Kalau MCA pun faham apa itu parti politik dan apa itu agama, takkan puak-puak sebelah sana masih belum dapat hidayah tak dapat bezakan antara Hudud versi PAS dan hudud sebenar sumber al-Quran. Cukup-cukuplah mempolitikkan dan menjual agama untuk kepentingan merampas Putrajaya.
KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS
1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat
berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen
Hudud PAS bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi
Islamofobia.
2. Saya telah berbincang dengan Ustaz
Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi
MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud
berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk
menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak
menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan
sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA
terhadap sesuatu agama ( Islam ). Isu
ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan
Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu
adalah agama Islam.
4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat
selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu
Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan
Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan
Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang
penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap
Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan
Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.
5. Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka
mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo
Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan
memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam
terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan
tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini
mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan
beliau.
6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan
membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA
melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya
di Malaysia.
7. Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian
dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara
ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.
8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan
penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini
seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan
umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan
kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan
dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah
menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama
Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan
damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.
9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya
Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika
itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain
pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan
Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan
undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan
atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali
perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. “Dalam
muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama
sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam
dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.
Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru
Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto
mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak
manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi
menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
10. MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal
Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam
hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut
merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya ,
mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo
Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time
and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?
11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka
bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ?
Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama
dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil
memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS
di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran
pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian
sokong atau tidak.
12. Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA
adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi
menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu
meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang
akan datang (PRU 13).
Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.
DATUK SERI DR CHUA SOI LEK
PRESIDEN MCA
4 ulasan:
If you experience some emotional or physical problems in your life it can soon be seen
in the condition of your hair, using natural and organic
products aids in the recovery of your hair. As far as medical treatment is concerned, it's often suggested to consult your doctor before any further proceeding. When one thinks of fungus, they don't generally associate it
with the head or scalp, but the itching, burning scalp, rash
or pimples on the scalp could very well be caused by a
fungus, requiring antifungal shampoo to provide well needed relief
to the symptoms.
Feel free to surf to my homepage; hair products
Here’s what your property ads in newspapers must
have in order to get the best offer. Products a man can
purchase in the privacy of his own home, without having to take
an excursion into some dark-alley porn shop, as if he
was purchasing illegal contraband. Born in the village of Kafr Tahla
outside of Cairo, El Saadawi received female genital mutilation (FGM) when she was six years
old. Approximate 46% of the daily newspapers are vernacular, 45% of
them publish in Hindi and only 10% in English. Both clutched and being clutched, she was driven to the safety of her home by the motorcyclists.
My site: egyptian newspapers
These were referred to as Linotype and Intertype machines.
Clearly, however, newspapers need to try harder to take advantage of new technologies to tell their stories in ways that attract and involve readers,
young or old. They’re the real Mc - Coy and are as old as the date on their front page.
Sometimes local PR can attract better business for you than an
article in Indian media. Even though they are made of
metal, they are smaller in size, able to fit on counters or end displays.
my weblog :: click here
Make sure you only use clean balls for playing on indoor simulator.
Now player can think that why they select this game.
So, if the games above don't whet your appetite, it's not that hard to find more - Tanzanite is one of the new exotic gemstones to come onto
the market. Hardness is less then quartz, or ca 6 on Mohs scale.
Yes, it may be true, but the training flights are different.
Catat Ulasan