Ahad, 17 Februari 2013

PAS TERUS MENIPU RAKYAT DAN MENJUAL ISLAM

SIAPA YANG MENGKHIANATI PERJUANGAN ISLAM DAN KEKAL MENIPU RAKYAT???
 
Puok2 PAS mendabik dada menuduh UMNO mengkhianati perjuangan Agama dan Bangsa kerana bergabong dengan banyak parti2 kafir, sedangkan PAS hanya bergabong dengan satu parti kafir, DAP. Lagi satu parti dalam PR tu, PKR separuh Islam dan Separuh kafir sebab mengamalkan dasar2 Pluralisma.
PAS menyindir UMNO kerana memberi laluan kepada Parti kafir mewakili BN bertanding di Kawasan majoriti Melayu.Tapi faktanya PAS yang mendabik dada mendakwa bergabung dengan hanya satu parti kafir dan 100% ahlinya Islam hanya bertanding di 66/222 kerusi Parlimen dan UMNO yang bergabung dengan banyak parti kafir pulak bertanding di 117/222 kerusi parlimen.
 
Apa yang mampu PAS lakukan dan suarakan dalam PR sekiranya DAP pastikan PAS kekal minoriti dalam PR?? Patutlah DAP dengan mudah menolak keputusan Majlis Syura PAS mengenai isu kalimah Allah tu dan menjadikan Majlis PR yang lebih berkuasa membuat keputusan dalam hal2 yang membabitkan hukum2 Islam. Majlis PR yang turut disertai Kafir DAP.

Bolehkan PAS harapkan PKR/Anwar menyokong PAS dalam isu2 yang membabitkan hukum2 Islam dalam PR bila Anwar sewenang2nya bersama2 DAP menolak keputusan Majlis Syura PAS???

Puok2 PAS ni ada belajar matematik ke sebelum membuat komen??
Mereka cermin diri dulu tak sebelum buka mulut??
 
Sumber : Ismith ulam raja

Jumaat, 15 Februari 2013

ORANG MUDA TOLAK PAS



Selama  22 tahun PAS ternyata gagal membangunkan ekonomi Kelantan sebagai sebuah negeri Islam yang berdaya maju dengan pelbagai projek ekonomi rakyat. Akibatnya ramai penduduk di negerti tersebut terpaksa berhijrah ke luar mencari rezeki di negeri orang. Kegagalan PAS tersebut disembunyikan, rakyat di negeri-negeri luar dibohongi kononnya kadar pengangguran di Kelantan amat rendah berbanding di negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
PAS berterusan membohongi rakyat kononnya Kerajaan Persekutuan sengaja melambatkan penyaluran bantuan kewangan kepada negeri Kelantan. Bahkan kerajaan Pusat difitnah zalim kerana tidak memberi royalti minyak. Hakikatnya, PAS tidak punyai kemampuan  menjana projek ekonomi untuk rakyatnya. Yang ada cuma KOHILAL yang sentiasa rugi, projek Ladang Rakyat yang balaknya habis digondol serta pelbagai projek yang gagal.
Pucuk pimpinan PAS  bernafsu besar untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan Persekutuan dari BN dengan hanya dibenarkan bertanding 67 kerusi Parlimen dari 222 jumlah kerusi keseluruhan jadi, bagaimana mahu jadi pengganti kepada UMNO, apatah lagi dominan dalam Pakatan Pembangkang?

Rakyat Malaysia sering tertipu dengan ceramah-ceramah fitnah dan maki hamun PAS yang sebenarnya menjadi sumber rezeki kepada penceramah mahupun artis-artis politik dalam parti itu melalui derma-derma yang dipungut dari masyarakat. Inikah jenis parti yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia?

Khamis, 14 Februari 2013

10 SUBAHAH @ SUBAHAT YANG DIPIKUL PAS KERANA BERTAHALUL SIYASI DENGAN DAP

Sebahagian daripada hibah @ dividen yang di terima oleh puak-puak PAS setelah menjalinkan hubungan yang kononnya tahalul siyasi dengan DAP. Untung atau tidak hubungan itu fikir-fikirkanlah sendiri.


