Khamis, 7 Jun 2012

KHALID BERAHIM BAKAL DI TENDANG DARI KERUSI MB SELANGOR

Ulasan tergagap-gagap MB Selangor berkaitan dengan keputusan PTPTN untuk membekukan sementara Pinjaman kepada pelajar-pelajar baru UNISEL bakal menCELAKAkan diri sendiri. Kerana ulasan tersebut sangat bertentangan dengan keinginan nafsu serakah Ketua Umum PKR yang mahu memberi pendidikan Percuma kepada rakyat. Silap-silap Khalid bakal hilang kerusi MB.

Dalam ulasannya Khalid Berahim kata "Kerajaan Persekutuan atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak berhak menyekat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Selangor (Unisel)",

Apa pasal tak berhak pulak kalau mereka dah dapat pendidikan Percuma.Kau nak lawan imam besar kau ke Khalid,  Itukan lebih baik daripada berhutang dengan PTPTN?.

Khalid berkata, "perbadanan tersebut bertanggungjawab untuk menyediakan pinjaman kepada semua pelajar seluruh negara. “Kerajaan Persekutuan dan kementerian tidak ada hak untuk menghentikan (pinjaman).ia adalah berkaitan tanggungjawab sosial. Dengan menyekat pelajar untuk mendapat pendidikan dan pinjaman, ini bermakna kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak menjalankan tugas,” katanya.

Kah....kah.....,kah.. lucu sungguh pandangan peribadi Khalid nie, baru sekat PTPTN pelajar Unisel dah sebut pasal tanggungjawab sosial, selama nie puak-puak mereka tidak pernah fikir pasal keadilan dan tanggungjawab sosial pun bila mencadangkan pendidikan percuma untuk semua dan menghasut peminjam PTPTN tak payah bayar hutang.

Tiada ulasan: