Jumaat, 15 Jun 2012

NIZAR DAN TOKAK


"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?
Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya 'janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati'.

"Tindakan yang saya buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang saya buat juga tidak perlu diperbesarkan. Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.
"Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'," titah baginda.

"Mereka sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu-isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara kita."Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah 'musang berbulu ayam' ini," titah baginda.

Sumber : Utusan Malaysia.

Nota kaki :
Tokak ialah kudis bernanah dalam terutama di bahagian kaki hingga menjadi merah, bisul dan lebam yang amat sangat. Penyakit tokak ini biasa dihidapi kanak-kanak Melayu kerana makanan tidak berkhasiat / tidak seimbang.

4 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Tuanku dah turunkan daulatnya...kaki Nizar bakal kena tokak, cagu, kudis dan bisul. Errr Nizar kalau nak berubat minumlah air basuhan kaki baginda tuanku seperti mana yang pernah dihikayatkan dalam Sejarah Melayu Raja China terpaksa minum air kaki Sultan Mansur Syah bagi menghilangkan penyakit gatal kulit kerana keturunan Raja China pernah memandang rendah pada bangsa Melayu sejak zaman Sriwijaya.

Kalau tak percaya lihatlah suatu hari nanti. Insya Allah...selamat berubat yer Nizar.

PAS - kotor, zalim, pembohong, bodoh, sesat dan menyesatkan.

Tanpa Nama berkata...

tk sangka zaman skrang masih ada lg org yg percaya bende2 karut...

Tanpa Nama berkata...

Artikel ini perlu sedikit pembetulan.

1...tajuknya sepatut Nizar Tokak sebab Nizar dan Tokak senonim.

2...Penyakit kudis nanah kronik saperti dijelaskan olih artikel ni.ialah ...Tokak.

3...Penyakit kudis bernanah kronik saperti dijelaskan di artikel ini tetapi bukan luaran saja malah termasuk hati dan otak ..dinamakan Nizar Tokak... Penyakit ini baru ditemui dan berjangkit pada siapa yg semeja dgn nya...

Harap sekelian Rakyat maklum dan memaklumkan pada yg lain...

Melayu Pasir Gudang berkata...

Penyakit tokak nie di percayai bukan saja kepada Nizar malah juga kepada semua penjilat tegar PAS dan Nik Aziz, sepertimana tulisan tanpa nama 05:57:00am. Tokak kat otak di orang.Gara-gara bersahabat dengan syaitan nik aziz.