Sabtu, 12 Januari 2013

POLIMIK KALIMAH ALLAH SATU KAEDAH MENYEBARKAN FAHAMAN KRISTIAN KEPADA UMAT MELAYU

Isu kalimah Allah senghaja di wujudkan untuk memecahbelahkan umat melayu Islam di negara ini oleh mereka yang bukan Islam. Polimik ini bertambah kusut bila virus politik di suntik bersama, umunnya tahu di Malaysia ini kalimah Allah bukan satu yang asing kepada bukan sahaja umat Islam malah kepada bukan Islam,malah mereka (bukan Islam) juga tidak di larang secara undang-undang untuk menyebut atau memakainya sebagai satu lambang. 

Isu timbul apabila kalimah Allah itu hendak di gunakan bagi mengantikan perkataan "GOD" apabila Bible versi bahasa melayu hendak di cetak di negara ini. MPG melihat bahawa isu sebenar bukanlah soal kalimah Allah tetapi kaedah agama Krestian menyebarkan fahamannya kepada umat Melayu di negara ini khususnya di semenanjung Malaysia. Kaedah inilah yang perlu di sekat, penterjemahan Bible dalam Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia harus di sekat, kerana ianya melanggar perlembagaan negara bagi "Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam".


Bacaan lanjut KLIK SINI dan KLIK SINI

Tiada ulasan: