Isnin, 28 Januari 2013

ORANG PAS TAK BERANI BACA KITAB SENDIRI

Buku ini bukan tulisan MPG atau mana-mana mahluk yang menyokong kerajaan UMNO/BN, Buku ini tulisan ahli seumur hidup PAS, ditulis oleh orang yang pernah mempertaruhkan nyawanya untuk PAS,orang yang pernah bertanya kemana duit tabung memali.

Dalam bahasa mudah buku itu di tulis oleh orang sendiri. Tapi kenapa begitu ramai orang PAS tak nak baca,malah tengok kulit buku pun dah rasa ketar lutut.

Ada baiknya buku tulisan orang sendiri ini di bekalkan ke tiap-tiap bilik gerakan pilihanraya PAS, boleh juga baca dari duduk sembang pasal bini orang.


''Kafirkah aku jika bersama UMNO?, Kafirkah aku setelah dipecat dari PAS? ,Kafirkah aku bila tiada lagi tersenarai dalam istilah "orang kita"?. Kafirkah aku setalah tidak pangkah bulan lagi? Kafirkah aku setelah bertaubat tak mahu diperalatkan oleh pemimpin PAS"?


Ahad, 27 Januari 2013

TUNTUTAN IFC - APA KOMEN PAKATAN PEMBANGKANG

Salam.

MPG percaya kalau Pakatan Pembangkang menang PRU 13 (nauzubillah ) 14 tuntutan IFC pasti akan di tunaikan, maklumlah dapat PM boneka yang di kontrol oleh tangan-tangan tertentu. Macam kelulusan tanah 99 tahun jadi 9999 tahun, macam satu kerusi harga MB sama dengan beratus-ratus ekar tanah di satu negeri tu, macam kerusi exco agama pun boleh passing kat orang lain, macam kes pecat seseorang tanpa di panggil bela diri dan macam-macam lagi lah . Maklumlah kena kontrol.

Untuk refresh para pembaca, saya cute and pastekan 14 tuntutan IFC .



IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1.
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.


2.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


3.
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.


4.
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam


5.


Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.


6.
Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.


7.

Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..


8.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.


9.
Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10.
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


11.
Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.


12.

Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


13.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


14.
Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.




















Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.
 

Sabtu, 19 Januari 2013

PERINGATAN BEKAS PERDANA MENTERI KEPADA ORANG MELAYU

“Orang Melayu ‘murah hati’. Kita sedia berkongsi tanahair, mengekalkan identiti, bahasa dan budaya merea. Kemudian kita kongsi-kuasa dengan mereka bukan pri-bumi negeri ini. Orang Melayu benarkan orang asing ini bebas berniaga dan mengumpulkan harta. Orang Melayu tidak pernah meminta apa apa dari mereka”.

“Malangnya mereka tidak menunjukan kesyukuran. Bukan sahaja mereka sudah menguasai 70% ekonomi. Kini mereka ingin megambil kuasa dari kita pula. Apabila kita mempertahankan apa yang hak bagi kita (sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia), kita dianggap rasis. Kita dianggap ‘rasis’!”.

Sebelum itu, beliau menjelaskan dalam amalan biasa banyak negara negara lain apabila pri-bumi mengambil kuasa dari kuasa penjajah, mereka mengusirkan keluar orang orang asing dan bukan pri-bumi.

“Contohnya negara negaara Afrika dan Burma. Orang India diusir, walaupun mereka golongan peniaga. Kini mereka menafikan hak golongan Rohingya”.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjelaskan Ketua Pembangkang adalah bekas-banduan-salah-guna-kuasa Anwar Ibrahim asalkan menunjukan kecenderungan sebagai pemimpin belia Islam.

“Masa itu, untuk dia kehadapan dalam politik, dia perlu pilih antara PAS atau UMNO. Dia memilih UMNO. Ini kerana hanya melalui UMNO sahaja dia boleh menjadi Perdana Menteri. Kalau dia masuk PAS, bayangkan sampai tahap mana dia boleh sampai?”
 
Beliau juga membuat peringatan agar orang Melayu tidak membuat apa apa keputusan hanya berdasarkan emosi semata mata. “

Kita perlu buat keputusan yang ada emosi, tapi bersandarkan dengan akal dan logik. Kalau kita buat keputusan berdasarkan emosi semata mata, kita akan menjadi taksub dan hilang pertimbangan”.

“PAS atau Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) ini ditubuhkan bukan kerana memperjuangkan Islam. Ianya ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO mintak 10 kerusi dalam Majlis Perwakilan Persekutuan. Tunku Abdul Rahma Putra ketika itu berkata ‘Kita hendak mentadbir orang Melayu. Kita bukan nak baca doa’. Maka mereka merajuk dan terus menubuhkan PIMP. British segera meluluskan parti baru ini. Ini kerana PIMP boleh memecahkan perpaduan orang Melayu, yang begitu pada ketika itu”.

“Saya sudah berada disitu (pada masa itu)”.“Kita fikirkan betul betul. Kalau kita undi selain dari UMNO/BN, percayalah orang Melayu akan hilang dari mukabumi ini”.

