Sabtu, 29 Mac 2014

LAKI BINI BEREBUT JAWATAN PRESIDEN

Akhirnya dengan kuasa Allah berlaku juga perebutan kuasa antara penyokong Suami Anugerah Tuhann dan Isteri Sang Boneka, tidak pernah berlaku dalam politik mana-mana parti dalam dunia.

Satu sejarah tercipta bilamana hari ini setelah tamat jam 5.00 petang tadi,tarikh dan masa penamaan calon bagi merebut jawatan dalam parti PKR tamat, Urusetia Pencalonan Pusat PKR mengumumkan jawatan Presiden Parti akan menyaksikan pertarungan antara LAKI DAN BINI. Anuwar Ibrahim dan Wan Azizah akan berentap untuk jadi Presiden.

Apapun pasti seluruh dunia akan tahu bahawa Wan Azizah akan selamanya di kuasai oleh Anuwar Ibrahim maka pertandingan satu lawan satu ini pasti tidak akan terjadi, Seluruh dunia sudah tahu mainan politik laki bini ini. Yang pasti Anuwar Ibrahim tidak akan mengaku kalah dengan bininya, Kalau dia rasa sudah penat pasti dia akan tolak Wan Azizah di atas begitu juga kalau Wan Azizah dah penat pasti dia akan turun bawah pula, tak caya tengok video yang cina doll tu...ini kemahiran Anuwar.

Sejarah juga akan tercipta di Malaysia bila Banduan akan memenangi kerusi Presiden Parti, tanpa perlu jelajah seluruh negara berkempen cukup hanya di sebalik jeriji besi pun sudah boleh menang, Nampak sangat semua penyokongnya BODOH lagi maha BEBAL.

MELAYU JATI

Apa tanda Melayu Jati?
Mesyuarat mufakat sampai ke hati.

Apa tanda Melayu beradat?
Pantang duduk meninggalkan mufakat
Pantang tegak membuang sepakat
Pantang berjalan tidak seniat
Pantang berkayuh tidak sebuat,
Pantang memakai tidak seadat.

Apa tanda Melayu berbudi?
Mesyuarat mufakat pakaian diri.

Apa tanda Melayu bertuah?
Malu hidup melanggar sumpah
Malu mati menyalahi sunnah
Malu berbuat tidak semenggah
Malu bercakap bercabang lidah
Malu kaya menganiya yang susah
Malu berkuasa memaksa yang rendah
Malu bekerja yang tiada berfaedah
Malu duduk kain tersimbah
Malu tegak sombong melangkah
Malu bersaudara bantah membantah
Malu berkaum sanggah menyanggah
Malu berbangsa ludah meludah

"Tidak sekali - kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu, Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal" 

Sabtu, 22 Mac 2014

CHEW MEI FUN 4KAJANG

KAJANG BAKAL JADI ANAK EMAS MCA

23hb.March 2014 Tarikh penting buat nasib DUN Kajang. Pengundi berdaftar akan tentukan nasib itu.Jika BN menang pekan Kajang akan berubah wajah masalah jalanraya akan di beri keutamaan.

Masalah perparitan dan masalah sampah akan di beri perhatian. MCA mempertaruhkan jawatan dalam kabinet untuk membantu Kajang, penerimaan semula jawatan dalam kabinet oleh MCA adalah kunci kepada pengiktirafan ini.

Kerajaan Barisan Nasional mesti di percayai oleh kaum cina keseluruhannya dan pengundi cina kajang khasnya, jika di kira jumlah layak mengundi pengundi melayu jadi majoriti sudah tentu kalau BN tidak bertoleransi  BN akan letak calon Melayu, tapi BN tidak begitu, BN tak macam PKR yang rampas hak kaum cina di Kajang. Seluruh rakyat  Malaysia tahu kerusi dun kajang milik kaum cina, tapi kerana cita cita jadi MB Selangor maka kerusi itu di kosongkan utk Anuwar Ibrahim, Namun perancangan Allah mengatasi perancangan manusia terlaknat.

Tiada pilihan lain, Anuwar menamakan isterinya sebagai pengganti, kaum cina kajang terngangga mulut. Kalau begini cara  politik PKR ,memang kaum cina tiada kerusi politik alasannya kawasan majoriti melayu wakil rakyat mesti melayu.

KAJANG 4BN

Datin paduka Chew Mei Fun, wakil MCA yang akan menjadi jambatan buat rakyat.  Calon lagi satu sentiada jadi alat buat suami melempiaskan nafsu politik tak dapat jadi PM jadi MB pon boleh, takdir Allah penjara kajang menjemput.

Mei fun menjadi taruhan BN bukan sahaja berpengalaman malah berintegriti dan berkredibiliti.

Khamis, 20 Mac 2014

FUAD HASAN SEKOLAHKAN ANUWAR

Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.

Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.

Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun. 

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalaanya:

Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak. 

Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.

Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. -Dato Fuad Hassan

Rabu, 19 Mac 2014

NURUL IZZAH LARI TINGGALKAN PENGUNDI



Semalam Wan Azizah Kena 'Sound', Hari Ini Giliran Nurul Izzah Pula Kena Maki Dengan Makcik Gerai

Apalah nasib malang anak beranak Wan Azizah dan Nurul Izzah. Semalam Wan Azizah kena 'sound' dengan peniaga gerai berasal dari Permatang Pauh yang menumpang berniaga di gerai di Sungai Kantan,

 Hari ini pula giliran anak perempuan sulungnya pula kena basuh dengan makcik gerai yang berniaga di Taman Mesra, Kajang. Apa tidaknya, makcik itu sudah berniaga sejak 11 tahun, akhirnya gerainya diarahkan roboh oleh Kerajaan PR Selangor.

Padan muka Nurul Izzah kena maki dengan makcik ni. Kata makcik berkenaan, sejak PR memerintah Selangor, gerai Melayu banyak yang kena roboh. Bila nak undi baru datang melawat. ''Apa punya haramjadah" kata makcik itu dengan garang. Sudahlah nak robohkan gerai orang tanpa bagi alasan atau berikan tempat pengganti, ada hati lagi nak sibuk minta undi simpati.

Isnin, 17 Mac 2014

CHEW MEI FUN MENANG DI KAJANG

Pengundi Melayu DUN Kajang nampaknya sangat cerdik dalam berpolitik tidak mudah memberikan undi kepada orang yang tidak mempunyai pendirian, ramai pengundi melayu yang di temu bual  mengakui bahawa memberi undi kepada Wan Azizah (PKR) bermakna membenarkan diri mereka di peralatkan oleh Anuwar Ibrahim.

DUN Kajang mempunyai 39,728 pengundi berdaftar, 48% pengundi Melayu, 41% Cina ,pengundi India 10% dan 1% lain-lain bangsa.

Walaupun pembuangan undi hanya akan di lakukan pada 23.Mac 2014 dan keputusan awal akan di umumkan pada malamnya namun .MPG mengisytiharkan kemenangan kepada calon BN kerana ciri ciri kepimpinan sangat jelas pada diri calon BN , Datin Paduka Chew Mei Fun. Personalitinya, keterampilan, Integriti dan Kredibiliti.  Jauh berbeza dengan calon lawan yang hanya menjadi Boneka, tiada prinsip dan mudah di peralatkan.

