Ahad, 8 Jun 2014

PENJELASAN KHALED NORDIN ISU LPHJ DAN KUASA SULTAN

Penjelasan MB JOHOR Isu Sultan Berkuasa Mutlak terhadap Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor

Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.

Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang. Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.

Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing  bermula 1 Mei yang lalu.

Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.

Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.

Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.

Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.

Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh.Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “raja” iaitu:

“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;

Berdasarkan peruntukan ini raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai sultan bagi negeri johor.

Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di Peruntukkan kepada raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?

Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-

7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI”

Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:

1. Melantik menteri besar

2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri

3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama

4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu

5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja

6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya

7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana

Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan Sebentar tadi, jelas bahawa konsep raja berperlembagaan di johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA

Mungkin hujah yg saya kemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini.  Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara sistem raja berpelembagaan di negeri johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok.  Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan raja adalah  atas nasihat menteri besar, khususnya dari segi perlantikan. dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada raja iaitu raja melantik dengan nasihat menteri besar lain lain semua digantikan dengan pihak berkuasa negeri.  Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada raja dan mengganggu gugat sistem raja berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan.  Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan

Kerana ia adalah untuk rakyat Demi rakyat bagi rakyat!

Jadi kita akan tgk esok pembangkang sokong ataupun tidak.

Sumber : 
Mufakat 
UM
NO 
Johor.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenaqnya sistem Raja Berpelembagaan (Constitutional Monarchy) dibahagi dua iaitu “Executive Monarchy” (Raja mempunyai kuasa sosial-politik) dan “Ceremonial Monarchy” (Raja hanya sbg. SIMBOL Adat) – dan di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ni, Kesultanan Melayu bukan hanya sbg. “Ceremonial Monarchy”(palsu dilapurkan Wikipedia – di http://en.wikipedia.org/wiki/Constitutional_monarchy Executive monarchy versus Ceremonial monarchy), tetapi KesultananMelayu kita juga mempunyai kuasa “Executive Monarchy” , mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 153, Fasal 1 Perkara 3 [3(1)] dan Fasal 1 Perkara 37 [37 (1)]; berlansungan dr. sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS laknat lagi! KEBENARAN ini sebenaqnya mahu diSEMBUNYIkan oleh loyar-loyar-LONGKANG si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM –seolah Perlembagaan Persekutuan hanya berasaskan undg-undg si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS secara mutlak, terutamanya dari Parlimen British-ZIONIS (Westminster system)!

Lihat di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ ,
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia......

Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar ‘hiasan Adat’ – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) di lantik sbg. PENASIHAT dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) –
Lihat artikel BERNAS ini di:

https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ ,

Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

7 April, 2012

Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..(TERUSkan MEMBACA)

Makcik Sambal Belacan.