Nampaknya Sdr.Khairy Jamaluddin termakan dengan provokasi dari puak puak yang tidak puas hati (di bayar untuk lakukan aksi tidak puas hati) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Benar selama lebih 6 tahun UMNO di tuduh berkonspirasi untuk menjatuhkan Anuwar dengan isu liwat II tapi adakah kerana dendam di tuduh berkonspirasi Sdr.Khairy sanggup memperalatkan pendakwaraya (sistem kehakiman) untuk turun menjaja isu ini ke seluruh negara. Bukankah hakim telah jelaskan bahawa tiada bukti "prima facie" yang mensabitkan tuduhan konspirasi politik dalam isu ini.
Sdr Khairy sebagai pemimpin muda UMNO harus BIJAK dalam isu ini, jangan campur aduk kan semua sistem pentadbiran negara kita. Ingat dalam sistem pentadbiran negara kita ada 3 BADAN UTAMA yang antara satu sama lain tidak boleh melangkaui batas dan hak masing masing. 1. BADAN PERUNDANGAN 2. BADAN PENTADBIRAN 3. BADAN KEHAKIMAN
SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
Nampaknya Sdr.Ketua Pemuda UMNO ini harus belajar dan memahami prinsip rukun negara. Persoalannya mana perginya jentera penerangan pemuda UMNO untuk membawa penerangan terhadap isu ini?
1 ulasan:
Kenyataan ini elok sangat dibuat bersama Lim Kit Siang. Ia senada dan bermaklumat. Tindakan KJ amat merbahaya kepada negara yang ingin melonjakkan aura kepimpinan bakat baru Nurul...
Catat Ulasan