guru, ketahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa keizinan tuan empunya. Mohon dipulangkan,” kata anak Allahyarham Nik Aziz itu dalam posting Facebook beliau.

SUARA KELDAIAN TUMPANG TUI, DENGAN CERITA DARI SG.BULUH

Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi enggan berbuat demikian kerana beliau adalah mangsa tahanan politik, cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.

Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu. Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad.

“Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang. Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.

Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat. “Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.

“Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.


“Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan pelukannya,” cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung. Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam sebulan, dan tempoh
itu katanya terlalu lama untuk mereka memendam rindu.


Untuk mendapatkan cerita lanjut tentang pandangan Nuha berkenaan politik dan kecekalan beliau dan adik-beradik dalam mengharungi fitnah ini, sila dapatkan
naskah bercetak Suara Keadilan(Bil 213) pada selasa 24 Februari depan. - Keadilan Daily


Khamis, 19 Februari 2015

KHAIRY TIDAK PERCAYA PADA JENTERA PENERANGAN UMNO?

Apa rasionalnya untuk Khairy Jamaludin membawa Pendakwaraya Mohd Shafiee Abdulah untuk mengadakan roadshow seluruh negara menerangkan isu LIWAT II yang telah di putuskan oleh hakim hakim mahkamah persekutuan ?. Bukankah mahkamah Persekutuan satu mahkamah paling tinggi di negara ini sudah membuat keputusan Anuwar bersalah dan telah di jatuhi hukuman 5 tahun penjara (untuk makluman Anuwar telah menjalani hukuman 6 tahun penjara sebelum ini atas kesalahan yang sama meliwat dan salah guna kuasa).

Nampaknya Sdr.Khairy Jamaluddin termakan dengan provokasi dari puak puak yang tidak puas hati (di bayar untuk lakukan aksi tidak puas hati) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Benar selama lebih 6 tahun UMNO di tuduh berkonspirasi untuk menjatuhkan Anuwar dengan isu liwat II tapi adakah kerana dendam di tuduh berkonspirasi Sdr.Khairy sanggup memperalatkan pendakwaraya (sistem kehakiman) untuk turun menjaja isu ini ke seluruh negara. Bukankah hakim telah jelaskan bahawa tiada bukti "prima facie" yang mensabitkan tuduhan konspirasi politik dalam isu ini.

Sdr Khairy sebagai pemimpin muda UMNO harus BIJAK dalam isu ini, jangan campur aduk kan semua sistem pentadbiran negara kita. Ingat dalam sistem pentadbiran negara kita ada 3 BADAN UTAMA yang antara satu sama lain tidak boleh melangkaui batas dan hak masing masing. 1. BADAN PERUNDANGAN 2. BADAN PENTADBIRAN 3. BADAN KEHAKIMAN
SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA

Nampaknya Sdr.Ketua Pemuda UMNO ini harus belajar dan memahami prinsip rukun negara. Persoalannya mana perginya jentera penerangan pemuda UMNO untuk membawa penerangan terhadap isu ini?

Sabtu, 14 Februari 2015

SANGGUPKAH ANUWAR MENGAKU SALAH DI HADAPAN LEMBAGA PENGAMPUNAN?

Selepas keputusan hakim mahkamah persekutuan yang mensabitkan ketua pembangkang bersalah meliwat, Maka Anuwar dan peguam peguam upahannya tidak boleh lagi menjaja kes liwatnya ke mana mana mahkamah lagi dalam ertikata yang mudah penjara Sg.Buluhlah tempat kediamannya untuk 5 tahun mendatang.

Apapun cuma ada satu kaedah untuk mengurangkan tempoh tersebut atau melangkaui keputusan hakim mahkamah persekutuan tersebut iaitu dengan cara pengampunan daripada Sultan atau Raja-Raja. Oleh kerana kes liwat berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur maka pengampunan hanya boleh di lakukan oleh Kebawah duli Yang Di pertuan Agong Sahaja.

Pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan persekutuan bahagian iv :Perkara 42 : TEKAN SINI

Memanggil Obama atau kerajaan Amerika campurtangan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan adalah sia-sia.APAPUN SEBELUM MINTA AMPUN SESEORANG ITU MESTI MENGAKU KESALAHANNYA DAHULU. SANGGUPKAH ANUWAR MENGAKU KESALAHANNYA DI HADAPAN LEMBAGA PENGAMPUNAN?


Khamis, 29 Januari 2015

KEHILANGAN MH 370 SUDAH DI MUKTAMADKAN, KEHILANGAN OMEGA BILA LAGI



(Sekadar gambar Hiasan bukan KETUM punya yang hilang)
Kalau ikut hati yang dah suci bersih nie MPG malas nak respon pada monyet - monyet belaan KETUM PKR, tapi makin diam makin menjadi jadi pulak kebodohan mereka hingga timbul perasaan kalau tak tolong buat pencerahan jadi berdosa pulak MPG membiarkan saudara sebangsa dan seagama di bodohkan dek KETUM nya.

Lepas baca posting nie kalau kau orang masih nak bertuhankan KETUM kau itu silakan lah maknanya hidayah Allah tak masuk kat hati hitam karat kau tu.....

Kau orang sibuk jadi lidah KETUM untuk sama-sama  menyampaikan fitnah  kononnya PM Najib lemah tak dapat selesai isu MH 370, sedangkan KETUM pemimpin agong kalian tahu di mana MH 370 berada. Pencerahan MPG mudah aje....BOLEH PERCAYA KE CAKAP ORANG YANG HILANG JAM TANGAN OMEGA SAMPAI SEKARANG TAK JUMPA........mesti kau orang cakap patut pun tak jumpa sebab Jam Tangan omega kecil sangat jika dibandingkan dengan MH 370, betulkan...MPG dah tahu mesti itu reply kau orang....meh sini MPG buat pencerahan lagi....Omega tu pakai kat tangan idola KETUM kau orang...mana dia pergi pasti omega ada bersama, maknanya KETUM jaga Omega dan omega itu kepunyaan peribadi KETUM.

MH 370 bukan milik peribadi PM Najib macam omega yang jadi milik peribadi KETUM. Jadi kemana MH 370 terbang diluar bidang kuasa PM Najib untuk mengawalnya, hilang sekali pun tidak ada sabit kepada PM Najib. Tak jumpa cari pun orang tak salahkan Najib kecuali mereka yang betul betul bangang minum kencing KETUM sahaja yang menyalak marahkan PM Najib.

Jom Cari OMEGA KETUM.....

Isnin, 26 Januari 2015