Sabtu, 12 Januari 2013

POLIMIK KALIMAH ALLAH SATU KAEDAH MENYEBARKAN FAHAMAN KRISTIAN KEPADA UMAT MELAYU

Isu kalimah Allah senghaja di wujudkan untuk memecahbelahkan umat melayu Islam di negara ini oleh mereka yang bukan Islam. Polimik ini bertambah kusut bila virus politik di suntik bersama, umunnya tahu di Malaysia ini kalimah Allah bukan satu yang asing kepada bukan sahaja umat Islam malah kepada bukan Islam,malah mereka (bukan Islam) juga tidak di larang secara undang-undang untuk menyebut atau memakainya sebagai satu lambang. 

Isu timbul apabila kalimah Allah itu hendak di gunakan bagi mengantikan perkataan "GOD" apabila Bible versi bahasa melayu hendak di cetak di negara ini. MPG melihat bahawa isu sebenar bukanlah soal kalimah Allah tetapi kaedah agama Krestian menyebarkan fahamannya kepada umat Melayu di negara ini khususnya di semenanjung Malaysia. Kaedah inilah yang perlu di sekat, penterjemahan Bible dalam Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia harus di sekat, kerana ianya melanggar perlembagaan negara bagi "Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam".


Bacaan lanjut KLIK SINI dan KLIK SINI

Selasa, 1 Januari 2013

AMANAT HJ.HADI TU BETUL YANG BANGANGNYA PENYOKONG PAS

Setelah membaca salinan surat rasmi Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengenai keputusan mesyuarat isu kafir mengkafir Hj.Hadi Awang pada tahun 1981. Baru lah terang lagi benderang bahawa Hj.Hadi tiada membuat sebarang kesalahan (maksum sepertimana kata penyangak PAS kat kawasan aku).

Dah 31 tahun amanat itu di keluarkan namun masih ramai penyokong taksub PAS menatang amanat itu macam menatang minyak yang penuh, tak berani nak fikir atau bahaskan secara ilmiah walaupun ramai pengikut PAS yang ada sikit ilmu, akhirnya sampai sekarang masih di "fool" kan oleh pemimin mereka.

MPG ulas sikit amanat hj.Hadi itu mudah-mudahan ianya memberi ilmu kepada para pengikut taksub PAS dan terus kembali kepangkal jalan, jangan kafirkan orang lagi eehhh.

1. Hj.Hadi kata tak sah sembahyang belakang orang barisan - BETULLAH TU KALAU SEMBAHYANG BERIMAMKAN ORANG MCA,MIC ATAU ORANG BUKAN ISLAM DALAM PARTI BARISAN NASIONAL SAMPAI KIAMAT PUN TAK SAH. Apa punya banganglah pengikut PAS nak faham perkara ini, yang perginya buat sembahyang dua imam tu pasal apa, tak guna akal ke menilai apa yang Hj.Hadi cakapkan.
 
 2. Hj.Hadi kata haram makan daging sembelihan orang Barisan - BETUL LAH TU ,MEMANG HARAM PUN HUKUMNYA KALAU ORANG ISLAM MAKAN DAGING SEMBELIHAN CHUA SOI LEK, G.PALANIVEL,DAN LAIN SEMBELIHAN YANG BUKAN DENGAN NAMA ALLAH DAN SYARAT-SYARAT SEMBELIHAN YANG DI AJARKAN OLEH ISLAM, yang juak-juak PAS kata haram makan daging sembelihan orang Islam atau imam dari parti  UMNO apa hal...kenapa sempit sangat berfikir?.
 
3. Hj.Hadi kata tak sah nikah yang di akadkan oleh orang barisan - BETUL JUGAK LAH TU, MEMANG TAK SAH PUN KALAU SYARAT-SYARAT SEBAGAI JURU NIKAH ISLAM ITU TIDAK DI PATUHI, KAN ORANG BARISAN ITU MEMANG TERDIRI DARI PELBAGAI KAUM DAN AGAMA. Apa payah sangat nak faham, yang suruh mak bapak kau orang nikah semula apa hal?.kan tak pasal-pasal kau orang dapat title anak haram.
 
4. Hj.Hadi kata Tak boleh di tanam mayat orang Barisan di perkuburan Islam, BETULLAH TU, ITU SEBAB MENDIANG KENG YIK (PRESIDEN GERAKKAN) TAK DI TANAM DI KUBUR ORANG ISLAM, Persoalan mudah yang sengaja cai PAS tak mahu berfikir dan membiarkan diri di keldaikan.
 
5. Hj.Hadi kata Orang Barisan tak payah sembahyang,puasa, naik haji - BETUL JUGA LAH TU, ORANG BARISAN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM TAK PAYAH BUAT SEMUA ITU SEBAB BUKAN TUNTUTAN AGAMA MEREKA, CUMA ORANG UMNO DALAM BARISAN MESTI BUAT SEMUA ITU, Bab ini pun penyokong taksub PAS tak leh nak fikir, sampai mengkafirkan semua orang Islam dalam Barisan.

Jadi kesimpulannya HADI AWANG TAK SALAH YANG SALAH PENGIKUT PAS YANG PERCAYA KATA-KATANYA YANG MEMBUTA TULI,.....Tak mahu guna akal berfikir bila pemimpin mereka berfatwa, inilah punca utama Penyokong PAS terus jadi TONGGONG.