    1.    25 November 1999, Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasha Agung DAP)berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu.

    2.    27 Mei 2008 Kit Siang mahu mansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan "Ketuanan Malaysia yang kononnya lebih adil. 

3.    DAP mahu usir orang Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawahSeksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus Universiti  Nanyang di Pulau Pinang. 

4.    Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (SetiausahaAgung DAP Perak) memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen  DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009. 

5.    4 Februari 2008, Teresa Kok membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh. 

6.    DAP menggunakan NizarJamaluddin (bekas MB Perak) untuk memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampong baru. 

7.    20 Jun 2008 ,Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Menganggap pakai songkok seperti meng"Islam"kannya di hadapan Sultan Johor. 

8.    16 Februari 2009, DAP usir peniaga Melayu dan penduduk Melayu. Seramai 80 orang peniaga di BatuFerringhi, Pulau Pinang, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lain diusir DAP. 

9.    22 Januari 2010, M Kulasegaran (AhliParlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN. 

10.  26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.



1.   

Ahad, 3 Februari 2013

AMANAT YANG BAKAL MEMALUKAN HJ.HADI



ASSALAMUALAIKUM 

BUAT SEMUA SAUDARA-SAUDARA KU, TENTERA PEMUDA PILIHANRAYA UMUM KE-13.

HARI INI AKU MENGISYTIHARKAN BAHAWA PILIHANRAYA UMUM KE 13 ADALAH PILIHANRAYA UMUM  LUARBIASA. PILIHANRAYA KALI INI KITA BUKAN MENENTANG SAHABAT-SAHABAT ATAU SAUDARA-SAUDARA KITA DARI PARTI PAS, BUKAN MENENTANG SAHABAT-SAHABAT  ATAU SAUDARA-SAUDARA KITA DARI PARTI PKR,  BUKAN MENENTANG SAHABAT-SAHABAT  ATAU SAUDARA-SAUDARA KITA YANG TIDAK MENYOKONG KITA.

PERJUANGAN  KITA HARI INI IALAH UNTUK MEMPASTIKAN NEGARA KITA TIDAK DIKUASAI OLEH ORANG YANG MEMUSUHI AGAMA KITA, YANG MEMUSUHI BANGSA KITA DAN YANG CUBA MENGADAIKAN NEGAR KETANGAN BANGSA LAIN. PERJUANGAN KITA KALI INI HANYA UNTUK MEMPASTIKAN BARISAN NASIONAL TERUS MENANG DAN MEMERINTAH NEGARA, KERANA TERBUKTI BARISAN NASIONAL TELAH BERJAYA MENDAULATKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

TUAN-TUAN TIDAK PERLU MEMIKUL SENJATA,TUAN-TUAN TIDAK PERLU KORBANKAN DARAH DAN NYAWA,TUAN-TUAN TIDAK PERLU MEWUJUDKAN SENGKETA SESAMA KITA, TUAN-TUAN TIDAK PERLU MENJATUHKAN BENDERA MEREKA,TUAN-TUAN TIDAK PERLU SABOTAJ KERJA-KERJA PARTI MEREKA, BIARKAN MEREKA DENGAN JALAN MEREKA SENDIRI. BERHIKMAHLAH DALAM PERJUANGAN,  KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.

MARILAH KITA DENGAN IKHLAS HATI MENJALANKAN KERJA-KERJA MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL, WALAUPUN DENGAN HANYA MEMASANG SEHELAI BENDERA BARISAN NASIONAL DIKAWASAN MASING-MASING, MUDAH-MUDAHAN PENGUNDI YANG MELIHAT BENDERA ITU AKAN MENGUNDI BARISAN NASIONAL SEMASA PEMBUANGAN UNDI PILIHANRAYA KE 13 NANTI. INSYALLAH.

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.
IKHLAS
KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN MAWAR, PASIR GUDANG.