Sejarah PRU di Negeri Johor sejak PRU pertama sampai PRU 12 PAS
Johor tak pernah menang lebih dari 2 kerusi DUN dalam satu-satu masa.
MPG dah agak kepimpinan PAS Johor pasti akan lakukan sesuatu untuk menyekat kemaruk YB Salehuddin Ayub @ Din Puduraya untuk jadi MB Johor. Sesungguhnya memang berlaku cah keting dalam PAS negeri Johor, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr.Hj.Mahfodz telah mengumumkan bahawa pada PRU 13, PAS hanya akan bertanding di 29 kerusi DUN sahaja berbanding dengan 34 kerusi pada PRU 12. Maknanya PAS kurang 5 kerusi kali ini.
Dengan bersandarkan 29 kerusi sahaja daripada 56 keseluruhan kerusi DUN Negeri Johor adakah PAS mampu meletakkan calonnya sebagai MB Johor?.
"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Selasa, 27 November 2012
Khamis, 22 November 2012
DAULAT TUANKU
D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
- D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah)
- Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru.
- Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.
- Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima latihan asas ketenteraan.
- Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.
- Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).
- D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.
- D.Y.M.M Tuanku telah dilanik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.
- D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.
Ahad, 18 November 2012
DOA HANCURKAN UMNO PUNCA PAS KALAH DI KELANTAN
Muktamar PAS di PUTIK Kota Baru kali ini mencatit sejarah paling getir dalam politik PAS. Kebiadaban pemimpin PAS mendoakan musuh politiknya UMNO/BN kearah kehancuran mengundang persoalan apakah Parti yang meletakkan Islam pada namanya itu benar-benar mengikut cara Islam atau hanya menggunakan Islam untuk kepentingan politik?.
Inilah KEKALAHAN paling besar PAS di Kelantan, mereka kalah kepada hawa nafsu dan mereka kalah kepada sahabat syaitan mereka (tok guru nik aziz kata mereka rela kawan dengan syaitan). Puak-puak yang mendewakan diri mereka sebagai orang Islam tulen tumpas di negeri Kelantan, Tumpas ketika muktamar berlangsung. Memalukan. Tumpas di Negeri yang telah mereka kuasai lebih 22 tahun.
Perbuatan segelintir pemimpin PAS yang sama-sama bersolat hajat dan mengaminkan doa untuk menghancurkan UMNO/BN itu menunjukkan bahawa ilmu agama mereka umpama buih di tepi pantai nampak banyak tapi tiada memberi manafaat. Berpakaian mencontohi Rasullah tapi akhlak lebih buruk dari Yahudi. Langsung tidak mencontohi keperibadian Rasullah.
Sabtu, 17 November 2012
AMANAT HAMPAS UNTUK MUSLIMAT PAS
Yang
mendengar hanya terlopong dan terkangkang menunggu kebajikan yang di canangkan.
1.
1. Dulu orang UMNO digelar
kafir kini, Sokong UMNO khurafat.
“Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka
jihad menjadi Fardu Ain, selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang
tenggelam dengan khurafat UMNO seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam
dunia," ungkap Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan
Muslimat Pas kali ke-52 di ibu negeri Kelantan itu.
2.
2. Hj. Hadi juga dilaporkan
melabel pemimpin UMNO berlagak seperti Tuhan, alasannya kerana pemimpin UMNO
dikatakan tidak pernah mengaku salah.
Khamis, 15 November 2012
MUKTAMAR PAS KE -58 : HUDUD TIDAK BERDENYUT LAGI
HASRAT Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam
dan hukum hudud di negeri tersebut merupakan satu niat yang baik.
Apatah lagi penubuhan Negara Islam merupakan matlamat perjuangan PAS
sejak ia ditubuhkan lagi. Namun begitu, adalah agak janggal apabila hukum hudud masih
diperkatakan sedangkan PAS, di bawah gabungan Pakatan Rakyat telah pun
bersetuju untuk tidak lagi menimbulkan soal Negara Islam, jauh sekali
hukum hudud.
Malah PAS telah pun menggariskan hala tuju baru iaitu ke arah Negara Kebajikan yang lebih terbuka dan sederhana bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan Pakatan Rakyat.
Lebih dari itu, bertambah janggal lagi apabila Nik Aziz mahu mendapatkan kebenaran kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang tersebut sedangkan ia belum lagi mendapat ‘kelulusan’ rakan-rakan sekutu PAS, iaiatu DAP dan PKR.
Dalam percubaan PAS mengambil hati DAP dan PKR sehingga menggadaikan prinsip dan mengubah hala tuju perjuangan, kenyataan Nik Aziz berkenaan hudud dilihat sebagai satu pusingan U yang mampu menggugat bukan sahaja PAS tetapi juga Pakatan Rakyat secara keseluruhan.KLIK SINI UNTUK BACAAN LANJUT
Malah PAS telah pun menggariskan hala tuju baru iaitu ke arah Negara Kebajikan yang lebih terbuka dan sederhana bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan Pakatan Rakyat.
Lebih dari itu, bertambah janggal lagi apabila Nik Aziz mahu mendapatkan kebenaran kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang tersebut sedangkan ia belum lagi mendapat ‘kelulusan’ rakan-rakan sekutu PAS, iaiatu DAP dan PKR.
Dalam percubaan PAS mengambil hati DAP dan PKR sehingga menggadaikan prinsip dan mengubah hala tuju perjuangan, kenyataan Nik Aziz berkenaan hudud dilihat sebagai satu pusingan U yang mampu menggugat bukan sahaja PAS tetapi juga Pakatan Rakyat secara keseluruhan.KLIK SINI UNTUK BACAAN LANJUT
Ahad, 4 November 2012
MCA PUN TAHU PAS TU BUKAN AGAMA
Kalau MCA pun faham apa itu parti politik dan apa itu agama, takkan puak-puak sebelah sana masih belum dapat hidayah tak dapat bezakan antara Hudud versi PAS dan hudud sebenar sumber al-Quran. Cukup-cukuplah mempolitikkan dan menjual agama untuk kepentingan merampas Putrajaya.
KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS
1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.
4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.
5. Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.
6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.
7. Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.
8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.
9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. “Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.
Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
10. MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?
11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.
12. Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13).
Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.
DATUK SERI DR CHUA SOI LEK
PRESIDEN MCA
Langgan:
Catatan (Atom)