Rata rata pengundi yang di temui di Kajang berkata mereka tidak mahu kajang di jadikan Permatang Pauh kedua oleh perbuatan laki bini yang gila kuasa ini. Cukup lah Permatang Pauh jadi pengajaran. Mereka sedar walaupun kemenangan Mei Fun tidak merubah apa-apa lanskap pentadbiran kerajaan Selangor tapi sekurang-kurangnya PKR Negeri Selangor tidak terlalu mendongak ke langit

Selasa, 11 Mac 2014

KRONISME TULEN OLEH ANUWAR IBRAHIM

Selama ini kerajaan Barisan Nasional terutama UMNO sering di label kan sebagai kroni, gila kuasa, tamak dan rasuh. PRK dewan undangan Negeri Kajang  (N 25) menyaksikan siapa sebenarnya mengamalkan Kroni,Gila Kuasa, Tamak, Rakus dan Rasuah. Rakyat Kajang harus melihat perkara ini dengan hati terbuka, apakah sanggup mengadaikan kepentingan dan hak rakyat Kajang semata-mata untuk memuaskan hawa Nafsu Anuwar Ibrahim?..Pemilihan Wan Azizah sebagai pengganti Anuwar Ibrahim sebagai calon di PRK Kajang menunjukkan bahawa Anuwar Ibrahim bukan sahaja mengamalkan Kronisme malah juga memperlihatkan beliau seorang diktator dalam apa yang di banggakan sebagai Pakatan Rakyat.

Asalnya kerusi DUN Kajang adalah untuk wakil Cina dalam PKR tetapi kerana kemaruk kuasa Anuwar Ibrahim sanggup melupakan kaum Cina ini dan meletakkan isterinya sebagai calon , inilah politik keluarga, politik kronisme.

Jumaat, 7 Mac 2014

JANJI KERAJAAN JOHOR KEPADA USAHAWAN DAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA

Kerajaan Negeri komited membantu kontraktor dan usahawan bumiputera di negeri ini untuk terus berkembang dengan melibatkan golongan itu dalam projek-projek yang berkaitan kerajaan.
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata Kerajaan Negeri akan memberi fokus berkenaan soal pengagihan supaya pertumbuhan ekonomi di Johor dapat dirasai oleh semua termasuk golongan kontraktor dan usahawan tempatan.
“Kita fokus pada pengagihan supaya projek-projek besar yang ada kaitan dengan kerajaan tidak akan melupakan peranan dan penyertaan syarikat tempatan, sama ada usahawan dan sebagianya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Wisma Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Johor di sini.
Mohamed Khaled berkata, pengagihan itu termasuklah mengenai kontrak Pembangunan Integrasi Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Katanya, Kerajaan Negeri bakal memuktamadkan rundingan dengan Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengenai pengagihan kontrak RAPID dalam masa terdekat.
“Kita sedang berunding dengan pihak Petronas dan kita menjangkakan mendapat keputusan yang positif dari itu, yang mana dalam soal ini kita sudah lantik Datuk Hasni Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar) untuk melihat bagaimana untuk mengagihkan projek atau kontrak tersebut bila ia dilaksanakan.
“Jumlah peratusan mengenai pengagihan tersebut belum lagi diputuskan tetapi secara prinsipnya syarikat petroleum negara itu telah bersetuju akan pentingnya peluang diberikan kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera dan tempatan,” katanya.
Katanya, bagi kontraktor Bumiputera negeri ini yang berminat dengan projek Rapid ini, mereka diminta mendaftarkan diri supaya boleh dinilai dari segi kelayakan bagi mendapatkan kontrak tersebut.
Selain itu, beliau turut meminta semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terutama di negeri Johor supaya meletakkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) untuk untuk 10 syarikat yang sudah dibantu setiap tahun.
"Daripada situ, kita akan pastikan ketulenan program-program untuk membesar dan memantapkan syarikat syarikat itu. Setiap GLC dan GLIC mesti, sudah bertahun-tahun mereka wujud, siapa (syarikat) yang telah mereka tolong," kata beliau.
Sumber : Majalah Jauhar. 

Rabu, 5 Mac 2014

CUKAI KHAS KEPADA RAKYAT SINGAPURA

Tahniah YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Hj.Nordin menteri Besar Johor yang sangat bijaksana dalam perancangan memajukan Negeri dan menambah pendapatan Negeri untuk Kesejahteraan Rakyat Johor. Selama ini kita selalu di momokkan dengan cerita Johor Khasnya dan Malaysia amnya selalu tunduk kepada "Little Israel" atau lebih tepat lagi Singapura.

Generasi lama selalu di ketawakan oleh generasi muda kerana terlalu "cerdik" dalam berurusan dengan kerajaan Singapura terutama soal penjualan air mentah. Kita juga di tertawakan kerana isu Jambatan Indah @ jambatan bengkok yang tidak dapat di laksanakan kerana katanya terpaksa tunduk dengan birokerasi kerajaan Singapura.

Tapi kali ini MPG berharap YAB Menteri Besar "cool" ini dapat menutup mulut besar orang Singapura dengan MEMPERKENALKAN  CUKAI UNTUK RAKYAT SINGAPURA YANG DATANG DAN BERBELANJA DI MALAYSIA.

Cukai yang ada sekarang hanya kepada TOL akan kepada kenderaan yang menggunakan tambak Johor dan link kedua, kerajaan Negeri mesti memperkenalkan sekurang-kurangnya 2 lagi jenis cukai kepada rakyat Singapura ini iaitu;

1. Cukai  kepada Kenderaan Singapura atau bernombor pendaftaran Singapura yang memasuki negara ini dengan berdasarkan kiraan jam, sebagai contoh RM 2.50 sejam.

2. Cukai barangan yang di borong dari negara ini terutama barangan makanan atau bahan mentah untuk makanan dengan kadar sama dengan kadar tukaran matawang Dollar Singapura, contohnya jika rakyat Singapura membeli barangan makanan atau bahan mentah makanan dari Johor Baharu dengan harga RM 100.00 maka mereka mesti bayar cukai sekitar RM 25.00.

MPG tidak bimbang kesan negatif yang mungkin timbul  1. Kerana rakyat Singapura tidak ghairah datang berbelanja di Negara ini, kerana MPG yakin dan pasti kalau dia orang tak beli kami rakyat Malaysia banyak nak beli. 2. Jumlah pelancong dari Singapura yang merosot, selama ini mereka datang pun bukan melancong tapi memanipulasikan ekonomi negara, kerana kehadiran mereka peniaga-peniaga bangsa mereka di negara ini langsung  tidak mahu bertolak ansur atau tidak mahu menawarkan potongan harga kepada penduduk tempatan , mereka tidak khuatir barangan tidak laku kerana rakyat singapura bangsa mereka boleh beli..Kehadiran merekalah menyebabkan barang jadi mahal.

So pergi jahanam Little Israel.


Sabtu, 1 Mac 2014

KHALED NORDIN DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Lebih kurang 7 bulan memimpin  Johor Darul Ta'zim, Khaled Nordin   dilihat sebagai seorang anak Johor ibarat sirih pulang je ganggang yang membawa pendekatan dan memperjuangkan pembangunan pro rakyat. Ini terbukti dengan pelbagai langkah dan tindakan beliau dalam memastikan isu tanah dan perumahan rakyat Johor dibela. Khaled turut mengambil langkah drastik dalam memastikan setiap rakyat Johor memiliki rumah dengan mengumumkan 28000 rumah mampu milik maksimum RM150,000 untuk rakyat Johor.  Beliau sedar antara agenda terpenting yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri ialah perumahan yang menjadi impian setiap rakyat Johor untuk memiliki kediaman sendiri. Selain itu, rakyat Johor perlu mendapat manfaat dan nikmat dari segi peluang pekerjaan berkualiti dan peluang ekonomi serta tidak terpinggir dari arus pembangunan Iskandar Malaysia. 

Maklumat lanjut klik sini :KHALED PEJUANG PEMBANGUNAN PRO RAKYAT, MELALUI KONSEP MUFAKAT JOHOR